PARIT : Bapa tunggal, Mohd Yusop Daud, 70 kunjungan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ke rumah usangnya di Batu 26, Kg Serapoh dekat sini membawa sinar harapan baru buat kehidupannya.
(more…)
PARIT : Bapa tunggal, Mohd Yusop Daud, 70 kunjungan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ke rumah usangnya di Batu 26, Kg Serapoh dekat sini membawa sinar harapan baru buat kehidupannya.
(more…)

PARIT : Program permukiman di daerah Perak Tengah pada hari ke dua di teruskan dengan lawatan kerja Menteri Besar, Datuk Seri Doktor Zambry Abd Kadir ke program minum pagi bersama rakyat di Kampung Simpang Tiga pagi ini.

Pada lawatan itu Dr Zambry turut melancarkan program Ziarah Kasih dan melakukan gimik pelancaran Hari Wanita sebelum minum pagi bersama penduduk.
Dr Zambry kemudian beramah mesra bersama penduduk di warung roti canai Pak Haris Tajuddin di pekan berkenaan.
Menteri Besar meneruskan program Ziarah Kasih dengan mengadakan lawatan ke rumah 10 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
PARIT: Kerajaan negeri berharap agar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dapat mempertimbangkan kemasukan pengurusan jelapang sawah di Parlimen Parit dalam senarai Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Seberang Perak.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ianya berikutan kawasan padi seluas 1,214 hektar di parlimen berkenaan yang dilihat agak ketinggalan dalam arus pembangunan selain masalah tanaman padi yang sering dihadapi oleh pesawah.
Menurut beliau, ia juga adalah sebagai usaha dan inisiatif terbaik untuk meningkatkan pendapatan golongan yang bergantung rezeki dalam industri tersebut.
“Ini menyebabkan produktiviti sawah di kawasan ini agak rendah iaitu hanya dapat menghasilkan 2.6 tan metrik bagi 0.4 hektar sawah padi dan agak ketinggalan daripada sasaran, sedangkan di peringkat nasional ianya mencecah tujuh tan metrik,” katanya dalam sidang media selepas menyertai program Sukan Bendang, di Kampung Senin yang diadakan sempena program Permukiman Menteri Besar Perak Tengah pada petang Selasa.
Tambah beliau, secara logiknya kawasan jelapang padi tidak terkeluar dari IADA dan wajar dimasukkan ke dalam pelan tersebut berikutan jarak yang tidak begitu jauh dari Seberang Perak.
Dr Zambry berkata, kerajaan negeri telah mengemukakan permohonan kepada kementerian dan berharap agar perkara tersebut dapat diberi perhatian secepat mungkin bagi meringankan beban golongan pesawah.
“Saya yakin, kalau ianya dapat dipenuhi tentunya masalah-masalah pesawah di kawasan ini akan dapat diatasi,” ujarnya.
Turut hadir pada progran itu Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria.
PARIT: Hari pertama Program Permukiman Menteri Besar di Perak Tengah bermula dengan sorakan penduduk kampung melihat telatah pemimpin tempatan bermandikan lumpur dalam sukan bendang di Layang-layang Kanan di sini pada Selasa.
Bukan mudah, untuk melihat pemimpin khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bermain bola sepak di dalam sawah disaluti selut lumpur dan jatuh tergelecek untuk menjaringkan gol kemenangan.
Gelagat mereka yang tidak kekok menunjukkan kemahiran bermain futsal bendang ternyata membuatkan penduduk kampung tidak kering gusi dan girang.
Malah, hujan renyai-renyai tidak menghalang penduduk yang hadir untuk terus menyaksikan perlawanan bola sepak tradisional di mana Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan dan ADUN Belanja, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria turut menunjukkan kehebatan masing-masing di dalam basah disaluti lumpur.
Selain itu, antara sukan tradisional yang dilaksanakan seawal jam 2 petang itu termasuklah memanjat tiang licin,pukul bantal, dan paling menarik perhatian, tangkap ikan dan itik di bendang.
Tanpa mengira umur dan latar belakang, baik tua dan muda turut serta berebut menangkap itik yang dilepaskan serta kemahiran menggenggam ikan keli menggunakan tangan.
Kemeriahan sukan bendang itu tidak berakhir di situ apabila ada di antara ibubapa dan anak-anak yang ditolak masuk ke bendang dan membuatkan nostalgia kenangan bermain bersama rakan bermandi lumpur kembali di fikiran.
Menyingkap kenangan semasa bekerja sampingan ketika menunggu keputusan SPM, Dr Zambry menceritakan bermain di bendang bukanlah perkara baru baginya.
“Tahniah, Layang-Layang Kanan kerana berjaya menyusun sukan kampung yang mendapat sokongan dan respon cukup baik, termasuk saya yang mandi lumpur dan bermain futsal sawah, inilah yang kita mahu sebenarnya iaitu sesuatu yang mendekatkan kita dengan hobi dan cara penduduk setempat berseronok dengan apa yang ada di sekitar mereka,” katanya sebelum menikmati juadah hidangan masakan kampung di tepi bendang.
Sementara cabutan bertuah berlangsung, Dr Zambry turut menyertai kanak-kanak untuk dibersihkan menggunakan pili air bomba dan secara keseluruhannya ianya merupakan pembukaan yang amat berjaya sempena permukiman kali ini.
Tidak ketinggalan, hadiah utama cabutan bertuah yang unik iaitu seekor kambing seperti zaman dahulu dan aksi kanak-kanak yang membawa itik yang berjaya ditangkap ke rumah masing-masing pasti membuatkan kita tersengih.
Pastinya, permukiman kali ini akan memberi intipati lebih menarik apatah lagi dengan penantian rakyat setempat untuk menghadiri susunan 105 program di sekitar Daerah Parit Tengah hingga Sabtu ini.

