IPOH: Pentadbiran agama di negeri Perak sentiasa menjadi contoh kepada pentadbir agama negeri-negeri lain kerana pelbagai kejayaan yang diprolehi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, antara kejayaan itu ialah sistem e-Zabeth, pengeluaran kad nikah serta merta dan pelbagai kejayaan Sekolah Raja Perempuan Taayah.
Menurut beliau, segala kejayaan yang diperolehi itu adalah hasil usaha, kesungguhan dan kerjasama semua pihak, khususnya di kalangan kakitangan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
“Bukanlah bermakna kita hendak membesar diri tetapi kita berusaha memberi yang terbaik untuk juga memberi manfaat kepada pihak yang lain,” katanya kepada Suara Perak selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di sini pada Jumaat.
Hadir sama Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin dan Timbalannya, Harith Fadhilah Abdul Halim.
Seramai 53 kakitangan JAIPk menerima APC 2016 di samping 351 orang lagi menerima sijil perkhidmatan cemerlang.
Drs Nizar berharap, anugerah tersebut akan menjadi pendorong kakitangan JAIPk untuk terus memberi perkhidmatan terbaik, di samping menggalakkan lagi inovasi dan kreativiti di kalangan mereka.
“Kita mesti berjiwa besar untuk memberi yang terbaik di samping mengamalkan sifat positif seperti tolong menolong dan menjaga imej jabatan kerana ia sekaligus turut menjaga imej agama,” kata beliau di dalam ucapannya.
Dalam masa sama, beliau berharap, sebagai penjawat awam yang bertugas di institusi agama, kakitangan JAIPk perlu membantu masyarakat dan jangan menimbulkan sebarang politik yang boleh melemahkan institusi kemasyarakatan.
Sementara itu, Mohd Yusop di dalam ucapannya berkata, beberapa program yang dianjurkan oleh JAIPk bukan sahaja mendapat sambutan masyarakat, malah ia turut menjadi ikutan beberapa pihak di negeri ini.
Beliau memberi contoh kempen Jom Solat Subuh Berjemaah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, manakala Program Nikah Jamaie Syarie turut dilaksanakan oleh beberapa institusi lain.