Permohonan lesen senjata api perlu jalani tapisan ketat

PETALING JAYA – Proses kelulusan permohonan lesen senjata api di Malaysia dilakukan secara berhati-hati dan ketat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia.

Menteri KDN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, setiap permohonan lesen sejata api diproses secara terperinci bagi memastikan ia tidak disalahgunakan kerana alat itu boleh mengancam nyawa.

Menurut beliau, hanya individu yang benar-benar memerlukan dan berkelayakan akan diluluskan permohonan pemilikan senjata api selepas melalui tapisan yang rapi oleh PDRM.

“Permohonan memiliki senjata api adalah tertakluk kepada Akta Senjata 1960. KDN dan PDRM mempunyai garis panduan yang komprehensif bagi menimbangkan setiap permohonan lesen atau permit.

“Kelulusan senjata api sama ada pistol atau senapang dan senapang patah, secara beli baru atau pindah milik dipertimbangkan dengan berhati-hati dan ketat kerana senjata api merupakan senjata yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) permohonan lesen senjata api oleh pemilik tanaman yang mahu memiliki lesen bagi menguruskan musuh tanaman seperti babi dan monyet.

Syarat ketat pemilikan senjata api

KUALA LUMPUR: Hanya individu yang benar-benar memerlukan dan berkelayakan sahaja akan diluluskan pemilikan lesen dan permit senjata api.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kelulusan senjata api, sama ada pistol atau senapang patah, secara beli baharu atau pindah milik dipertimbangkan dengan berhati-hati dan ketat kerana senjata api adalah peralatan yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.Katanya, permohonan memiliki senjata api adalah tertakluk kepada Akta Senjata 1960.Menurutnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai garis panduan yang komprehensif bagi menimbang setiap permohonan lesen atau permit senjata api

“Justeru setiap permohonan untuk mendapatkan lesen atau permit senjata perlu melalui tapisan yang rapi oleh PDRM.”Bagi pemilik kebun yang tidak memiliki atau yang tidak dipertimbangkan lesen atau permit senjata api, sekiranya mereka mempunyai masalah ancaman musuh tanaman, saya mencadangkan supaya mereka mendapatkan bantuan Jabatan Perhilitan atau anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) setempat untuk membantu mengatasi masalah ancaman tersebut,” katanya di Parlimen, di sini, pada Khamis.Beliau menjawab soalan yang dibangkitkan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) yang menyatakan sama ada KDN akan memberi kelonggaran syarat permohonan lesen senjata api kepada pemilik tanaman yang ingin memiliki lesen bagi menguruskan musuh tanaman seperti babi dan monyet.Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata untuk permohonan senjata api bagi tujuan membasmi musuh tanaman, pemohon perlu memenuhi beberapa syarat.Antaranya, kata beliau, melepasi tapisan keselamatan, memiliki tahap kesihatan yang baik, bergantung hidup kepada hasil pertanian, mempunyai tanah pertanian sendiri, menetap di kawasan berkenaan dan mengalami kerosakan hasil tanaman yang serius.

Pemilikan senjata api dipertimbangkan secara berhati-hati – Menteri

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri hari ini memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa pemilikan lesen senjata api akan dipertimbangkang secara berhati-hati dan ketat.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, setiap permohonan lesen sejata api akan diproses secara terperinci bagi memastika ia tidak disalahgunakan kerana alat itu boleh mengancam nyawa.

“Kelulusan senjata api sama ada pistol atau senapang dan senapang patah, secara beli baru atau pindah milik dipertimbangkan dengan berhati-hati dan ketat kerana senjata api merupakan senjata yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.

“Hanya individu yang benar-benar memerlukan dan yang berkelayakan akan diluluskan permohonan lesen,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Hamzah berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Parti, Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit).

Mohd Nizar bertanya sama ada kerajaan akan memberikan sedikit kelonggaran syarat permohonan lesen senjata api kepada pemilik tanaman yang mahu memiliki lesen bagi menguruskan musuh tanaman seperti babi dan monyet.

