KEMERIAHAN JOM HEALING PARIT

Jom Healing peringkat Negeri Perak @ Parit berlangsung selama 3 hari bermula 13, 14 dan 15 Disember bertempat di Pulau Cempakasari, Parit.
Program dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak yang hadir bersama isteri YABhg.Datin Seri Aezer Zubir.
Objektif Program J.O.M (Jumpa Orang Muda) Healing merupakan salah satu inisiatif daripada YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad yang bertujuan untuk menyediakan platform kepada belia bagi menyampaikan hasrat dan mendapatkan pandangan mereka secara terus.
Hadir sama kepimpinan UMNO Bahagian Parit YBhg.Dato’ Mohd Nizar Zakaria Ketua UMNO Bahagian Parit, YBrs.Khairul Shahril Mohamed Timbaln Ketua UMNO Bahagian Parit, YB Khairudin Hj Abu Hanipah Adun Belanja merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Parit, Saudara Nazirul Jamaludin Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Puan Sarah Syazwani Saari Ketua Puteri UMNO Negeri Perak, Saudara Hamizi Abd Ghani Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit, Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah, Ketua Polis Daerah, agensi-agensi kerajaan dan masyarakat setempat.
#BNParit

‘Belajar terima kenyataan, bukan desak Ahmad Zahid cuti’

IPOH – Pembangkang seharusnya belajar menerima kenyataan bahawa mereka bukan lagi kerajaan berbanding mendesak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya bercuti daripada menjalankan tugas bagi mendapatkan perhatian.

Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, desakan supaya Ahmad Zahid bercuti kononnya bagi memberi laluan siasatan hanyalah gimik politik pembangkang yang masih belum boleh menerima hakikat kegagalan membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, jika alasan tersebut digunakan untuk seseorang pemimpin itu dicutikan dari tugasnya, maka beberapa pemimpin pembangkang juga harus melakukan perkara sama kerana mereka juga sedang berdepan perbicaraan di mahkamah.

“Pada saya sekarang ini sudah hampir tiga tahun (kerajaan dibentuk) sepatutnya kita pastikan negara kita stabil, kita hendak kerajaan perpaduan ini kuat, kukuh untuk kita bina. Nak berpolitik tunggulah PRU16 nanti, gasaklah apa benda pun tapi janganlah tempoh ini.

IPOH – Pembangkang seharusnya belajar menerima kenyataan bahawa mereka bukan lagi kerajaan berbanding mendesak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya bercuti daripada menjalankan tugas bagi mendapatkan perhatian.

Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, desakan supaya Ahmad Zahid bercuti kononnya bagi memberi laluan siasatan hanyalah gimik politik pembangkang yang masih belum boleh menerima hakikat kegagalan membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, jika alasan tersebut digunakan untuk seseorang pemimpin itu dicutikan dari tugasnya, maka beberapa pemimpin pembangkang juga harus melakukan perkara sama kerana mereka juga sedang berdepan perbicaraan di mahkamah.

“Pada saya sekarang ini sudah hampir tiga tahun (kerajaan dibentuk) sepatutnya kita pastikan negara kita stabil, kita hendak kerajaan perpaduan ini kuat, kukuh untuk kita bina. Nak berpolitik tunggulah PRU16 nanti, gasaklah apa benda pun tapi janganlah tempoh ini.

Mohd Nizar berkata, pembangkang sepatutnya reda dengan ketentuan ALLAH apabila Barisan Nasional (BN) kembali menjadi kerajaan biarpun dengan memenangi hanya 30 kerusi Parlimen pada PRU15 lalu.

“Ingat, ALLAH sebut dalam al-Quran bermaksud, manusia merancang, ALLAH juga merancang tetapi ALLAH juga sebaik-baik perancang. Sepatutnya redalah, pilihan raya dah tamat dah.

