26 NOVEMBER 2013 (SELASA)

10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di Dewan Mesyuarat Bangunan Perak Darul Ridzuan.

 

08:00 PM – Menghadiri Taklimat Di Ipoh.

 

Artikel / Portal / Keratan Akhbar

PERAK NEWS

Tuesday, 26 November 2013

yb_nizar_UMNOKerajaan Berusaha Tambah Nilai Kurikulum Sekolah Agama

Kerajaan negeri sentiasa berusaha menambah nilai kurikulum yang disediakan di sekolah agama seperti kurikulum azhariah dan Tahfiz.

Exco Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Usahawan dan Koperasi , Drs Nizar Zakaria berkata, kerajaan negeri juga telah menambah nilai system pendidikan di Sekolah Agama Negeri dengan menyediakan tiga aliran kurikulum iaitu aliran akademik, Azhariah dan Tahfiz.

“Ini merupakan antara usaha dan perancangan serta inisiatif kerajaan negeri bagi membangunkan sistem pendidikan Islam secara lebih holistic, terancang dan berkesan,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff (BN-Selama) di Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan hari ini.

Katanya, kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan kursus dan latihan kepada pengetua, guru-guru dan kakitangan sekolah agama bagi mempertingkatkan system pentadbiran sekolah dengan lebih efisien dari tahun ke tahun.

 

 

23 NOVEMBER 2013 (SABTU)

09:00 AMMerasmikan  Program Kenduri Khatan Perdana URMC 2013 di Perkarangan Pusat Perubatan UniKL.

IMG-20131123-WA0008 IMG-20131123-WA0021 IMG-20131123-WA0016 IMG-20131123-WA0019 IMG-20131123-WA0010 IMG-20131123-WA0018 1 IMG-20131123-WA0009 IMG-20131123-WA0013

 

08:00 PM Menghadiri Mesyuarat di Ipoh.

 

Artikel / Portal / Keratan Akhbar

 

PERAK TODAY :

Sat, Nov 23rd, 2013  

 

IMG-20131123-WA0009

68 Kanak-kanak Diraikan Dalam Majlis Berkhatan

Seramai 68 kanak-kanak dari sekitar Ipoh menyertai program berkhatan beramai-ramai anjuran Pusat Perubatan UniKL RCMP yang berlangsung di perkarangan pusat tersebut, pagi tadi.

Terdahulu, majlis yang masuk tahun kedua penganjurannya diserikan dengan kehadiran Exco Pendidikan Islam negeri, Mohd Nizar Zakaria dan penceramah agama terkenal, Ustaz Kazim Elias.

Program itu juga dianjurkan dengan kerjasama Pusat Pendidikan Al Barakah dan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).

Menurut jurucakap majlis, setiap kanak-kanak yang menyertai program itu hanya dikenakan bayaran promosi serendah RM99 sahaja.

Sementara itu, Mohd Nizar dalam ucapan perasmiannya, berkata program berkhatan beramai-ramai itu juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhuwah yang sedia terjalin di kalangan masyarakat.

“Melalui program ini juga, masyarakat menunjukkan petanda positif mengenai kewujudan Pusat Perubatan UniKL RCMP dan diharap ia dapat dijadikan sebagai acara tahunan,” katanya lagi.

Perak News

Thursday, 21 November 2013

IMG_2840

JAIP Lantik Panel Kaji Keberkesanan KAFA

Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) sedang mengkaji tentang keberkesanan Kelas Al-Quran Fardhu Ain (KAFA)  dalam membentuk dan memahirkan murid dalam bidang fardhu ain dan pembacaan Al-Quran.

Pengarahnya, Dato’ Mohd Yusop Husin berkata, JAIP telah melantik sekumpulan panel pengkaji  untuk melihat keberkesanan KAFA sejak ia diwujudkan lebih 20 tahun lalu di negeri ini.

Katanya, kajian ini termasuk mencari kelemahan-kelemahan pelbagai segi silibus, gurunya dan fizikal sebelum langkah berkesan diambil untuk mempertingkatkan sistem pembelajaran KAFA.

