10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pangkor Berhad, Kursus Motivasi, Penyerahan Bot Nelayan dan Perasmian Kursus GST 2014 di Pulau Pangkor.
12.01 PM – Melawat Tapak-Tapak Projek Termasuk Pelaksanaan Sekolah Menengah Tahfiz Pangkor.
08:00 PM – Menghadiri Majlis Makan Malam Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Teluk Dalam Resort.
Artikel / Keratan Akbar / Portal
Perak News
13 April 2014
Kerajaan Serius Bantu Masyarakat Melalui Koperasi
Kerajaan negeri serius dalam usahanya membantu masyarakat melalui persatuan koperasi kerana ia merupakan salah satu daripada mekanisma efektik kerajaan untuk membangunkan ekonomi sesebuah komuniti setempat.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, koperasi adalah pemangkin transformasi sosio-ekonomi yang boleh membantu mensejahterakan rakyat.
Katanya, peranan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah berjaya mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi oleh anggota dan masyarakat.
”Peranan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) amat penting dalam membantu 1,146 buah koperasi di negeri Perak terlibat dalam aktiviti ekonomi,” katanya semasa berucap merasmikan kursus Transformasi Minda Koperator Negeri Perak dan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 10 Koperasi Pangkor Berhad dan penyerahan bot nelayan di Dewan Serbaguna Kampung Teluk Kecil, Pulau Pangkor pada Ahad.
.
Perak BN :
13 April 2014
Sokongan SKM Diharap Dapat Bantu Koperasi Pulau Pangkor Membangun
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengharapkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dapat membantu Koperasi Pulau Pangkor untuk meningkatkan pendapatan.
Menurut beliau, koperasi berkenaan dilihat mampu membangun dan menjana pendapatan yang lebih.
Mesyuarat Agung Pembangunan Koperasi Pulau Pangkor dan saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak SKM yang terus memberi sokongan yang kuat kepada koperasi ini untuk terus berkembang sebagai koperasi yang berdaya maju supaya koperasi ini ditingkatkan pendapatannya.
Sokongan yang kuat daripada pihak SKM ini menunjukkan bahawa kerajaan benar-benar serius untuk membantu masyarakat yang terlibat dalam bidang koperasi.
Ini kerana koperasi adalah merupakan salah satu daripada mekanisma yang digunakan oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan ekonomi untuk pertumbuhan komuniti dan masyarakat ataupun dikawasan-kawasan tertentu.
.
Perak Today :
13 April 2014
Bantuan Bot Beri Peluang Nelayan Tingkat Pendapatan
“Saya amat berterima kasih kepada Menteri Besar di atas sumbangan bot ini yang sudah pasti dapat meningkatkan pendapatan harian keluarga kelak,” demikian tegas Yusof Ghazali, salah seorang daripada lapan nelayan di Pulau Pangkor yang terpilih menerima sumbangan tersebut.
Selain Yusof, tidak ketinggalan menerima bantuan sama ialah Mohd Nazri Yusof, 30, yang menyifatkan sumbangan itu cukup bermakna dalam hidupnya.
“Bagi saya, pemberian bot ini cukup bermakna kerana ia dapat meningkatkan taraf hidup golongan nelayan di Pangkor.
“Sebelum ini, saya bekerja sebagai awak-awak tapi dengan adanya bot ini, ia telah memberi peluang kepada saya dan tujuh rakan yang lain untuk menambah pendapatan dan berdikari,” katanya.
Manakala bagi Mohd Sani Yusof, 35, pendapatan yang diperolehinya sebulan iaitu sekitar RM1,000 sebulan dapat ditingkatkan menjadi RM2,000 sebulan selepas menggunakan bot berkenaan.
.
Perak Today :
13 April 2014
SKM Disaran Terus Bantu Kembangkan Koperasi Di Perak .
Dokongan dan sumbangan berterusan yang diberikan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) secara tidak langsung berjaya mengembangkan operasi 1,146 koperasi yang berdaftar di Perak.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, penglibatan SKM memberi dorongan yang kuat bagi memacu perkembangan koperasi di negeri itu.
Ujar Zambry lagi, penubuhan pelbagai koperasi itu bertujuan membantu masyarakat meningkatkan kualiti hidup kepada yang lebih baik.
“Penglibatan secara langsung pihak SKM turut membantu menjana pendapatan masyarakat daripada golongan berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi,” katanya lagi
Jelasnya, pendekatan yang diambil oleh SKM melalui medium penubuhan koperasi telah berjaya menjadi mekanisme baru untuk kerajaan membangunkan ekonomi masyarakat setempat.