Jadikan hijrah pengajaran, kenal pasti kelemahan – Sultan Nazrin

LUMUT: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mahu hijrah dijadikan contoh bahawa dalam memenuhi sesuatu misi, manusia perlu bersedia mencari formula baharu untuk mengatasi halangan dan tentangan.  

Titah baginda, hijrah juga hendaklah dijadikan pengajaran bahawa manusia perlu bijak mengenal pasti kelemahan sedia ada dan meneroka kekuatan baharu.

“Hijrah hendaklah dijadikan pedoman, bahawa manusia perlu bersedia melakukan pengubahsuaian serta bersedia menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baharu.  

“Peristiwa hijrah berjaya membina sifat yakin dan berani dalam kalangan umat Islam, lantas memberikan status baharu kepada Islam dan umat Islam,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian ketika menyempurnakan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak di Dewan Shariff Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini, hari ini.

Yang turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Sultan Perak bertitah, berlaku enam perubahan penting menerusi peristiwa hijrah.

Pertama, titah baginda, adalah perubahan nasib umat Islam daripada kumpulan kecil yang berada dalam ketakutan diancam musuh kepada umat yang menguasai kuasa serantau di bawah pemimpin berwibawa. 

“Kemudian penyebaran Islam beralih daripada hanya kepada penduduk Arab Makkah yang sangat terbatas kepada penyebaran bersifat universal yang merentasi kaum dan wilayah,” titah baginda.  

Baginda bertitah, perubahan ketiga adalah corak dakwah yang dilakukan secara tersembunyi bertukar kepada kegiatan dakwah yang dilakukan secara terbuka.

“Keempat, Islam berkembang daripada agama yang dianuti sekumpulan kecil pengikut kepada sebuah negara Islam yang didukung oleh pelbagai institusi dan organisasi. 

“Kelima, status umat Islam juga berubah daripada keadaan lemah dan dihina kepada umat yang gagah lagi dihormati.

“Keenam, ajaran Islam tidak lagi berbentuk satu ritual ketuhanan, tetapi menjadi satu ‘Addin’, satu budaya hidup yang diredai, merangkumi politik, ekonomi, interaksi sosial dan setiap lapangan kehidupan, meletakkan Islam sebagai agama yang komprehensif,” titah baginda.

Baginda bertitah, hijrah berjaya membangunkan tamadun Islam dan berkembang maju kerana umatnya berani melakukan perubahan dalam pelbagai aspek dan dimensi.

Titah Sultan Perak, Islam tidak akan berkembang jika umatnya berjiwa hamba, berminda abdi, berfikiran fakir dan berpandangan jumud. 

“Islam berkembang dengan minda yang cerdas lagi cergas dan fikiran yang luas lagi terbuka,” titah baginda. 

35 pasangan dinikahkan serentak sempena Hari Malaysia

IPOH: Sebanyak 35 pasangan pengantin dinikahkan serentak dalam Majlis Nikah Jama’ie Syar’ie Peringkat Negeri Perak 2017 di Masjid Sultan Azlan Shah di sini pada Sabtu.

Majlis tahunan yang diadakan sempena Hari Malaysia itu dimulakan sejak 2013 dan telah setakat ini melibatkan hampir 200 pasangan.

Majlis dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Shasiah negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin dan Ketua Hakim Syarie Negeri Perak, Datuk Asa’ari Mohd Yazid. 

Mohd Nizar dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri sentiasa mencari jalan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat dengan penganjuran majlis-majlis seumpama itu.

“Majlis seumpama ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos keluarga pasangan tetapi juga dapat merapatkan silaturrahim,” katanya.

Beliau menasihatkan pasangan pengantin supaya melakukan yang terbaik di dalam mengharungi kehidupan berkeluarga.

Sementara itu, Mohd Yusop memberitahu, pihaknya juga menubuhkan Kelab Nikah Jama’ie Syar’ie untuk meneruskan silaturrahim antara pasangan yang terlibat.

Beberapa pasangan yang ditemui menyifatkan program itu sangat baik, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Muhamad Hafiz Mohamad Salim, 25 dan kembarnya, Muhamad Afiq berkata, mereka sepakat menyertai program itu bersama-sama pasangan mereka, Asthma Husna Zainal Abidin dan Nur Izzah Zahirah Ahmad Khidir, dua bulan lalu, kerana ia sangat baik dan jarang sekali diadakan.

“Majlis pernikahan saya dan Asthma Husna dijangka bulan Disember ini tetapi ayah mencadangkan buat sekali dengan kembar saya dalam majlis ini,” kata Muhamad Hafiz.

