Menghadiri Mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Menghadiri Mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
10:00 AM – Ziarah & Ramah Mesra di Sekitar DUN Belanja.
01:30 PM – Menghadiri Kenduri Kahwin di rumah Cikgu Salasiah, Taman Seri Sayang.
02:00 PM – Menghadiri Ramah Mesra Bersama Penduduk di Kampung Parit 6
03:00 PM – Menghadiri Kenduri Kahwin di rumah Ketua Kg. Selat Layang Kiri.
03:30 PM – Menghadiri Majlis Kenduri dan ramah Mesra Bersama Penduduk Di Kg Parit 13.
04:30 PM – Menghadiri Ramah Mesra Bersama Penduduk di Kg Ekor Bota.
10:00 AM – Menghadiri Program Pangkor World Jetrace Challenge di Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor
10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di Dewan Mesyuarat Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Artikel / Portal / Keratan Akhbar
PERAK TODAY
Fri, Nov 29th, 2013
Jumlah Guru KAFA Bakal Ditambah Tahun Hadapan
Mulai tahun hadapan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menambah kouta guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Perak menjadi 3,150 orang berbanding hanya 3,120 guru, setakat ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Mohd Nizar Zakaria, jumlah guru KAFA diakui masih belum lagi mencukupi.
Berikutan tindakan itu, kerajaan negeri katanya, akan turut menambah jumlah peruntukan tahunan dan elaun tambahan kepada guru KAFA di Perak.
“Penambahan kuota tersebut adalah satu usaha untuk meningkatkan kualiti dan pembelajaran yang lebih selesa dan berkesan bagi peringkat sekolah agama di Perak,” katanya lagi.
Pihak JAKIM juga ujarnya, sedang berusaha untuk menaik taraf jawatan guru KAFA dari jawatan sambilan kepada kontrak.
Mengulas lanjut, Mohd Nizar memberitahu seramai 3,120 guru KAFA berkhidmat di Perak yang terdiri daripada 592 guru lelaki dan bakinya iaitu 2,528 lagi adalah guru perempuan,” katanya.
PERAK NEWS :
Friday, 29 November 2013
Perak Laksana Kelas KAFA Di Sekolah Kebangsaan Terpilih
Satu persefahaman di antara Kerajaan negeri Perak dan Jabatan Pelajaran Negeri telah dicapai bagi mewujudkan Kelas Fardu Ain (KAFA) di sekolah terpilih di negeri ini mulai tahun depan.
Exco Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, antaranya adalah pelaksanaan kelas KAFA Tulin di sekolah kebangsaan dalam kawasan yang tidak mempunyai Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Kata beliau contoh kawasa tersebut KAFA Tulin di Sekolah Kebangsaan Iskandar Perdana. Menurut beliau, sehingga kini sebanyak 10 sekolah kebangsaan di negeri telah melaksanakan KAFA Tulin.
“Dengan adanya persefaham ini, ia dapat menyelesaikan masalah anak-anak yang tidak berpeluang belajar di Sekolah Agama Rakyat negeri ini,’’ katanya semasa menggulung perbahasan Bajet 2014 pada Sidang Dewan Negeri Perak hari ini.
Beliau menjawab soalan ADUN PAS Selinsing, Hussin Din sebelum ini yang membangkitkan isu mengenai sekolah-sekolah agama rakyat KAFA yang menumpang di sekolah-sekolah kebangsaan ataupun Dewan Serbaguna.
Mengenai isu sekolah agama rakyat yang terlalu uzur dan merbahaya, katanya, bagi tahun 2014, kerajaan negeri masih meneruskan peruntukan kewangan sebanyak RM3 juta bagi tujuan pembangunan, baik pulih dan prasarana sekolah agama rakyat untuk keselesaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
PERAK NEWS :
Friday, 29 November 2013
Kerajaan negeri akan meningkatkan kualiti dan keberkesanan pembelajaran Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) mulai tahun hadapan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria, antara langkah yang diambil termasuklah menambah bilangan guru KAFA kepada 3,150 orang dan tambahan elaun sebanyak RM 200 sebulan kepada guru-guru tersebut.
“Jumlah guru sediada ada di negeri ini bergantung kepada jumlah sekolah dan murid di setiap daerah tetapi secara keseluruhannya jumlah guru di negeri ini masih belum mencukupi,” katanya ketika sesi soal jawab di sidang DUN hari ini.
Menurut beliau, kerajaan negeri sentiasa prihatin dan bersedia untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan KAFA terus berkualiti.
Katanya, selain penambahan jumlah peruntukan, kerajaan negeri melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga sedang berusaha menaiktaraf jawatan guru KAFA daripada jawatan sambilan ke jawatan kontrak.
10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di Dewan Mesyuarat Bangunan Perak Darul Ridzuan.
08:00 PM – Menghadiri Taklimat Di Ipoh.
Artikel / Portal / Keratan Akhbar
PERAK TODAY
Thu, Nov 28th, 2013
Cadangan Wujud Bangunan, Dewan Persidangan Baru Terima Reaksi Positif
Cadangan untuk wujudkan bangunan baru bagi memisahkan urusan legislatif dan eksekutif menerima sambutan positif baik daripada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan juga pembangkang.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Dr Muhammad Amin Zakaria, pembinaan satu lagi bangunan khusus untuk persidangan dewan negeri di Perak dapat mengelakkan kesesakan serta pertembungan antara bidang eksekutif dan legislatif.
“Ini kerana dewan sedia ada agak tertutup di mana kemungkinan menyusahkan akses kepada pembangkang untuk memasukinya.
“Saya bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan ini apabila bangunan tersebut boleh disediakan sebuah bilik untuk Ketua Pembangkang seperti yang dibangkitkan pihak pembangkang sebelum ini,” katanya.
10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di Dewan Mesyuarat Bangunan Perak Darul Ridzuan.
08:00 PM – Menghadiri Taklimat Di Ipoh.
10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di Dewan Mesyuarat Bangunan Perak Darul Ridzuan.
08:00 PM – Menghadiri Taklimat Di Ipoh.
Artikel / Portal / Keratan Akhbar
PERAK NEWS
Tuesday, 26 November 2013
Kerajaan Berusaha Tambah Nilai Kurikulum Sekolah Agama
Kerajaan negeri sentiasa berusaha menambah nilai kurikulum yang disediakan di sekolah agama seperti kurikulum azhariah dan Tahfiz.
Exco Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Usahawan dan Koperasi , Drs Nizar Zakaria berkata, kerajaan negeri juga telah menambah nilai system pendidikan di Sekolah Agama Negeri dengan menyediakan tiga aliran kurikulum iaitu aliran akademik, Azhariah dan Tahfiz.
“Ini merupakan antara usaha dan perancangan serta inisiatif kerajaan negeri bagi membangunkan sistem pendidikan Islam secara lebih holistic, terancang dan berkesan,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff (BN-Selama) di Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan hari ini.
Katanya, kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan kursus dan latihan kepada pengetua, guru-guru dan kakitangan sekolah agama bagi mempertingkatkan system pentadbiran sekolah dengan lebih efisien dari tahun ke tahun.