Permukiman Beri Rahmat Kepada Penduduk Hilir Perak

TELUK INTAN: Program Permukiman Menteri Besar di Daerah Hilir Perak yang bermula Selasa lalu membawa rahmat kepada penduduk daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong, Datuk Azhar Ahmad berkata, selain dapat mengemukakan permasalah penduduk setempat, mereka juga dapat bersua muka dengan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang banyak membawa program pembangunan di daerah berkenaan. (more…)

Teruskan Program Fit Masjid – Dr Zambry

 

TELUK INTAN: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mahu program Fit Masjid yang dianjurkan dengan kerjasama dua portfolio Exco kerajaan negeri diteruskan kerana ia memberi banyak manfaat kepada kariah masjid.

Menurut beliau, selain daripada aktiviti qiamullail dan solat subuh berjemaah, program itu juga dapat membudayakan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat setempat.

“Tahniah saya ucapkan kepada pihak yang menganjurkan program ini dan teruskan usaha murni ini,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran Kempen Jom Solat Subuh Berjemaah dan Fit Masjid di Masjid As-Saadah, Kampung Bahagia dekat sini pada pagi Jumaat.

Pelancaran kempen itu yang diadakan sempena Permukiman Menteri Besar di Daerah Hilir Perak turut dihadiri oleh beberapa orang anggota Exco kerajaan negeri dan wakil rakyat.

Antara mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharudin; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil, Datuk Samsudin Abu Hassan; Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria; Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan ADUN Changkat Jong, Datuk Azhar Jamaluddin.

Program Fit Masjid dilaksanakan dengan kerjasama portfolio Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah serta Sumber Manusia, Belia dan Sukan.

Program bermula seawal jam 4.30 dengan beberapa solat sunat, tasbih dan zikir yang diikuti dengan solat Subuh berjemaah dan tazkirah.

Di dalam ucapannya, Dr Zambry turut menasihatkan anak-anak muda supaya melatih diri untuk solat Subuh secara berjemaah kerana ia dapat membentuk jati diri dan disiplin tinggi mereka.

Selepas pelancaran, beliau dan beberapa Exco kerajaan negeri melakukan walkabout di sekitar kawasan masjid sambil beramah mesra dengan penduduk kampung.

Formerly owned by sony, it has been palmed off to universal in recent times, while batman himself christian bale seemingly accepted the role of jobs phonetrackingapps.com/teensafe before, well, bailing

PICOMS Turut Sertai Permukiman Di Hilir Perak

TELUK INTAN: Program Permukiman Menteri Besar di Daerah Hilir Perak bukan sahaja disertai jabatan dan agensi kerajaan negeri serta Persekutuan di negeri Perak, malah ia turut disertai oleh Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS) yang beroperasi di Kuala Lumpur.

PICOMS adalah milik penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Malah, mereka permukiman di Hilir Perak adalah yang ketika mereka sertai selepas permukiman di Bagan Datuk dan Perak Tengah.

Sepanjang di Hilir Perak, hampir 40 anggota pengurusan tertinggi, tenaga pengajar dan kakitangan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diketuai Timbalan Pendaftar Kemasukan dan Korporat PICOMS, Emilia Faliza Ramli.

Mereka memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma, ubat-ubatan yang diperlukan, sumbangan peralatan dapur dan khidmat nasihat.

Menurut Pengurus Operasi MAIWP – PICOMS Nursing Home Care, Rosma Aida Rameli, sejak memulakan jelajah CSR tahun lalu, Permukiman Menteri Besar di Hilir Perak adalah merupakan siri jelajah yang ke – 15.

Katanya, selain CSR, siri Jelajah PICOMS juga bertujuan untuk memperkenalkan kolej tersebut kepada masyarakat di samping mencari pelajar yang berminat untuk melanjutkan penganjian di kolej berkenaan.

“Kita akan teruskan siri jelajah ini dan selain daripada Perak, kami juga telah menjelajah hampir ke seluruh Semenanjung Malaysia,” katanya kepada Suara Perak selepas mengambil bahagian di dalam perlawanan persahabatan sukan anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di pekarangan pejabat pentadbiran agama daerah Hilir Perak di sini pada petang Khamis.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria dan Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin.

Menurut Rosma Aida, berdasarkan pengalaman sejak dua permukiman lalu, antara masalah utama penduduk di kawasan pedalaman, termasuk di kalangan masyarakat Orang Asli ialah penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi, di samping obesiti.

Sehubungan itu, kata beliau, program yang dianjurkan kerajaan negeri Perak itu sangat berguna kerana ia boleh membantu mengesan lebih awal penyakit-penyakit tidak berjangkit itu di kalangan rakyat.

“Selain membantu menyelesaikan masalah rakyat, program permukiman ini juga boleh membantu kita mengesan lebih awal penyakit-penyakit tersebut dan seterusnya memberi khidmat nasihat kepada mereka,” ujarnya.

Beliau menambah, PICOMS bukan sahaja mempunyai kolej, malah turut mempunyai pusat perdagangan (trade centre) yang menawarkan khidmat dialisis, farmasi dan pusat fisioterapi di samping beberapa produk penjagaan kulit (merial) dan minyak aurora.