BELANJA : Dalam mendekati masyarakat setempat secara santai, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meluangkan masa bertemu dengan penduduk di Simpang Tiga, di sini, pagi ini.

Zambry yang tiba sekitar jam 8.30 pagi turut bersarapan dengan penduduk meluangkan masa sekitar satu jam bagi mendengar permasalahan penduduk setempat terutamanya isu berkaitan banjir.

Dalam pertemuan santai itu, Zambry turut melawat ke beberapa buah gerai. Turut hadir ialah barisan Exco kerajaan negeri, dan Ahli Parlimen Parit, Datuk Muhammad Zaim Abu Hassan.

Di program yang diadakan bersempena dengan Permukiman Menteri Besar Daerah Perak Tengah, beliau turut melancarkan Hari Wanita Sedunia Peringkat negeri Perak. Program Permukiman Menteri Besar ke Daerah Perak Tengah bermula semalam dan dijangka berakhir pada Sabtu ini. Sebanyak 105 program telah diatur sepanjang permukiman yang memasuki siri keenam penganjurannya.
IPOH: Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) Batang Padang terus cemerlang apabila muncul sekolah terbaik negeri Perak dalam Peperiksaan I’dadi dan Thanawi 2016, buat tahun ke dua berturut-turut.
Selain itu, pelajar sekolah berkenaan, Nur Fatin Nadirah Azlan juga muncul pelajar terbaik I’dadi 2016.
Peperiksaan Idadi adalah untuk pelajar tingkatan dua manakal Thanawi untuk pelajar tingkatan empat.
SMTDR Batang Padang yang ditubuhkan kerajaan negeri mulai 2012, muncul sekolah terbaik I’dadi pada 2013 sebelum menjadi sekolah terbaik di dalam kedua-dua peperiksaan itu pada 2015.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, secara keseluruhan, pencapaian I’dadi tahun lalu merosot sebanyak 0.8 peratus kepada 2.59 mata, berbanding 2.63 mata tahun 2015.
Bagaimanapun, kata beliau, bilangan calon yang mendapat keputusan mumtaz (cemerlang) dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 253 orang atau 24.05 peratus, berbanding 22.15 peratus tahun sebelumnya.
“Bilangan yang memperolehi pangkat jayyid jiddan (amat baik) adalah 34.13 peratus, jayyid (baik) 25.48 peratus, maqbul (lulus) 9.70 peratus dan rasib (gagal) 6.65 peratus,” katanya ketika mengumumkan keputusan itu di Sekolah Raja Perempuan Taayah di sini pada Jumaat.
Drs Nizar memberitahu, bagi keputusan Thanawi pula, secara keseluruhannya meningkat 5.6 peratus kepada 2.42 mata, berbanding 2.7 mata pada 2015.
Menurutnya, calon yang mendapat pangkat mumtaz 467 orang (20.94%), jayyid jiddan 872 (39.10%), jayyid 546 (24.48%), maqbul 168 (7.58%) dan rasib 176 (7.89%).