Bagi saudara baru, Muhamad Aiman Ellias Phoon, 39, dan pasangannya, Patimah Ellias, 35, majlis itu sangat membantu pasangan seumpama mereka.

“Suami saya muallaf dan saya pula yatim piatu, program seperti ini memang sangat membantu kami,” kata Patimah yang bekerja bersama suami di syarikat pendawaian letrik.

35 Pasangan Dinikahkan Serentak

IPOH: Sebanyak 35 pasangan pengantin dinikahkan serentak dalam Majlis Nikah Jama’ie Syar’ie Peringkat Negeri Perak 2017 di Masjid Sultan Azlan Shah di sini pada Ahad.

Majlis tahunan yang diadakan sempena Hari Malaysia itu dimulakan sejak 2013 dan telah memberi manfaat kepada hampir 200 pasangan.

Majlis dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Shasiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin dan Ketua Hakim Syarie Negeri Perak, Datuk Asa’ari Mohd Yazid.

Drs Nizar di dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri sentiasa mencari jalan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat dengan penganjuran majlis-majlis seumpama itu.

“Majlis seumpama ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos keluarga pasangan tetapi juga dapat merapatkan silaturrahim,” katanya.

Beliau menasihatkan pasangan pengantin supaya melakukan yang terbaik di dalam mengharungi kehidupan berkeluarga.

Sementara itu, Mohd Yusop memberitahu, pihaknya juga menubuhkan Kelab Nikah Jama’ie Syar’ie untuk meneruskan silaturrahim antara pasangan yang terlibat.

Beberapa pasangan yang ditemui menyifatkan program itu sangat baik, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Muhamad Hafiz Mohamad Salim, 25 dan kembarnya, Muhamad Afiq berkata, mereka sepakat menyertai program itu bersama-sana pasangan mereka, Asthma Husna Zainal Abidin dan Nur Izzah Zahirah Ahmad Khidir, dua bulan lalu kerana ia sangat baik dan jarang sekali diadakan.

“Majlis pernikahan saya dan Asthma Husna dijangka bulan Disember ini tetapi ayah mencadangkan buat sekali dengan kembar saya dalam majlis ini,” kata Muhamad Hafiz.

Bagi saudara baru, Muhamad Aiman Ellias Phoon, 39, dan pasangannya, Patimah Ellias, 35, majlis itu sangat membantu pasangan seumpama mereka.

“Suami saya muallaf dan saya pula yatim piatu, program seperti ini memang sangat membantu kami,” kata Patimah yang bekerja bersama suami di syarikat pendawaian letrik.

 

Pusat tahfiz perlu daftar dengan Jaipk

IPOH – Kerajaan negeri menyarankan 26 pusat tahfiz di negeri ini untuk mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (Jaipk) bagi membentuk kolaborasi memantau aspek keselamatan sekolah.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, pihaknya telah mengenal pasti sejumlah 119 sekolah termasuk sekolah pondok di mana 30 daripadanya masih dalam proses pendaftaran.

Menurutnya, sekolah berkenaan wajib berbuat demikian kerana ia termaktub mengikut Seksyen 5 Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996.

“Pengusaha sekolah tahfiz perlu didaftarkan supaya kerajaan dapat beri pandangan dan nasihat selain memudahkan urusan pemantauan dan statistik maklumat murid, guru, kegiatan kokurikulum, silibus dan aspek keselamatan yang diperlukan.

“Kerajaan negeri bekerjasama dengan pihak sekolah, bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat setempat agar dapat memantau bersama. Prosedur operasi standard (SOP) kena ada seperti keadaan bangunan, pendawaian, infrastruktur dan lain-lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Nizar berkata, kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi memastikan kualiti pendidikan di Sekolah Agama Rakyat dan maahad tahfiz sentiasa baik dalam konteks kokurikulumnya.

“Kerajaan negeri menerusi Jaipk sering mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan sekolah agama ini untuk memantau proses kokurikulum dan sibilus yang bervariasi. Tambahan pula, kerajaan persekutuan turut menyediakan peruntukan kepada sekolah-sekolah yang berdaftar.

“Pengusaha-pengusaha sekolah tahfiz disaran bekerjasama dengan kerajaan untuk memastikan keselamatan anak-anak yang belajar di sekolah mereka supaya tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dapat dijadikan iktibar,” katanya.

Kebersihan tandas di masjid perlu komitmen masyarakat

IPOH: Tanggungjawab menjaga kebersihan kemudahan awam di masjid dan surau tidak hanya terletak di bahu jawatankuasanya, sebaliknya memerlukan komitmen seluruh masyarakat Islam.