Hamzah juga menjelaskan setiap permohonan adalah tertakluk kepada Akta Senjata Api 1960.

Katanya lagi, KDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai garis panduan yang komprehensif bagi menimbang setiap permohonan dan permit senjata api ini.

“Untuk makluman setiap permohonan lesen perlu melalui tapisan yang rapi oleh PDRM. Bagi permohonan senjata api untuk tujuan membasmi pemusnah tananan, permohonan hendaklah memenuhi syarat seperti melepasi tapisan keselamatan dan memiliki fizikal dan tahap kesihatan yang baik.

“Mereka mempunyai tanah pertanian sendiri, menetap di kawasan berkenaan dan mengalami kerosakan tanaman yang serius,” katanya.

Menjawab mengenai lesen yang tidak diluluskan, Hamzah berkata, pemilik kebun yang tidak berjaya untuk memilik lesen senjata api boleh mendapatkan bantuan daripada beberapa pihak bagi menyelesaikan masalah kemusnahan tanaman mereka.

“Bagi pemilik kebun yang tidak memiliki atau tidak dipertimbangkan lesen atau permit senjata api, sekiranya mereka mempunyai masalah ancaman musuh tanaman, saya mencadangkan mereka mendapatkan bantuan daripada pelesen senjata api setempat, jabatan perhilitan ataupun anggota RELA setempat untuk membantu mengatasi masalah ancaman musuh tanaman,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tapisan Ketat Permohonan Milik Senjata Api

3 DIS: Permohonan memiliki senjata api dalam kalangan pengusaha tanaman sentiasa ditapis secara teliti oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan hanya mereka yang berkelayakan sahaja yang mampu memilikinya dan tiada penyalahgunaan terhadap lesen itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya sentiasa mempunyai garis panduan yang komprehensif bagi menimbang setiap lesen dan permit senjata api yang tertakluk pada Akta Senjata 1960.

Menurut beliau, kelulusan permit senjata api secara beli baharu atau pindah milik akan dipertimbangkan dengan berhati-hati dan ketat kerana senjata api mempunyai risiko yang mampu mengakibatkan kehilangan nyawa.

“Oleh itu, hanya individu yang benar-benar memerlukan dan berkelayakan yang akan diluluskan pemilikan lesen atau permit senjata api. Untuk makluman Yang Berhormat, setiap permohonan untuk mendapat lesen atau permit senjata api perlu mendapat tapisan yang rapi oleh PDRM.

“Bagi permohonan senjata api untuk tujuan membasmi musuh tanaman hendak memenuhi syarat, antaranya seperti berikut (iaitu) melepasi tapisan keselamatan dan sahsiah, memiliki fizikal dan tahap kesihatan yang baik, keterampilan diri, bergantung hidup dengan hasil pertanian, menetap di kawasan berkenaan dan mengalami kerosakan hasil serius,” katanya dalam sesi waktu pertanyaan menteri sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Hamzah menjawab soalan Ahli Parlimen BN Parit, Datuk Mohd. Nizar Zakaria sama ada kementerian akan memberikan sedikit kelonggaran syarat permohonan lesen senjata api kepada pengusaha tanaman yang ingin memiliki lesen bagi menguruskan musuh tanaman seperti babi dan monyet.

Beliau memberitahu, bagi pemilik yang mempunyai musuh tanaman namun tidak mempunyai lesen dan permit senjata api, mereka boleh mendapatkan bantuan daripada pelesen senjata api dan penguat kuasa dalam menyelesaikan permasalahan ini daripada berlarutan yang boleh menjejaskan tanaman.

