IPOH:Kejayaan yang dilakar oleh setiap agensi dibawah kerajaan Negeri merupakan bukti kepada cara penterjemahan dan sistem pasukan yang terbaik.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata,kejayaan itu turut dibantu oleh para pegawai yang mampu menerima arahan serta memiliki semangat pasukan yang baik.

“Terjemahan ini membuktikan kita memiliki pegawai dan pekerja yang baik serta mampu membentuk pasukan yang terbaik,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada majlis Anugerah perkhidmatan Cemerlang (APC), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bagi tahun 2016.

Terdahulu, seramai 112 pegawai telah menerima pengiktirafan sebagai modal insan cemerlang bagi tahun 2016 iaitu yang terdiri daripada 60 pegawai dibawah panel Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, 7 orang dari Pejabat Kewangan Negeri Perak, 22 orang dari pejabat Pengarah Tanah dan Galian dan tiga dari Jabatan Mufti Perak.

Hadir sama Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan barisan exco kerajaan negeri.

Turut menerima anugerah 11 wakil dari Perbadanan Persekutuan Awam negeri Perak, Enam dari Jabatan kebajikan Masyarakat Negeri Perak dan tiga penerima daripada Perbadanan Taman Negeri Perak.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan semasa menyampaikan ucapan sebentar tadi berkata terdapat pelbagai pengiktirafan telah diterima pelbagai pihak atas perkhidmatan cemerlang para pegawai.

“Pencapaian 5 bintang untuk pejabat SUK Perak bagi indeks penarafan 5 bintang oleh MAMPU, Anugerah Ketua Setiausaha Negara bagi inovasi KIK untuk projek command centre yang bertujuan menyelaras operasi penguatkuasaan dan 11 jabatan negeri telah menerima 5 bintang dalam indeks akauntabilit (AI) dalam majlis penyampaian sijil anugerah indeks Akauntabiliti,” katanya.