Artikel Berkaitan:
‘Ahmad Zahid perlu dicutikan agar siasatan bebas, adil’ – Tun Faisal
[VIDEO] ‘Ahmad Zahid perlu dicutikan agar siasatan bebas, adil’ – Tun Faisal
Didakwa tipu Agong isu SD, Ahmad Zahid sedia disiasat
“Saya kalah (dalam PRU15), saya reda. Saya terus bekerja, berkhidmat dan berbakti. Saya harap sudahlah berpolemik yang merugikan negara serta merosakkan perpaduan di negara ini,” katanya.

Pada Isnin, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berpandangan Ahmad Zahid perlu diberikan cuti bagi memberi laluan kepada siasatan bebas terhadap dirinya sehingga selesai.

Beliau yang mengalu-alukan sikap terbuka Ahmad Zahid untuk disiasat berhubung dakwaan terdapat unsur memperdaya Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika mengemukakan Akuan Berkanun (SD) bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan bagaimanapun merasakan tidak mungkin seseorang dapat disiasat sepenuhnya ketika masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Majlis Ulama UMNO Kesal Cara Berpolitik Pas Gelar Dajal

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Majlis Ulama UMNO (MUU) menzahirkan kekesalan atas sikap dan cara berpolitik di pentas demokrasi yang keras dan kasar ditampilkan oleh Presiden Pas dengan menuduh dan menggelar pihak politik yang berbeza sebagai lebih ‘dajal’ daripada ‘dajjal’.

Menerusi satu kenyataan media MUU memaklumkan bahawa politik sebegini sepatutnya dibenamkan jauh ke dasar lautan dan tidak dijadikan ikutan generasi baharu masyarakat Malaysia.

“Naratif politik sebegini akan mengulangi siri pertembungan yang tajam khususnya antara penyokong dan ahli Pas dan UMNO awal 80-an menerusi cetusan amanat-amanat dan ucapan-ucapan politik yang merosakkan persaudaraan Islam selama puluhan tahun sehinggalah diredakan menerusi Muafakat Nasional pada 2019.

“Umum umat Islam mengenali susuk ‘dajal’ menerusi hadis-hadis Rasulullah SAW sebagai lambang kekufuran dan kefasikan yang mengelirukan umat manusia dan menguji serta merosakkan keimanan mereka dengan pembohongan dan kejahatan sebelum akhirnya dibunuh oleh Nabi Isa alaihissalam di akhir zaman sebelum Qiamat.

“Ia sangat tidak wajar dipalitkan sesama muslim yang bersaing secara sihat di arena demokrasi Malaysia.”

Sehubungan itu, MUU mengajak semua pihak khususnya para alim ulama menghiasi dan memakmurkan politik demokrasi Malaysia dengan akhlak Islam dengan menjunjung peringatan Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 11.

Maksudnya: “Wahai orang-orang beriman, janganlah ada satu kelompok mempersendakan satu kelompok yang lain barangkali yang dipersendakan itu lebih baik daripada yang mempersendakan. Dan janganlah para wanita mempersendakan wanita-wanita lain barangkali yang dipersendakan itu lebih baik daripada yang mempersendakan. Dan janganlah kamu mencela diri sendiri dan janganlah kamu gelar-menggelar dengan gelaran buruk. Seburuk-buruk nama adalah kefasikan selepas keimanan. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah sebenar-benar orang-orang yang zalim.” – UMNO Online

Pengundi Nenggiri Diseru Pilih Awie, Manfaatkan Hubungan Dengan Kerajaan Pusat – Nizar Zakaria

GUA MUSANG, 15 Ogos – Berbaki dua hari lagi berkempen sebelum penutupan rasmi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, dapat dilihat bahawa penerimaan pengundi cukup yakin dengan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dengan jenteranya terus melipatgandakan usaha menyantuni masyarakat.

Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria mengingatkan dan menyeru semua pengundi di DUN Nenggiri untuk membuat pilihan yang tepat dengan menyokong calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau lebih dikenali sebagai Awie, dalam PRK ini.