“Kajian ini perlu dijalankan kerana bagi saya KAFA ini amat penting dalam mendidik anak kita mengenali dan memahirkan mereka daalam bidang fardhu ain dan al-quran,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Graduasi Kursus Intensif Bahasa Arab Guru KAFA (KIBAK 1) Sesi 2012 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Khamis.

 

21 NOVEMBER 2013 (KHAMIS)

11:15 AM – Merasmikan Majlis Graduasi Kursus Intensif Bahasa Arab Guru Kafa (KIBAK 1) Sesi 2012 di Dewan Bankuet SUK Ipoh.

IMG_2713 IMG_2727 IMG_2739 IMG_2744 IMG_2747 IMG_2753 IMG_2758 IMG_2777 IMG_2787 IMG_2793 IMG_2803 IMG_2816 IMG_2821 IMG_2832 IMG_2840 IMG_2843 IMG_2852

 

04:00 PM Menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Pelaksanaan Kelas KAFA Tulen Di Sekolah Kebangsaan Terpilih Antara Jabatan Agama Islam Perak Dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak di Tingkat 3, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh.

IMG_2870 IMG_2871 IMG_2872 IMG_2873 IMG_2874 IMG_2877 IMG_2875 IMG_2879 IMG_2881 IMG_2869 IMG_2884

 

05:30 PMMenghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Kumpulan Ar – Ridzuan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di Restaurant Hadramawt , Ipoh.

IMG_2885 IMG_2886 IMG_2896 IMG_2893 IMG_2892 IMG_2891 IMG_2886 IMG_2885 IMG_2905 IMG_2904

 

Artikel / Portal / Keratan Akhbar

 

Perak Today : Thu, Nov 21st, 2013

IMG_28211,175 Guru KAFA Perak Berjaya Ikuti KIBAK

Seramai 1,175 guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di seluruh Perak berjaya mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab Guru KAFA 2012 (KIBAK ) yang diperkenalkan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru dalam pembelajaran bahasa Arab.

Pagi tadi, berlangsung majlis graduasi KIBAK 1 yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Mohd Nizar Zakaria di Dewan Bankuet, dekat Ipoh.

“Seramai 1,175 guru KAFA bergraduasi hari ini dan kursus ini antara lain memberi pendedahan berkaitan ilmu yang mempunyai nilai yang tersendiri,” katanya.

Dalam ucapannya lagi, beliau menegaskan, pelbagai aktiviti perlu dijalankan secara berterusan dan nilai tambah dalam setiap perancangan perlu datang daripada pihak guru KAFA itu sendiri.

Pendidik juga digesa untuk lebih bersemangat kerana peranan guru KAFA cukup penting dan jelasnya lagi, kerajaan negeri akan sentiasa berusaha untuk memperkasakan lagi Sekolah Agama Rakyat (SAR).

“Insentif sebegini merupakan salah satu pendekatan dalam kurikulum bagi subjek bahasa Arab dan sudah pastinya guru-guru perlu didedahkan dengan kepelbagaian teknik dalam bentuk pengajaran,” ujar Mohd Nizar lagi.

Perak News :

Thursday, 21 November 2013 

IMG_2816Lulus Penilaian KAFA Layak Ke Sekolah Agama Rakyat Negeri

Pelajar yang ingin memasuki sekolah agama rakyat negeri dan Sekolah Menengah Tahfiz di negeri ini perlu mendapat keputusan sekurang-kurangnnya 4A 4B dalam Ujian Penilaian Kelas Al-Quran Fardhu Ain (KAFA)

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, selain itu mereka juga perlu mengikuti kelas Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) sehingga tahun enam.

“Sekolah Agama Rakyat dan Kelas Al-Quran Fardhu Ain (KAFA) bukan sekolah kelas kedua tetapi merupakan salah satu daripada komuniti gedung ilmu yang memberikan pendidikan ilmu agama kepada murid-murid dalam melahirkan insan yang bersahsiah tinggi.

“Maka sebab itulah murid-murid di sekolah kebangsaan yang belajar dari tahun satu sehingga tahun enam sebenarnya mereka wajib untuk berada di mana-mana sekolah agama rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi Kursus Insentif Bahasa Arab Guru KAFA (KIBAK 1) Sesi 2012 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini.

Video

http://www.youtube.com/watch?v=rFXO2Ipeqj8