PARIT: Hari pertama Program Permukiman Menteri Besar di Perak Tengah bermula dengan sorakan penduduk kampung melihat telatah pemimpin tempatan bermandikan lumpur dalam sukan bendang di Layang-layang Kanan di sini pada Selasa.

Bukan mudah, untuk melihat pemimpin khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bermain bola sepak di dalam sawah disaluti selut lumpur dan jatuh tergelecek untuk menjaringkan gol kemenangan.

Gelagat mereka yang tidak kekok menunjukkan kemahiran bermain futsal bendang ternyata membuatkan penduduk kampung tidak kering gusi dan girang.

Malah, hujan renyai-renyai tidak menghalang penduduk yang hadir untuk terus menyaksikan perlawanan bola sepak tradisional di mana Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan dan ADUN Belanja, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria turut menunjukkan kehebatan masing-masing di dalam basah disaluti lumpur.

Selain itu, antara sukan tradisional yang dilaksanakan seawal jam 2 petang itu termasuklah memanjat tiang licin,pukul bantal, dan paling menarik perhatian, tangkap ikan dan itik di bendang.
Tanpa mengira umur dan latar belakang, baik tua dan muda turut serta berebut menangkap itik yang dilepaskan serta kemahiran menggenggam ikan keli menggunakan tangan.

Kemeriahan sukan bendang itu tidak berakhir di situ apabila ada di antara ibubapa dan anak-anak yang ditolak masuk ke bendang dan membuatkan nostalgia kenangan bermain bersama rakan bermandi lumpur kembali di fikiran.

Menyingkap kenangan semasa bekerja sampingan ketika menunggu keputusan SPM, Dr Zambry menceritakan bermain di bendang bukanlah perkara baru baginya.

“Tahniah, Layang-Layang Kanan kerana berjaya menyusun sukan kampung yang mendapat sokongan dan respon cukup baik, termasuk saya yang mandi lumpur dan bermain futsal sawah, inilah yang kita mahu sebenarnya iaitu sesuatu yang mendekatkan kita dengan hobi dan cara penduduk setempat berseronok dengan apa yang ada di sekitar mereka,” katanya sebelum menikmati juadah hidangan masakan kampung di tepi bendang.

Sementara cabutan bertuah berlangsung, Dr Zambry turut menyertai kanak-kanak untuk dibersihkan menggunakan pili air bomba dan secara keseluruhannya ianya merupakan pembukaan yang amat berjaya sempena permukiman kali ini.

Tidak ketinggalan, hadiah utama cabutan bertuah yang unik iaitu seekor kambing seperti zaman dahulu dan aksi kanak-kanak yang membawa itik yang berjaya ditangkap ke rumah masing-masing pasti membuatkan kita tersengih.

Pastinya, permukiman kali ini akan memberi intipati lebih menarik apatah lagi dengan penantian rakyat setempat untuk menghadiri susunan 105 program di sekitar Daerah Parit Tengah hingga Sabtu ini.

And during those periods, valuable class time can be spent taking attendance, correcting rude behavior, and even sharpening pencils, as was the science essay writing case on a recent day early in the school year, before each student was issued a laptop