Beliau turut mengumumkan Sofia Hanisah Azlan dari Sekolah Raja Perempuan Taayah sebagai pelajar terbaik Thanawi 2016.
Sofia yang ditemui berkata, sebelum mengulangkaji, dia mesti membaca al – Quran dan mendoakan untuk ibu bapa, walaupun sedikit.
Dia yang pernah menjadi pelajar terbaik I’dadi dua tahun lalu, bercita-cita menjadi doktor, mengikut langkah kakaknya yang sedang mengikuti bidang perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sementara itu, pengetua SMTDR Batang Padang, Norlia Hamzah berkata, antara amalan yang dilakukan di sekolahnya ialah qiamullail dan dhuha.

IPOH : Seramai 720 pelajar di negeri ini memperoleh pangkat Mumtaz (cemerlang) dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan I’dadi dan Thanawi 2016.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, bagi peperiksaan I’dadi, calon yang berdaftar bagi peperiksaan tersebut adalah seramai 1,072 manakala bagi peperiksaan Thanawi pula seramai 2,235 calon berdaftar.
“Secara keseluruhan, pencapaian Peperiksaan I’dadi pada tahun 2016 menunjukkan penurunan sebanyak 0.8 peratus atau 2.59 mata pada tahun 2016 berbanding 2.63 mata pada tahun 2015.
“Bilangan yang memperolehi pangkat Mumtaz bagi semua mata pelajaran pada tahun 2016 sebanyak 253 orang (24.05 peratus) ari jumlah calon yang hadir iaitu sebanyak 1,052 orang,”katanya dalam sidang media yang diadakan di Sekolah Raja Perempuan Taayah, di sini.
Sementara itu, seramai 395 orang (34.13 peratus) memperoleh pangkat Jayyid Jiddan (amat baik) bagi semua mata pelajaran.

Bilangan yang memperolehi pangkat Jayyid (baik) bagi semua mata pelajaran adalah seramai 773 orang (25.48 peratus) dan seramai 197 orang (9.70 peratus) memperoleh pangkat Maqbul (lulus) manakala seramai 70 orang (6.65 peratus) memperoleh pangkat Rasib (gagal) dalam peperiksaan I’dadi.
Manakala bagi peperiksaan Thanawi pula, Mohd Nizar berkata, secara keseluruhannya, keputusan bagi peperiksaan tersebut menunjukkan peningkatan kepada 5.6 peratus atau 2.42 mata berbanding 2.7 mata pada tahun 2015.
“Bilangan yang memperolehi pangkat Mumtaz bagi semua mata pelajaran bagi tahun 2016 adalah seramai 467 orang (20.94 peratus) dari julah calon yang hadir iaitu sebanyak 2,030 orang.
“Seramai 872 orang (39.10 peratus) memperoleh pangkat Jayyid Jiddan manakala 546 orang (24.48) peratus memperoleh pangkat Jayyid dalam semua matapelajaran,”katanya.