“Bagi pemilik kebun yang tidak memiliki atau tidak dipertimbangkan lesen atau permit memiliki senjata api, sekiranya mereka mempunyai masalah ancaman musuh tanaman, saya mencadangkan mereka mendapatkan bantuan dari pelesn senjata api setempat, Jabatan Perhilitan atau anggota RELA setempat untuk membantu mengatasi masalah ini,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Belanjawan M40, Moratorium, Pesawah Dan IPT Jadi Perbahasan Nizar Di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Belanjawan untuk golongan M40 antara perkara yang disentuh oleh Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria selain beberapa perkara lain termasuklah soal subsidi dan insentif padi serta moratorium yang menurut beliau perlu diberikan perhatian serta tumpuan oleh kerajaan.

Dalam perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat semalam, Mohd Nizar turut menyentuh soal mengenai para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan mencadangkan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan agar dapat memberikan subsidi data internet kepada para mahasiswa memandangkan mahasiswa terpaksa menjalani pembelajaran atas talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Menurut beliau pemberian subsidi ini sudah tentu akan membantu mengurangkan beban pelajar yang terpaksa membeli data internet untuk menjalani kelas atas talian dan norma baharu ini pastinya memberi cabaran besar kepada mahasiswa.

‘’Saya juga ingin menyuarakan rasa kebimbangan apabila melihat kelompok M40 yang turut kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID19 ini. Ada individu yang ditamatkan kontrak dan ada juga majikan yang tidak mampu menggajikan golongan M40 ini lalu menamatkan perhidmatan mereka secara paksa

‘’Saya melihat jumlah M40 yang terkesan ini ramai sebenarnya. Malahan kelompok ini saya percaya sudah beralih menjadi golongan B40 atau lebih teruk daripada itu kerana dibelenggu dengan komitmen hutang yang tinggi. Saya berpandangan bukan senang untuk kelompok M40 ini untuk mencari pekerjaan berdasarkan umur, pengalaman, gaji, serta faktor kesihatan. Pada tempoh sekarang ini juga majikan juga lebih gemar menggajikan pekerja yang boleh dibayar secara sederhana.

‘’Saya menghargai segala usaha yang telah dilaksanakan kerajaan dalam membantu golongan golongan B40 dengan memberikan subsidi serta insentif yang pelbagai. Jadi apa salahnya kelompok M40 juga mendapat pembelaan dan manfaat yang hampir sama dengan B40 terutama M40 yang terjejas teruk atas sebab kehilangan pekerjaan, perniagaan gulung tikar, salah seorang suami atau isteri hilang pekerjaan,’’ ujarnya.

Menyambung perbahasannya, beliau turut memperkatakan soal vaksin COVID-19 yang mana wujud gerakan golongan yang menolak vaksin berkenaan dengan cuba mempengaruhi rakyat untuk menolak vaksin berkenaan.

‘’Saya menghargai usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi mendapatkan akses vaksin COVID-19 antaranya melalui melalui penyertaan ke dalam program COVAX serta menyediakan kos yang besar di dalam Belanjawan 2021 iaitu sebanyak RM3 bilion bagi mendapatkan bekalan vaksin untuk rakyat.

‘’Cuma apa yang menjadi kegusaran saya apabila belumpun lagi vaksin ini diperolehi wujud gerakan golongan anti vaksin yang cuba mempengaruhi rakyat untuk menolak vaksin yang bakal diperolehi nanti. Hal ini sudah tentu akan mengakibatkan segala usaha kerajaan dalam menghapuskan virus COVID-19 ini tidak akan berkesan.‘’Apakah keadah yang akan dilaksanakan oleh kementerian bagi membanteras fahaman golongan antivaksin yang cuba mempengaruhi orang ramai daripada menerima vaksin serta apakah tindakan tegas yang akan dikenakan kepada golongan anti vaksin yang cuba memberikan fahaman yang salah mengenai vaksin.

“Sejauh manakah kementerian akan memastikan status halal vaksin yang akan diterima sebelum ianya diterima oleh kerajaan,’’ tambahnya.

