Hargai Bomba Bukan Sekadar Anugerah – Sultan Nazrin

Menghargai dan menghormati perkhidmatan ahli bomba tidak memadai sekadar menganugerahkan medal, sijil, cenderamata, ucapan dan surat pujian.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah ‘Sambutan Hari Anggota Bomba’ akan lebih bermakna jika acara sambutan diisi dengan acara-acara berunsur spiritual dan berunsur ilmu. Baginda bertitah unsur tersebut berupaya meningkatkan penghayatan masyarakat dan apresiasi negara, serta dilengkapi dengan program-program yang dapat memberikan impak bermakna.

“Menghargai dan menghormati khidmat anggota bomba hendaknya tidak terbatas kepada program-program berbentuk perbarisan, pameran, persembahan budaya atau jamuan. (more…)

Perkhidmatan Cemerlang Hasil Daripada Sistem Pasukan Terbaik

IPOH:Kejayaan yang dilakar oleh setiap agensi dibawah kerajaan Negeri merupakan bukti kepada cara penterjemahan dan sistem pasukan yang terbaik.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata,kejayaan itu turut dibantu oleh para pegawai yang mampu menerima arahan serta memiliki semangat pasukan yang baik.

“Terjemahan ini membuktikan kita memiliki pegawai dan pekerja yang baik serta mampu membentuk pasukan yang terbaik,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada majlis Anugerah perkhidmatan Cemerlang (APC), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bagi tahun 2016.

(more…)

Lantik Belia Anggotai Jawatankuasa Masjid

IPOH: Kerajaan negeri meminta wakil golongan belia dilantik menganggotai jawatankuasa masjid kerana mereka mampu memberi sumbangan idea bagi melaksanakan pelbagai aktiviti bagi mengimarakkan lagi masjid.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, kerajaan negeri amat menghargai anak muda kerana mereka merupakan aset penting masa depan negara.

Menurut beliau, sebagai aset masa depan, golongan belia perlu bergerak aktif sebagai kerana mereka adalah penentu masa depan negeri dan negara kita. (more…)

Pentadbiran Agama Perak Jadi Contoh

IPOH: Pentadbiran agama di negeri Perak sentiasa menjadi contoh kepada pentadbir agama negeri-negeri lain kerana pelbagai kejayaan yang diprolehi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, antara kejayaan itu ialah sistem e-Zabeth, pengeluaran kad nikah serta merta dan pelbagai kejayaan Sekolah Raja Perempuan Taayah.

Menurut beliau, segala kejayaan yang diperolehi itu adalah hasil usaha, kesungguhan dan kerjasama semua pihak, khususnya di kalangan kakitangan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

“Bukanlah bermakna kita hendak membesar diri tetapi kita berusaha memberi yang terbaik untuk juga memberi manfaat kepada pihak yang lain,” katanya kepada Suara Perak selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di sini pada Jumaat.

Hadir sama Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin dan Timbalannya, Harith Fadhilah Abdul Halim. (more…)

Perlu Beretika, Ikut SOP Disiplinkan Pelajar

IPOH:Para guru dan pihak pengurusan sekolah dinasihati supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mendisiplinkan pelajar selain daripada sentiasa beretika semasa menjalankan tugas yang diamanahkan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata garis panduan berkaitan perlaksanaan hukuman telah diwujudkan di setiap sekolah termasuk juga melibatkan sekolah-sekolah tahfiz di negara ini.

Beliau mengulas mengenai kes pelajar sekolah tahfiz di Johor, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi yang meninggal dunia petang semalam akibat kecederaan teruk setelah didakwa dipukul pembantu warden di sekolah itu. (more…)

MB Rasmikan Program Qiamullail dan Solat Subuh Berjemaah serta Fit Masjid

TELUK INTAN: Walaupun sibuk menghadiri berbagai program sempena Permukiman Daerah Menteri Besar, namun Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sempat menunaikan qiamullail dan solat subuh berjemaah di Masjid Saadah Kampung Bahagia di sini.

Dalam kesempatan itu juga, Zambry sempat merasmikan pelancaran Program Qiamullail dan Solat Subuh Berjemaah di masjid yang sama.

Menurut beliau, program ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Perak dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam usaha untuk menjalankan solat subuh secara berjemaah di seluruh negeri Perak. (more…)