“Kami bukan sahaja melatih atau mengajar penuntut di dalam bidang sains perubatan, malah kami juga memberi peluang pekerjaan kepada yang layak di samping membentuk mereka yang berminat menjadi usahawan,” tambahnya.

PICOMS menawarkan pelbagai kursus peringkat diploma antaranya Teknologi Makmal Perubatan, Pembantu Perubatan, Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan, Kesihatan Persekitaran,Pengurusan Hotel, Terapi, Sains Kejururawatan, Sains Perubatan daan Fisioterapi.

Kolej itu melakukan pengambilan pelajar sebanyak tiga kali setahun iaitu April, Julai dan Oktober.

Penuntut pengambilan April ditawarkan beberapa keistimewaan seperti wang saku RM300 sebulan daripada Baitulmal kepada mereka yang layak dan kemudahan asrama dan pengangkutan percuma selama tiga tahun selama mereka berada di kampus.

Mereka yang berminat boleh melayari laman web
www.picoms.edu.my.

Sementara itu, Drs Nizar berkata, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang sudi bekerjasama di dalam program permukiman.

“Kita bukan sahaja mendapat kerjasama daripada jabatan dan agensi, malah kita turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak, contohnya PICOMS untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat setempat sepanjang program permukiman,” ujarnya.

But instead, 4th grade reading scores rose dramatically on the state test, which in many ways resembled an nclb-test prototype, from 1992 https://firstessaywritinghelp.com/ to 1994, while sliding slightly on the naep over the same period

Lebih 400 Orang Asli Terima Bantuan Sempena Permukiman Hilir Perak

TELUK INTAN: Lebih 400 warga miskin dari masyarakat Orang Asli menerima bantuan sempena program Permukiman Menteri Besar di Daerah Hilir Perak pada 18 – 22 April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, antara bantuan yang diterima ialah barangan keperluan makanan dan rawatan pemeriksaan percuma.

Menurut beliau, bantuan makanan disumbangkan Yayasan Bina Upaya (YBU) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) manakala rawatan kesihatan percuma diberikan Pusat Rawatan Islam Wilayah (PUSRAWI).

Beliau berkata, selain masyarakat Orang Asli, pihaknya juga memberi sumbangan kepad 40 saudara baru di sekitar daerah Hilir Perak.

“Kita telah menjalin kerjasama dengan PUSRAWI untuk program ziarah mahabbah sepanjang permukiman bagi memberi sumbangan, bantuan makanan dan motivasi kepada kumpulan sasaran,” katanya kepada Suara Perak selepas merasmikan CSR Hammam dan penyampian hadiah pertandingan mewarna di Masjid Kg Selabak, dekat sini pada Rabu.

Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin.

Drs Nizar berkata, pertandingan mewarna diadakan antara lain bagi menanam perasaan suka kepada kebersihan, termasuk kebersihan tandas (hammam) di kalangan umat Islam, bermula pada usia muda.

“Dengan adanya Skuad Hammam di JAIPk, kita berharap ia dapat menggalakkan masyarakat setempat untuk sama-sama menyertai gotong royong dan dalam masa sama, kita juga berharap jabatan-jabatan juga menubuhkan skuad hammam mereka, tambah-tambah lagi 2017 merupakan Tahun Melawat Perak,” ujarnya.

Drs Nizar berpendapat, program permukiman yang dianjurkan, bukan program main-main tetapi membuktikan kesungguhan pemimpin untuk turun padang merapatkan ukhwah silaturrahim di samping membantu menyelesaikan masalah rakyat setempat.

Sementara itu, Mohd Yusop berkata, JAIPk telah menetapkan enam program utama yang akan diadakan sepanjang program permukiman.

Menurut beliau, program-program itu ialah ziarah mahabbah, fit masjid, csr hammam, qiamullail dan ceramah Datuk Ustaz Kazim Elias.

In both essay on me cases, the profile sparked a reaction on campus and enraged the principal

Tandas Masjid Ikut Garis Panduan SIRIM

IPOH: Kerjasama strategik bersama Institut Darul Ridzuan (IDR) dalam merangka dan memperkenalkan garis panduan kebersihan tandas daripada SIRIM telah dilaksanakan di semua masjid di Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, setakat ini garis panduan itu telah dilancarkan semasa program Permukiman Daerah Menteri Besar Perak.

Menurutnya, Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) turut menubuhkan pasukan CSR Hammam di peringkat jabatan, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) dan daerah.

“Sesi penerangan telah dilaksanakan di setiap daerah pada tahun 2016 manakala bagi pasukan CSR itu, ia melibatkan rakan belia masjid selain jawatankuasa kariah masjid turut disarankan untuk memainkan peranan bersih serta ceriakan tandas masjid,” katanya ketika menjawab soalan lisan Salbiah Mohamed (BN-Temengor) di Sidang DUN pada Selasa.

Sementara itu, kata Drs Nizar, kerajaan negeri turut menyambut baik usaha Ahli Parlimen Gerik yang telah menganjurkan pertandingan Tandas Bersih, Menarik, Wangi (BMW).