Mengingatkan demikian anggota Exco Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri Perak, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, “Kalau setiap orang ada nilai-nilai tanggungjawab, amanah, ikhlas dan sebagainya, maka penjagaan tandas daripada sudut kebersihan akan jadi satu amalan.”

Katanya, jika masih ada sikap harap-mengharap atau acuh tak acuh antara satu sama lain, maka adalah sukar untuk merealisasi kebersihan sepertimana digariskan dalam Modul Pembersihan Hammam (bilik air). 

Mohd Nizar berkata modul tersebut yang dilancarkan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir pada Mei tahun lalu membuktikan bahawa kerajaan negeri serius dalam melaksanakan transformasi terhadap penjagaan kebersihan bilik air masjid dan surau.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Hammam 2017 sempena Perak Festival Of Ideas 2017 di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Yusop Husin berkata sebanyak 156 masjid di seluruh negeri ini akan dinilai daripada aspek kebersihan melalui Garis Panduan Penarafan Bilik Air dan Tempat Wuduk.

Katanya, keputusan penilaian berbentuk penarafan bintang itu akan diumumkan penghujung tahun ini.

— BERNAMA

Kebersihan Tandas Di Masjid Perlu Komitmen Masyarakat

IPOH: Tanggungjawab menjaga kebersihan kemudahan awam di masjid dan surau tidak hanya terletak di bahu jawatankuasanya, sebaliknya memerlukan komitmen seluruh masyarakat Islam khususnya dan setiap anggota masyarakat amnya.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri Perak, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, tandas tidak boleh dibiar berdaki dan kotor kerana sifatnya yang sedemikian merupakan realiti kehidupan dan masyarakat perlu menjaganya.

“Realiti kotor inilah perlu kita mengajak masyarakat terutama umat Islam untuk menjaga dalam bentuk mengamalkan penjagaan kebersihan tandas; jangan kita tertumpu kepada siak sahaja (untuk membersihkannya) tetapi (semua) perlu bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan Konvensyen Hammam 2017 sempena Temasya Idea Perak 2017 di sini, hari ini.

Sehubungan itu katanya, Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) mempunyai SOP mengenai kebersihan tandas dan telah melancarkan buku garis panduan penarafan bilik air dan tempat wudhu’ masjid dan surau di Perak sebagai terma rujukan.

“Bukan di masjid dan surau sahaja tetapi boleh ia juga digunakan di tempat-tempat lain, melalui program Hammam ini, kita hiaskan, landskapkan kebersihannya dan susun atur selain wangi-wangian.

“Kalau setiap orang ada nilai-nilai tanggungjawab, amanah dan ikhlas maka penjagaan tandas daripada sudut kebersihan akan jadi satu amalan,” ujarnya.

Katanya, jika masih ada sikap harap-mengharap atau acuh tak acuh di kalangan anggota masyarakat, maka adalah sukar untuk merealisasi kebersihan sepertimana digariskan dalam Modul Pembersihan Hammam.

Mohd Nizar berkata, modul tersebut yang dilancarkan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir pada Mei tahun lalu membuktikan bahawa kerajaan negeri serius dalam melaksanakan transformasi terhadap penjagaan kebersihan bilik air masjid dan surau.

Sementara itu, Pengarah JAIPk, Datuk Yusop Husin berkata, sebanyak 156 masjid di seluruh negeri ini akan dinilai daripada aspek kebersihan melalui Garis Panduan Penarafan Bilik Air dan Tempat Wuduk.

Katanya, keputusan penilaian berbentuk penarafan bintang itu akan diumumkan penghujung tahun ini.

Sultan Nazrin Solat Sunat Aidiladha di Masjid Sultan Azlan

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 1,500 jemaah di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Raja Muda Musa Mahadi, di sini, pagi ini.

Baginda tiba di masjid itu jam 8.40 pagi disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta barisan EXCO kerajaan negeri.

Turut menunaikan solat di masjid berkenaan ialah Raja Muda, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Di-Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Kecil Sulong, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman Shah.

Solat sunat berkenaan diimamkan oleh Imam Utama, Syed Mohd Muzaffar Syed Azlan.

Sebaik selesai menunaikan solat sunat jam 9.15 pagi, Sultan Nazrin meluangkan masa bersalaman dengan jemaah lain sebelum berangkat ke Majlis Sambutan Aidiladha bersama kerabat diraja dan orang kenamaan di Istana Cempaka Sari, di sini.