08:10 PM – Menghadiri Majlis Jamuan Makan Malam Sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 1435H/2014M di Dewan Tanjung, Dewan Rumah Rehat Teluk Intan.
09:15 PM – Perasmian Pembukaan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak 1435H/2014M di Arena Square Teluk Intan.
Artikel / Keratan Akbar / Portal
Perak News :
Published: 07 April 2014
Pendaftaran sekolah agama rakyat (SAR) sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di negeri Perak akan ditutup pada tahun 2015.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, setakat ini sebanyak 24 sekolah agama rakyat telah mendaftar masuk ke SABK manakala 14 lagi masih belum berbuat demikian.
Beliau berkata, faktor status tanah dan kekeluargaan merupakan antara penyebab terdapat SAR di negeri ini tidak mendaftar sebagai SABK.
“Ini bukan kerana faktor buruk sangka tetapi beberapa masalah yang berkaitan dengan status tanah dan kekeluargaan.
“Contohnya sekolah agama itu ditubuhkan oleh sebuah keluarga dan diwasiatkan supaya sekolah itu dijaga dengan sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Kejurulatihan Nasyid Perak di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh semalam.
Menurut Nizar, tawaran kemasukan sekolah agama rakyat ke SABK diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia manakala kerajaan negeri khususnya Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) pula mengeluarkan tauliah memandangkan sekolah berkenaan adalah sekolah agama rakyat.
Katanya, terbaru Sekolah Menengah Agama Idrisiah telahpun mendaftar masuk ke SABK dan kerajaan negeri sedang mengorak langkah untuk memasukkan Sekolah Menengah Agama Izzudin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Taayah ke SABK.