Menurutnya, Awie adalah calon yang memiliki kemampuan dan dedikasi tinggi dalam memperjuangkan nasib rakyat Nenggiri.

“Saya berpesan kepada seluruh pengundi DUN Nenggiri, pilihlah calon daripada BN, Awie untuk dinobatkan sebagai wakil rakyat. Beliau seorang yang muda, mempunyai kelebihan-kelebihan dan telah pun bersama dalam organisasi parti, berkhidmat, membantu dan merancang.

“Saya yakin dan percaya Awie mampu untuk membawa suara rakyat atau pun masyarakat di Nenggiri. Pada masa yang sama juga mengingatkan adik kakak yang berada di luar sebagai pengundi yang akan balik mengundi pada hari sabtu ini.

“Undilah calon nombor dua, Awie yang mempunyai latar belakang yang cukup baik dan mempunyai potensi untuk memimpin dan membawa pendekatan ke arah pembangunan, insfrastruktur dan sebagainya. Bukan hanya pembangunan insfra tetapi pembangunan modal insan juga,” katanya ketika ditemui UMNO Online di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Agropolitan, Rantau Manis (ECER), di sini.

Mengulas lanjut kata Nizar lagi, calon BN telah melakukan serta menyantuni rakyat Nenggiri tidak mengira umur dan kebanyakkannya rakyat kawasan ini mengenal beliau.

“Sudah banyak tempat beliau lakukan dengan berjumpa masyarakat yang bervariasi dan pelbagai umur serta rakyat Nenggiri pun mengenal calon BN.

“Awie bukan sekadar calon muda yang berpotensi, tetapi beliau juga telah menunjukkan kesungguhan dalam berkhidmat kepada masyarakat. Memilih Awie bermakna memilih masa depan yang lebih baik untuk Nenggiri,” katanya.

Tambahnya, beliau mendoakan agar calon BN menang dengan sukses pada PRK ini.

“Kita doakan Awie sukses dan menang pada pilihan raya ini. Kepada jentera-jentera parti BN, kita berkerja, bergerak sehingga ‘due day’ tersebut. Tidak kira dimana mereka berada di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN Nenggiri ini termasuk orang asal yang ada di dalam kawasan ini untuk memberikan sokongan padu kepada calon BN.

“Selamat mengundi, saya doakan segala-galanya dipermudahkan oleh Allah SWT,” ujarnya.

Terdahulu Nizar telah mengadakan program santai dan sukaneka yang berlangsung di padang Taman Agropolitan (ECER) dengan suasana yang cukup meriah.

Jelasnya, keakraban dan pendekatan jelas terlihat dalam sukan rakyat ini dengan acara yang dipertandingkan seperti sepak takraw, boling kelapa dan sebagainya.

“Saya melihat anak-anak muda di sini berbakat dan program yang diadakan ini mendapat sambutan cukup baik. Setiap petang masyarakat di sini memanfaatkan apa yang diberi oleh kerajaan seperti padang futsal, gelanggang sepak takraw dan sebagainya.

“Inilah tempat mereka berkumpul untuk dimanfaatkan dan juga difahamkan mereka mempunyai pasukan futsal dan setiap pertandingan akan diikutinya.

“Saya tahu peranan mereka juga yang menginginkan pembangunan dan sebagainya serta sudah pasti pada PRK ini masyarakat akan memilih calon nombor dua (Awie),” ujarnya. – UMNO Online

Berita Berkaitan
Syahbuddin Seru Pengundi Luar Pulang, Sokong Awie Di PRK Nenggiri
PRK Nenggiri: Awie Tunai Tanggungjawab, Seru Pengundi Terus Keluar Mengundi
Menang PRK Nenggiri: Rakyat Kembali Yakin Kepada BN, Beri Suntikan Semangat PAU 2024

UMNO memang sakit, sedang dirawat – Khaled Nordin

PARIT – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta ahli di semua peringkat membantu memulihkan parti itu yang kini berada dalam fasa ‘sakit’ dan memerlukan rawatan.