Berkenaan moratorium, Mohd Nizar mencadangkan agar moratorium bukan hanya diberikan kepada golongan B40 tetapi diperluaskan dan diselaraskan kepada golongan M40 serta kakitangan kerajaan yang membuat pinjaman menerusi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

‘’Saya memuji Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kerana telah mengumumkan lanjutan pembayaran moratorium yang bakal memberi manfaat kepada 262,000 Sahabat AIM di seluruh negara berikutan lanjutan PKPB.

‘’Langkah kerajaan melaksanakan moratorium secara automatik sebelum ini dilihat sebagai langkah yang tepat berkesan dalam mengimbangi aliran tunai kewangan individu yang terkesan dengan pandemik COVID-19 ini,’’ katanya.

Dalam soal subsidi dan insentif padi pula, beliau berkata pihaknya mendapat rungutan daripada para pesawah yang menyatakan bekalan benih padi subsidi tidak mencukupi malah ada juga pesawah yang berhadapan dengan situasi kelewatan penerimaan bekalan benih padi.

Situasi tersebut katanya akan memungkinkan berlakunya eksploitasi harga benih padi oleh peniaga yang mengambil kesempatan menjual benih padi pada harga mahal kerana petani terpaksa membeli benih padi selepas petak tanaman telah sedia untuk disemai atau ditabur benih.

‘’Apakah tindakan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan bagi membanteras eksploitasi harga benih padi oleh pihak tertentu serta apakah terdapat sebarang usaha oleh pihak kementerian untuk meletakkan harga siling benih padi di pasaran supaya harga benih padi dapat diselaraskan,’’ ujarnya. – UMNO Online

Pastikan Vaksin COVID-19 Halal, Selamat

17 NOV: Kerajaan perlu memastikan vaksin COVID-19 yang akan diterima daripada mana-mana negara pengeluar adalah selamat dan halal dan berkesan untuk digunakan oleh rakyat di negara ini.

Ahli Parlimen BN Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, kedua-dua perkara itu menjadi asas terpenting yang perlu dinilai oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan agensi-agensi terlibat sebelum menerima vaksin dari negara pengeluar nanti.

“Sejauh mana kementerian akan memastikan status halal vaksin yang akan diterima sebelum ianya diterima oleh kerajaan.

“Saya juga mencadangkan agar vaksin yang diterima haruslah berkualiti dan selamat,” katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

MOHD NIZAR ZAKARIA
MOHD NIZAR ZAKARIA

Dalam pada itu, Mohd Nizar mengharapkan agar tindakan tegas dikenakan kepada golongan antivaksin yang dilihat sudah mula mempengaruhi rakyat mengenai keburukan vaksin COVID-19.

Pengusaha kantin sekolah, bas sekolah dan persiaran perlu bantuan

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta segera membantu pengusaha kantin sekolah serta bas sekolah dan persiaran yang berdepan tindakan termasuk diisytihar muflis kerana tidak mampu membayar pinjaman selepas terjejas berikutan pandemik COVID-19.

Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) berkata penularan wabak ditambah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memburukkan lagi keadaan pengusaha berkenaan.

“Penutupan semua sekolah di seluruh negara dan halangan rentas negeri menjejaskan pengusaha bas sekolah serta pengusaha kantin di sekolah.

“Malah, golongan pengusaha ini masih perlu membayar komitmen masing-masing sebagai contoh, pengusaha bas sekolah dan bas persiaran hilang punca pendapatan tetapi pada masa sama perlu membayar kos penyelenggaraan, insurans jalan dan sebagainya.

Lebih menyedihkan dan membimbangkan, beliau berkata, segelintir pengusaha terbabit berusaha 50 tahun ke atas, berdepan tindakan muflis serta risiko kenderaan mereka ditarik pihak bank akibat kemerosotan pendapatan.

“Saya memohon kepada kerajaan supaya mengambil kira (penderitaan) mereka ini,” katanya dalam perbahasan Belanjawan 2021 di dewan rakyat hari ini.