Isu DOJ Isu Yang Tiada Asas – Zaim

 

BOTA:Rakyat tidak akan terpengaruh dengan tuduhan saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat kerana ia merupakan suatu dakwaan yang tidak mempunyai asas yang kukuh.

Ahli Parlimen Parit, Datuk Haji Mohd Zaim Haji Abu Hassan berkata semakin hari rakyat semakin sedar bahawa segala tuduhan oleh DoJ tidak mempunyai asas yang kukuh.

Justeru beliau yakin bahawa rakyat tidak akan  berminat dengan perkara-perkara berkenaan sebaliknya lebih memberi fokus kepada sesuatu yang lebih berasas.
“Bagi saya rakyat bijak dan hanya akan berpijak di bumi nyata dan masalah (isu dakwaan oleh) DoJ ini merupakan sesuatu dakawaan yang ‘terawang-awang’”, katanya.
Tambah beliau, DoJ sepatutnya tidak campur tangan dengan hal-hal yang melibatkan Malaysia.

“Saya menentang campur tangan pihak DoJ dalam urusan negera kita, biar kita yang menguruskannya melalui sistem perundangan negara kita.

“Dakwaan mereka tu hanya dalam bentuk umum dan tuduhan itu sama sekali tidak mempunyai asas yang kukuh.

“Saya juga memuji pandangan mufti-mufti seperti di Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan dan sebagainya, yang tak menyokong campur tangan luar negara terhadap urusan negara kita”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Aidilfitri 2017 di Perkarangan Surau Asliah, Kampung Aji Bota Kiri, Bota yang dihadiri kira-kita 500 orang.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria.

Nizar berkata majlis sambutan aidilfitri pada kali ini menampilkan kelainan kerana ia diadakan mengikut Pusat Daerah Mengundi (PDM).
“Kalau dahulu kita buat secara berpusat sama ada di Parit atau di Bota tapi kali ini kita buat mengikut PDM supaya lebih mudah untuk kita mendekati rakyat dan  pada masa sama rakyat dapat berjumpa terus dengan wakil rakyat dalam menyuarakan sebarang pandangan dan masalah mereka”, katanya.
Tambah Nizar majlis ini juga merupakan sebahagian dari program turun padang secara berterusan oleh Barisan Nasional  Parlimen Parit, serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota, Belanja dan sekitar.

SUK Perak Agih 2,500 Bekas Bubur Lambuk

IPOH:Sebanyak 2,500 bekas bubur lambuk diagihkan kepada warga kerja Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak termasuk juga 17 jabatan-jabatan dibawah kerajaan negeri.

Majlis penyampaian bubur lambuk tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bertempat di Dewan Serbaguna Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

Zambry dalam ucapan ringkasnya berkata, agihan bubur lambuk adalah satu acara yang rutin bagaimanapun semangat perpaduan dan kesatuan yang ditunjukkan para peserta adalah lebih penting.

“Kita biasa melihat orang memasak bubur lambuk tetapi semangat kerjasama dan kesatuan itu yang perlu dilihat,”katanya.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah,Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Terdahulu, kakitangan SUK telah bergotong-royong seawal jam 8 pagi bagi sesi memasak sebanyak 10 periuk bubur lambuk di perkarangan tempat letak kereta bangunan SUK hari ini.

Antara jabatan yang menerima agihan bubur lambuk kali ini seperti Jabatan Agama Islam Perak, Lembaga Air Perak, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak serta Tourism Perak.

2,000 Peserta Hadir Ijtimak Belia Masjid Bersama MB

IPOH: Seramai 2,000 orang belia dari pelbagai persatuan belia islam, kariah masjid serta siswa dan siswi islam seluruh Perak menghadiri Ijtimak Belia Masjid, Peringkat Negeri Perak 2017 pada Isnin.

Program ini bertujuan untuk mendekatkan golongan berkenaan dengan masjid selain memperkasakan anak muda khususnya di Perak.

Dengan berkonsepkan ijtimak tabligh, para belia ini telah berkampung di perkarangan Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak sejak Ahad lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang turut serta dalam program itu turut menyatakan rasa kagumnya terhadap semangat anak-anak muda yang hadir pada majlis ini walaupun terpaksa bermalam dan tidur dalam keadaan yang kurang selesa.

“Saya sangat mengkaggumi dan berinspirasi dengan semangat anda semua yang sanggup hadir ke program dua hari ini walaupun terpaksa tidur beramai-ramai dalam keadaan yang kurang selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program ini.

Pada masa sama, turut diselitkan dengan sesi dialog TN50, Belia Masjid Ke Arah TN50, dimana ia dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria dan Menteri Besar sendiri hadir sebagai panel.

Pada majlis berkenaan, Zambry turut menyampaikan anugerah Tokoh Belia Masjid Peringkat Negeri Perak 2017 kepada Muhammad Taufiq Abdul Mutalib.

Pemuda berusia 25 tahun itu juga merupakan Timbalan Pengerusi Sahabat Masjid Daerah Manjung.

Beliau berkata antara pendekatan dan usaha yang diambil beliau dalam memperkasakan nilai-nilai islam dalam kalangan belia ialah dengan mengadakan program-program anak muda yang bercirikan islamik.

“Kita tahu anak muda sukakan sukan futsal, jadi kita buat pertandingan futsal belia diperingkat Manjung.

Pada masa sama, kita buat slot solat berjemaah di dalam gelanggang futsal itu sendiri.”

“Selain itu juga kita tetapkan dalam pertandingan itu semua peserta harus menutup aurat.”, katanya.

Ijtimak Belia Masjid ini merupakan anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR).

Lebih 1,000 Sertai Ijtimak Belia Masjid 2017

IPOH: Lebih 1,000 anak muda dari seluruh negeri Perak mengambil bahagian di dalam ijtimak Belia Masjid 2017 yang pertama kali diadakan di negeri ini.

Program anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR) itu diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini pada 11 – 12 Jun.
Pengerusi KADIR, Datuk Azhar Ahmad berrkata, para peserta terdiri daripada belia yang mewakili masjid di seluruh negeri.
“Antara lain ijtimak ini bertujuan mendidik dan melahirkan generasi muda yang hebat, bukan sahaja fizikal, tetapi jug rohani mereka,” katanya kepada Suara Perak.
Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang ijtimak dua hari satu malam itu, antaranya ceramah daripada tokoh-tokoh agama, tazkirah, iftar Ramadan, solat sunat & fardhu berjemaah, latihan dalam kumpulan, dialog TN50 dan qiamullail.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sendiri akan menjadi panel Dialog TN50 belia masjid di samping Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria.

Sultan Perak Berkenan Rasmi Sekolah Tahfiz, Masjid Di Pulau Pangkor

LUMUT: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan, Daerah Manjung, Pulau Pangkor, pada Khamis.

“Dengan Bismillahirahmanirrahim, Beta dengan ini suka cita merasmikan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung, Teluk Baharu, Pulau Pangkor”, titah Baginda.

Hadir mengiringi Baginda, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Exco-exco kerajaan negeri dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Yusop Husin. Pembinaan sekolah tahfiz ini menelan kos sebanyak kira-kira RM 10 Juta. (more…)