Beliau berkata, langkah kebersamaan itu perlu bagi memastikan parti tidak terus mati dan terkubur terutama dalam keadaan UMNO yang bukan lagi sebuah parti dominan.

Menurutnya, saranan itu dibuat kerana ketika ini wujud pelbagai tuntutan dibuat ahli di peringkat akar umbi seolah-olah UMNO ini sebuah parti yang terlalu kuat dan gah.

“Hakikatnya parti sedang ‘sakit’ sebab kita tidak menang majoriti dan tak dapat bentuk kerajaan pun dalam pilihan raya umum yang lepas.

“Maka sebab itu soal untuk bantu parti yang sakit ini perlu menjadi tanggungjawab kita bersama, bukan hanya kita letak kepada Presiden.

Sebahagian perwakilan yang hadir ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Parit 2024 di D Hotel Seri Iskandar pada Ahad.
Sebahagian perwakilan yang hadir ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Parit 2024 di D Hotel Seri Iskandar pada Ahad.
“Saya ajak semua hidupkan parti dengan terus memberi kepercayaan, berikan masa dan keringat kerana UMNO tidak akan berkelangsungan tanpa semua berkorban untuknya,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Parit 2024 di di Hotel Seri Iskandar di sini pada Ahad.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Sementara itu dalam sidang akhbar, Mohamed Khalid yang juga Menteri Pertahanan menafikan berlaku pertindihan kenyataan antara dua pemimpin tertinggi parti berkaitan kerjasama Barisan Nasional (BN) bersama Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Beliau berkata, secara dasarnya isu melibatkan kerjasama politik terutama dalam PRU16 akan terus menjadi topik tumpuan yang dibincangkan secara bersama di peringkat kepimpinan parti.

“Jadi hanya mungkin ia menyuarakan pandangan-pandangan secara terbuka, tetapi dalam hal lain, ini juga menunjukkan bahawa dalam UMNO kita tidak mengongkong,” katanya.

Sebelum ini, Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, BN akan terus bekerjasama dengan gabungan parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada Sabtu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dipetik berkata, parti itu tidak terikat dengan sebarang parti untuk bergabung dalam PRU16.

Semoga Ada Usaha Berterusan Hentikan Perang Dan Pencerobohan Zionis-Israel Di Gaza – Nizar

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohamad Nizar Zakaria meluahkan simpati beliau terhadap rakyat Gaza yang masih terus berhadapan dengan kekejaman rejim Zionis-Israel.Malah katanya, serangan dilakukan rejim itu terhadap rakyat Gaza sehingga kini termasuk terbaharu sesuatu yang mendukakan dan berharap ketabahan diberikan kepada rakyat Gaza di sebalik berhadapan cengkaman berterusan dilakukan rejim Zionis.

“Rasa suasana pilu dan simpati yang mendalam ke atas umat Islam kita di Gaza, Palestin. Kita doakan semoga umat Islam di sana tabah kuat dan terus berjuang di bumi Palestin, kerana Baitulmaqdis berada di sana.

“Ini juga tanggungjawab kita, semoga ada usaha berterusan untuk menghentikan perang dan ceroboh Zionis-Israel terhadap umat Islam Gaza, Palestin,” katanya.Katanya, konflik di antara Zionis dan Palestin terus menjadi satu pertikaian yang berpanjangan meskipun pelbagai cara telah dilakukan untuk membantu namun sehingga kini bayangan penyelesaian tersebut tidak pernah direalisasikan Israel.Jelas beliau lebih memilukan sehingga kini masyarakat dunia masih lagi disajikan perkhabaran tentang keganasan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin pada setiap masa.

