10:00 AMMenghadiri Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di Dewan Mesyuarat SUK, Ipoh.

 

Artikel / Portal / Keratan Akhbar

PERAK NEWS

Tuesday, 01 April 2014 13:51

 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri bercadang untuk mengadakan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Majlis-Majlis Agama Islam Selatan Thailand (MAIST) untuk menangani isu kahwin lari.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, antara punca utama berlaku kahwin lari khususnya di Selatan Thailand adalah disebabkan oleh wali yang tidak bersetuju serta keengganan berpoligami.

Selain itu, kata beliau, rata-rata mereka yang memilih untuk bernikah di Selatan Thailand adalah disebabkan oleh prosedur poligami yang ketat.

“Ini kerana pihak isteri pertama, bakal isteri dan walinya akan dipanggil ke Mahkamah Syariah bagi memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu,” katanya ketika menjawab soalan Abu Bakar Hussian (PAS – Titi Serong) dalam Persidangan Dewan Undangan negeri hari ini.

Menjawab soalan Zainun Mat Nor (BN – Chendroh) mengenai implikasi sekiranya perkahwinan tidak didaftarkan, Drs Nizar berkata, ia akan memberi impak yang besar terutama dalam bentuk nafkah isteri dan anak, hak bermalam, Hadhanah, harta sepencarian dan lain-lain lagi.

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).