10 Disember 2013 [SELASA]

09:30 AM – Menghadiri Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Peringkat Negeri Perak Bil. 2/2013 di Hotel Casuarina, Bandar Meru.

 

Artikel / Portal / Keratan Akhbar

PERAK NEWS

Saturday, 07 December 2013 15:45

1450951_773317392682002_534420203_nUMNO Tolak Tahaluf Siyasi PAS

Pendekatan dan konsep Tahaluf Siyasi yang digariskan oleh PAS adalah pendekatan yang ditolak dalam Umno. Wakil Umno Perak Dr Mohd Nizar Zakaria berkata ini kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menentang PAS dalam banyak perkara.

“Jika kita lihat pendekatan yang diambil mereka, yang berpegang kepada konsep Tahaluf Siyasi, ia adalah Tahaluf Siyasi yang ditolak.”Setiap kali perkara-perkara yang disuarakan oleh PAS contohnya, akan ditentang oleh rakan-rakan sekongkolnya, baik daripada DAP mahupun PKR,” katanya.

Naib Ketua Umno Bahagian Parit ini berkata Umno telah menggunakan pendekatan Tahaluf Siyasi sejak zaman Parti Perikatan lagi.Katanya, atas pendekatan ini jugalah Almarhum Tuanku Abdul Rahman mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi dan termaktub dalam Perlembagaan.

“Kitalah yang mempelopori konsep ini.

“Walaupun begitu dalam berkompromi dengan golongan bukan Islam seperti MCA dan MIC kita tetap jaga maruah dan kedaulatan agama Islam,” katanya.

 

Artikel / Portal / Keratan Akhbar

PERAK NEWS

Saturday, 07 December 2013 12:30

yb nizar‘Ajar’ Comango – UMNO Perak

Badan Perhubungan UMNO Perak meminta kerajaan menggunakan apa sahaja perundangan yang ada untuk `mengajar’ Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kerana mencabar kedudukan Islam dan akidah umat.

Wakilnya, Drs Mohamad Nizar Zakaria berkata, kumpulan ini perlu di`ajar’ supaya mereka menghormati hak umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini.

“Jangan mereka berani lagi memperlekehkan kita, jangan dihina lagi hak kita dan jangan sekali-kali cuba mencabar kedudukan kita,” tegasnya ketika membahaskan usul agama pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 (PAU13) hari ini.

Comango dilaporkan mencetus kemarahan umat Islam di negara ini apabila membuat tuntutan keterlaluan dalam semakan berkala sejagat (UPR) di Geneva.

Comango antara lain menuntut murtad sebagai kebebasan beragama dengan menafikan bidang kuasa Mahkamah Syariah, menghapuskan undang-undang jenayah syariah dan mengiktiraf pengamal lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Berdasarkan tuntutan itu, Comango dilaporkan menuntut Malaysia memeterai International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR) agar Perkara 18 berhubung hak kebebasan beragama yang implikasinya mengizinkan orang Melayu-Islam murtad berlaku secara tanpa kawalan oleh pihak berkuasa agama negeri di Malaysia.

 

8 DISEMBER 2013 (AHAD)

10:00 AM – Ziarah dan Ramah Mesra di Sekitar Dun Belanja.

 

01:00 PM – Menghadiri Majlis Konvokesyen Perantis Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) Peringkat Negeri Perak di Banquet Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng.

 

02:30 PM  Sesi Perjumpaan Bersama Alumni Padang SUMBAR dan Makan Tengahari di Dataran Pam Pasir Pulau Pisang.

IMG-20131208-WA020 IMG-20131208-WA034IMG-20131208-WA033 IMG-20131208-WA030 IMG-20131208-WA031

IMG-20131208-WA032IMG-20131208-WA029

 

03:30 PM  Sesi Perjumpaan Bersama Alumni Padang SUMBAR dan Makan Tengahari di  Dusun Durian Kg Kuchai

IMG-20131208-WA022IMG-20131208-WA024 IMG-20131208-WA026 IMG-20131208-WA027 IMG-20131208-WA038

IMG-20131208-WA021 IMG-20131208-WA028

 

05:00 PM – Menghadiri Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Ragbi UTP di Padang Ragbi UTP.

 

 

09:00 PM Menghadiri Mesyuarat di Homestay Taman Maju.

IMG-20131208-WA018 IMG-20131208-WA017 IMG-20131208-WA016 IMG-20131208-WA019 IMG-20131208-WA015

7 DISEMBER 2013 (SABTU)

08:00 AM – Menyampaikan Usul Pendidikan dan Agama Mewakili UMNO Negeri Perak di Perhimpunan Agung UMNO,Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

1012736_737979209565379_824949522_n  1461274_618241951545759_359736445_n 1234710_618159864887301_997210037_n 1460056_618113194891968_1144465887_n 1471803_773319162681825_2130579683_n (1) 1450951_773317392682002_534420203_n  ustaz 2 ustaz 3 yb nizar 2

 

Artikel / Portal / Keratan Akhbar

PERAK TODAY

Sat, Dec 7th, 2013

PAUTahaluf Siyasi Antara PAS Dan Sekutu Tidak Tepati Syariat Islam – Wakil Perak

KUALA LUMPUR: Tahaluf siyasi antara PAS dengan rakan sekutunya, DAP dan PKR tidak menepati syariat Islam kerana ia tidak memenuhi tiga asas utama yang disyaratkan sebagai garis panduan dalam menjalin hubungan kerjasama politik.

Asas utama itu ialah membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjelaskan prinsip, mengakui kepemimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan serta tidak berwalaq kepada musuh dan tidak reda dengannya.

Wakil Perak, Mohd Nizar Zakaria, berkata pendekatan yang diambil mereka itu tidak berpegang pada konsep sebenar tahaluf siyasi, sebaliknya ia ada tahaluf siyasi yang ditolak.

Katanya, setiap kali PAS menyuarakan mengenai Islam, pasti parti itu akan ditentang rakan sekutu mereka, sekali gus menjadikan tahaluf siyasi yang dikatakan dominan kepada mereka bertukar sebaliknya.

Sebaliknya beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Parit berkata, UMNO sudah lama mengamalkan pendekatan tahaluf siyasi yang bermula sejak penubuhan Perikatan.

“Kitalah yang mempelopori konsep ini tetapi dalam berkompromi dengan bukan Islam seperti MCA, MIC dan Gerakan serta lain-lain parti komponen BN, UMNO tetap menjaga maruah dan kedaulatan Islam.

.

.