“Tahap keganasan yang disaksikan sepanjang konflik ini terlalu kejam. Kini korban perang yang dilakukan oleh rejim Zionis tidak hanya tertumpu kepada para pejuang tetapi juga melibatkan nyawa orang awam terutama kanak-kanak dan wanita.

“Sampai bilakah kita harus berdiam diri dan membiarkan semua kekejaman ini berlaku? Apakah selamanya kita hanya melihat dan mendengar sahaja perkhabaran tentang kemusnahan sebuah negara Islam tanpa melakukan apa-apa tindakan?” soal beliau

Menjengah kembali pada 2010 ketika beliau menjadi sukarelawan program Free Gaza Movement menerusi misi bantuan kemanusiaan dalam kapal MV Rachel Corrie, Nizar menyifatkan rejim Zionis sebagai zalim dan rakus untuk mengagalkan misi tersebut.Menurut beliau ini kerana terlalu banyak penipuan dan manipulasi dilakukan mereka termasuk pengalamannya dilayan dengan kejam sewaktu ditahan oleh tentera Israel ketika berada di perairan antarabangsa sewaktu dalam perjalanan ke Gaza.

Mohamad Nizar turut sama menukilkan kembali pengalaman beliau dalam perjalanan misi yang panjang sehingga ditangkap serta kapal dinaiki mereka ditunda ke Israel dan dimasukkan ke dalam penjara.Terdahulu, jumlah kematian akibat serangan berterusan Israel sejak 7 Oktober lalu kini semakin meningkat sehingga melonjak kepada 10,328 orang.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin berkata antara yang terbunuh ialah 4,237 kanak-kanak dan 2,719 wanita manakala memetik laporan Anadolu, beliau berkata lebih 25,956 yang lain cedera akibat serangan rejim Zionis. – UMNO Online

JPN Perak Malaysia Lakukan Lawatan Ke UIN IB Padang

Suarakampus.com- Rombongan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak Malaysia lakukan kunjungan ke Fakultas Tarbiyah dan Keguruan (FTK) UIN Imam Bonjol Padang. Pertemuan tersebut dilaksanakan di Auditorium kampus II Lubuk Lintah, Kamis (02/11).Mahasiswa Manajemen Pendidikan Islam (MPI), Dzulkifli mengatakan, kunjungan ini bertujuan untuk memperkuat silaturahmi dengan JPN Perak Malaysia sekaligus balasan dari pihak Malaysia atas Memorandum of Understanding (MoU) yang mereka lakukan. “Sebab kami melakukan kegiatan PPL dan KKN terintegrasi luar negeri dari Fakultas Tarbiyah dulunya, dan menjalin hubungan dengan JPN ini,” kata ketua Program Pengalaman Lapangan itu

Alhamdulillah senang karena berjumpa kembali dengan saudara serta guru kami di Malaysia,” sambungnya saat di wawancara oleh tim suarakampus.comIa menyampaikan pertemuan ini turut dihadiri oleh pihak FTK dan Sekolah Agama Bawah Kerajaan (SABK) dari Malaysia juga. “Setelah ini bulan Desember nanti akan datang juga dari Selangor dibawah naungan Angkatan Belia Islam (ABIM) Malaysia,” sampainya.Kemudian, Dzul mengatakan, utusan PPL ke Malaysia lalu berjumlah 39 orang dari FTK. “Kami ada 14 di Selangor, dan 25 orang di Perak,” katanya.Ia berharap untuk ke depannya pihak kampus selalu memperluas jaringan di negeri tetangga. “Semoga FTK dapat meneruskan PPL berintegritas luar negeri hingga ke negara negara lainnya,” harapnya.Ketua penolong pengarah, kanan sektor pendekar Islam, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak Malaysia, Muhammad Bin Yahya mengatakan, kedatangan mereka ke UIN IB untuk menjalin rantai persaudaraan. “Serta menjalin suatu kerja sama yang boleh dibuat antara dua belah pihak,” katanya. (hrd)