Sekolah Mundur Di Perak Bakal Alami Transformasi

SERI ISKANDAR: Kerajaan Negeri Perak mengarahkan Jabatan Pendidikan negeri itu mengenal pasti sekolah-sekolah yang ketinggalan dari segi pencapaian akademik dan kokurikulum, untuk ditransformasi.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, sekolah-sekolah tersebut kelak akan dimasukkan ke dalam projek khas kerajaan negeri yang diwujudkan selaras dengan matlamat menjadikan Perak sebagai hub pendidikan.

“Projek khas ini akan mengenal pasti sekolah-sekolah ketinggalan di seluruh negeri; barangkali ia (prestasi mundur sekolah) disebabkan oleh akses pendidikan yang tidak kemas kini. (more…)

Fit Masjid Latih Anak Muda Dekati Masjid

 

 

 

 

 

KUALA KANGSAR: Program Fit Masjid adalah antara usaha kerajaan untuk mendekatkan anak muda dengan masjid.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, walapun pada peringkat awal ia agak sukar tetapi lama-kelamaan mereka akan merasai kemanisannya. Beliau memberi contoh mudah bagaimana untuk membuka buah durian. (more…)

Sentiasa Cari Jalan Satukan Umat Islam

SUNGAI SIPUT: Kerajaan negeri bersama-sama pelbagai pertubuhan dan individu Islam sentiasa mencari jalan bagaimana untuk menyatukan ummah di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, antara pertubuhan dan individu itu ialah kepimpinan Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR) dan pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Mohammad Kazim Elias Al-Hafiz ( Ustaz Kazim).

Menurut Dr Zambry, beliau sering berbincang dengan Datuk Azhar Ahmad (Pengerusi KADIR) dan Ustaz Kazim supaya umat Islam di negeri ini tidak berpecah. (more…)

Hampir 500 Orang Asli Terima Bantuan Kotak Makanan

 BAWONG: Hampir 500 penduduk Orang Asli sekitar Daerah Kuala Kangsar menerima bantuan kotak barangan keperluan harian sempena program Permukiman Menteri Besar di daerah itu, mulai Selasa.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, bantuan itu disumbangkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan institusi agama di negeri ini.

Menurut beliau, bantuan itu disampaikan ketika Ziarah Mahbbah di Pos Perwor dan Kg Chermin di samping ketika Karnival Mahabbah di Kg Bawong.

“Permukiman kali ini unik kerana buat pertama kalinya Karnival Mahabbah diadakan pada hari pertama di perkampungan Orang Asli,” katanya kepada Suara Perak ketika ditemui selepas perasmian Karnival Mahabbah yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di pekarangan Masjid Kampung Orang Asli Bawong di sini pada Selasa. (more…)

Pembangunan Di Penempatan Orang Asli Diteruskan

BAWONG: Projek-projek pembangunan untuk kemudahan masyarakat Orang Asli di Perak akan diteruskan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menurut beliau, kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan perkampungan Orang Asli, selaras dengan slogan Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir. Beliau memberi contoh, jalan ke Kuala Mu kini telah ditar, jauh lebih baik ketika lawatan beliau tahun lalu. 

Di samping itu, ujarnya, pelajar Orang Asli juga menikmati kemudahan sama seperti yang dinikmati pelajar lain. (more…)

Seminar Hammam 2017: Terap Konsep Jaga Kebersihan Tandas Perak Hari Ini

IPOH:Penerapan terhadap garis panduan, kaedah serta konsep untuk menjaga tandas awam di setiap masjid, surau dan tempat ibadat di negeri ini memerlukan peranan semua pihak terutama masyarakat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata penganjuran Seminar Hammam 2017 berkaitan penjagaan kebersihan tandas melibatkan seluruh jawatankuasa masjid dan surau di negeri ini antara langkah pertama merevolusikan langkah itu menjadi sebahagian amalan masyarakat kelak. (more…)

Lebih 1,000 Peserta Jayakan Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak:Hentikan!!

IPOH: Kira-kira 1,000 peserta terdiri  daripada pelajar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak:Hentikan!! di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Sabtu.

Program ini merupakan anjuran kerajaan negeri dan BAIDURI dengan kerjasama Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Wanita Prihatin.
(more…)