PARIT : Bapa tunggal, Mohd Yusop Daud, 70 kunjungan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ke rumah usangnya di Batu 26, Kg Serapoh dekat sini membawa sinar harapan baru buat kehidupannya.

Ini kerana beliau telah menerima khabar gembira daripada Dr Zambry sendiri untuk menerima bantuan pembinaan rumah baru.

Bagi penoreh getah itu, bantuan rumah baharu yang bakal dibina oleh Yayasan Bina Upaya (YBU) tidak lama lagi membawa pengertian yang amat besar buat dirinya.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Dr Zambry kerana membantu saya mendapatkan sebuah rumah baru menggantikan rumah yang semakin uzur,” kata bapa kepada 4 orang anak itu.

Mohd Yusop Daud merupakan antara 10 orang penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Beliau yang telah bercerai 20 tahun dahulu dan tinggal bersendirian di rumah uzur itu dengan tiada bekalan elektrik, kini menerima bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan.

“Saya kini tidak boleh bergerak bebas seperti dahulu dan terpaksa mengguna kerusi roda kerana mengalami sakit lutut,” ujarnya.

1d9ca681-6475-49cb-b640-08e5f2ffe83b-500x3339fa9155e-62c8-4c00-a49f-5d493623d7c6-500x3339204396d-b3e5-4ddb-8885-ec54ce09ed0a-500x333

Comments (4)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).