10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di Dewan Mesyuarat SUK, Ipoh.

ustaz 4 ustaz 3 ustaz 2 ustaz 1 ustaz 6

ustaz 5 ustaz 7 ustaz 8 ustaz 9 IMGL7241

IMGL7237 IMGL7252 IMGL7327 IMGL7317 IMGL7316

IMGL7314 IMGL7314 IMGL7310 IMGL7302

 

Artikel / Portal / Keratan Akhbar

 

Perak News : 04 April 2014

 

yb_nizar_raja_bomoh_200_200JAIPk Buka Kertas Siasatan Raja Bomoh

Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah membuka kertas siasatan berhubung perbuatan Raja Bomoh di Menara Condong Teluk Intan baru-baru ini, yang dianggap menghina Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 9 (Ajaran dan Amalan Salah) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak 1992.

Katanya, jika disabitkan kesalahan, pesalah akan dikenakan denda RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Sesungguhnya amalan perbomohan yang bercanggah dengan syariat Islam boleh membawa kepada syirik atau menyekutukan Allah,” katanya semasa mengulung perbahasan Titah Ucapan Pemangku Raja Perak di sidang Dewan Negeri Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) melalui peruntukan asnaf fisabilillah telah mewujudkan skim dermasiswa kepada pelajar di Mesir dalam bidang pengajian Islam.

 

Perak News: 04 April 2014

 

yb_nizar_raja_bomoh_200_200RM442,830 Untuk Program Kesedaran Solat

Kerajaan negeri memperuntukkan RM442,830 tahun ini untuk melaksanakan program kesedaran menunaikan solat bagi rakyat yang beragama Islam di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, selain itu, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Perak telah melaksanakan beberapa program pembangunan sahsiah dan pembangunan modal insan di kalangan pelbagai kumpulan sasaran.

Menurut beliau, antara program tersebut ialah program asas kaderisasi dakwah, motivasi anak saudara baru Islam dan Orang Asli, program ‘street dakwah’ ditempat tumpuan awam, menyampaikan mesej Islam seperti edaran risalah dan program penerokaan dakwah di perkampungan Orang Asli seluruh negeri Perak.

“Bahagian Dakwah juga menjalankan kempen kesedaran berteraskan fardhu ain dan fardhu kifayah kepada masyarakat Islam termasuklah program belajar dan faham al-Quran dan program belajar dan faham solat di seluruh Perak,” katanya menjawab soalan lisan Mohd Zawawi Abu Hassan (PAS-Gunung Semanggol) pada persidangan Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan hari ini.

 

Perak News : 04 April 2014 

yb_nizar_raja_bomoh_200_200MAIPk Agih Zakat Untuk Golongan Layak

Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) hanya akan mempertimbangkan permohonan agihan zakat kepada golongan yang benar-benar memerlukan seperti asnaf fakir dan asnaf miskin.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam,Pembangunan Sahsiah,Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria menjelaskan masalah utama yang dihadapi pihak MAIPk adalah jumlah permohonan yang terlalu tinggi daripada pemohon.

“Setakat ini MAIPk menerima terlalu banyak permohonan dalam semua skim bantuan asnaf fakir dan miskin sedangkan kutipan zakat adalah dalam jumlah yang terhad.

“Oleh itu hanya yang benar-benar perlu dan dalam senarai yang menjadi keutamaan untuk diberi bantuan,” katanya ketika menggulung perbahasan titah ucapan Pemangku Raja Perak di Sidang Dewan Undangan Negeri Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan.

Menurut Drs Nizar, salah faham yang timbul dalam kalangan masyarakat Islam berkaitan permohonan zakat perlu diberi kefahaman yang selanjutnya.

Perak News : Published: 04 April 2014

yb_nizar_raja_bomoh_200_200Status SMAN Sebagai SABK Masih Dalam Semakan

Status pelaksanaan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) berdaftar sebagai Sekolah Bantuan Agama Kerajaan (SABK) masih lagi dalam proses semakan draf Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara kerajaan negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria, antara perkara yang masih di peringkat perbincangan adalah berkenaan kebajikan guru-guru, sama ada yang kekal berkhidmat di bawah kerajaan negeri atau KPM kelak tidak akan diabaikan.

“Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan seperti kebajikan para guru sebagai contoh soal kenaikan pangkat,” katanya ketika menggulung perbahasan titah ucapan Pemangku Raja Perak di Sidang Dewan Undangan Negeri Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan.

Selain itu, beliau berkata, perkara lain yang masih dibincangkan ialah pengurusan dan pentadbiran SMAN masih tertakluk di bawah kerajaan negeri melalui Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama Negeri dan Peraturan-Peraturan Lembaga Tadbir SISTA walaupun telah berdaftar sebagai SABK.

“Antara lain yang masih dalam perbincangan ialah SMAN tidak tertakluk dengan Akta Pendidikan 550 serta mempunyai kuasa autonomi untuk melaksanakan kurikulum dan kokurikulum di sekolah masing-masing,” katanya.

Drs Nizar menambah, MoU tersebut akan dimeterai setelah kesemua perkara itu dipersetujui bersama di antara kerajaan negeri dan KPM.

 

Perak Today : Fri, Apr 4th, 2014

nizar-gulungPelbagai Pendekatan Dilaksana Pupuk Kesedaran Tunai Solat

Kerajaan negeri melalui  Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam melaksanakan pelbagai program dan kempen kesedaran berhubung kewajipan menunaikan solat di kalangan umat Islam di Perak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam negeri, Mohd Nizar Zakaria, program dan kempen kesedaran pembangunan sahsiah dan modal insan yang dilaksanakan itu adalah berteraskan fardu ain dan fardu kifayah kepada umat Islam.

“Program belajar dan faham Al-Quran, program belajar dan faham solat dan pengurusan jenazah di seluruh negeri Perak antara pendekatan yang dilaksanakan,” jelasnya.

Tambah Nizar lagi, bahagian itu juga turut melaksanakan pelbagai program pembangunan sahsiah kepada golongan sasaran.

 

Comments (5)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).