Johan bagi kategori ini akan menerima sumbangan sebanyak RM 50,000, Naib Johan RM 30,000 manakala tempat ke-3 RM 20,000.

Di samping itu saguhati pula menerima RM 1,000 dan keputusan pertandingan akan diumumkan pada Mei 2017.

Dabei seien doch bildungspolitiker in den ländern https://www.ghostwriter-hilfe.com/ und landtage näher an den bürgerinnen und bürgern als politiker auf bundesebene , so spaenle

Perak Serius Tangani Ajaran Sesat

IPOH: Kerajaan negeri memandang serius dalam isu penularan ajaran sesat dan sentiasa mengambil langkah proaktif menanganinya sebelum ianya merosakkan akidah umat Islam secara khususnya.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata demikian untuk menjawab soalan Abu Bakar Hussain (PAS – Titi Serong) di dalam Sidang DUN ke-13 yang prihatin isu berkenaan.

Menurut Drs Nizar, kerajaan negeri meletakkan keutamaan kepada sebarang laporan yang melibatkan pegangan aqidah umat Islam di seluruh negeri , antaranya dengan melaksanakan kajian dan penelitian terhadap perkembangan ajaran yang diragui.

“Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam menangani ajaran sesat adalah dengan mengadakan 30 sesi penerangan di sekolah-sekolah di seluruh masjid Negeri Perak serta pelbagai seminar berkaitan aqidah sohihah yang dilaksanakan secara berkala turut diadakan di IPTA/IPTS.

“Secara rutinnya pada sepanjang tahun, peringatan dan pendedahan melalui medium khutbah jumaat turut dilaksanakan kepada para jemaah, di mana fokus pengisian sesi penerangan dan seminar adalah berkisar tentang isu-isu akidah semasa dan pemantapan pemahaman Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras pegangan umat Islam,” katanya ketika menggulung perbahasan semasa  Sidang DUN pada  Isnin.

Drs Nizar memberitahi, satu pasukan khas yang terlatih juga diwujudkan bagi  memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah di samping turut berperanan memberikan penjelasan berhubung isu-isu penyelewengan akidah di seluruh negeri.

Katanya, pihak kerajaan negeri melalui JAIPk turut mengedarkan bahan bercetak seperti risalah ke sekolah-sekolah, masjid-masjid dan lokasi-lokasi tumpuan masyarakat dan antara contoh bahan risalah yang diedarkan termasuklah “Kenapa Syiah Ditolak”, “58 Ciri Ajaran Sesat Di Malaysia” dan “Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah”.

“Untuk pengetahuan semua, pihak JAIPk adalah sebuah agensi khusus yang komited menangani dan memantau sebarang laporan yang akan merosakkan serta memesongkan akidah umat Islam, termasuk memantau ajaran yang meragukan di negeri Perak malah sentiasa mendapat kerjasama yang baik daripada agensi kerajaan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan kesalahan-kesalahan akidah di negeri Perak.

“Justeru itu, sebarang usaha bersepadu dari semua pihak tanpa mengira latar belakang untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini adalah amat dialu-alukan,” ujarnya.

Perak Warta Fatwa Haramkan Upacara Raja Bomoh

IPOH:Kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Perak (MAIPk) sentiasa memantau kes yang melibatkan ucapara perbomohan Raja Bomoh atau Ibrahim Mat Zin dan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam usaha menangkap dan membawanya ke mahkamah.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah,Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata kerajaan negeri telah mewartakan fatwa mengenai pengharaman upacara perbomohan ‘raja bomoh’ di bawah seksyen 36 dan Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 204 pada Ogos 2015.

“Untuk makluman sebuah kertas siasatan sudah dibuka atas kesalahan dibawah Seksyen 14 iaitu mencela dan menghina Agama Islam” Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak 1992 dan bagi melengkapkan kertas siasatan pegawai penyiasat memerlukan keterangan saksi dan orang yang disyaki,” katanya menjawab soalan tambahan yang diajukan oleh ADUN (Titi Serong – PAS) Abu Bakar Hussian pada sesi pergulungan perbahasan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Malah jelasnya berikutan itu, satu surat panggilan telah dikeluarkan kepada Raja bomoh ke alamat kediamannya.

“Namun begitu ketika surat panggilan di hantar ke alamat tersebut Raja Bomoh tiada di lokasi dan ahli keluarga serta jiran tetangga tidak ketahui mengenai lokasi sebenar dia berada malah dia juga tidak hadir memberi keterangan pada tarikh ditetapkan

“Saksi yang memberi keterangan bagi kes ini iaitu merujuk kepada saksi yang memgambil gambar dan video rakaman ucapara perbomohan ini juga tidak berjaya dikenalpasti,”katanya.

Katanya lagi, rakaman ritual perbomohan Ibrahim Mat Zin hanya diperolehi dari Youtube dan tiada saksi yang tampil untuk memberi keterangan berkaitan rakaman itu.

Now, if you’ll excuse me, i’ve https://besttrackingapps.com/spyera got some aliens to kill