10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di Dewan Mesyuarat SUK, Ipoh.

 

Artikel / Portal / Keratan Akhbar

Sinar Harian : 02 April 2014

yb_nizar_213_200_200Perak akan bina lima lagi sekolah tahfiz

IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan mewujudkan lima lagi Sekolah Menengah Tahfiz Daerah (SMTD) untuk memenuhi tuntutan agama dan melaksanakan janji kepada rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Mohd Nizar Zakaria berkata SMTD akan dibina di daerah Kinta, Kampar, Perak Tengah, Hilir Perak serta sebuah bagi Larut Matang dan Selama.

“Setakat ini sebanyak lima SMTD telah beroperasi di Manjung, Batang Padang, Kuala Kangsar, Kerian dan Lenggong,” katanya menjawab soalan (BN-Lintang) Datuk Mohd Zolkafly Harun pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri telah membelanjakan sejumlah RM10 juta dari tahun 2011 hingga 2013 bagi tujuan pembangunan fizikal dan pengurusan SMTD.Katanya kejayaan pelaksanaan perancangan kerajaan negeri yang penuh hikmah dan teratur di dalam pelan pembangunan pendidikan tahfiz di negeri itu, akan dapat meningkatkan SMTD setanding dengan sekolah asrama yang lain dari aspek infrastruktur dan kurikulum.

 

Perak Today: Wed, Apr 2nd, 2014

Nizar122Sidang DUN Perak Ke-13: Lima Tapak Baru Sekolah Menengah Tahfiz Dikenalpasti

Kerajaan negeri sudah mengenalpasti beberapa tapak baru yang akan dibangunkan sebagai sekolah menengah tahfiz daerah antaranya di Kampar, Perak Tengah, Hilir Perak dan Taiping, Larut Matang dan Selama.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam negeri, Mohd Nizar Zakaria, berkata ketika ini, terdapat lima buah sekolah menengah tahfiz daerah yang beroperasi di Perak iaitu di Manjung, Batang Padang, Kuala Kangsar, Kerian dan Lenggong.

“Jumlah pelajar yang sedang mengikuti pengajian di sekolah tahfiz tersebut ialah seramai 421 orang.

“Sekolah yang beroperasi hari ini menumpang di kawasan sekolah agama rakyat dan walaupun menumpang, kemudahan untuk pelajar mengikuti pelajaran adalah mencukupi,” katanya ketika menjawab soalan lisan Datuk Mohd Zolkafly Harun (BN-Lintang) pada hari kedua sidang DUN Perak di Ipoh, hari ini.

.

Perak News : 02 April 2014

.

nizar_zakaria_2121Lima SMTD Telah Beroperasi

Lima buah Sekolah Menengah Tahfiz Daerah (SMTD) yang ditubuhkan kerajaan negeri telah beroperasi manakala lima lagi akan diwujudkan tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah dan Pembangunan Islam dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, lima sekolah yang telah beroperasi ialah di daerah Manjung, Batang Padang, Kuala Kangsar, Kerian dan Lenggong (Hulu Perak).

Beliau memberitahu, SMTD Manjung yang mula beroperasi sejak 2010 dikhaskan untuk pelajar lelaki, SMTD Batang Padang (2012) untuk pelajar perempuan, SMTD Kuala Kangsar (2012) untuk pelajar lelaki, SMTD Kerian (2012) untuk pelajar perempuan dan SMTD Lenggong (2012) untuk pelajar lelaki.

Beliau berkata, kerajaan negeri telahpun melaksanakan kurikulum pendidikan tahfiz di Sekolah-Sekolah Agama Negeri (SMAN).

Comments (5)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).