‘Apa tindakan kerajaan banteras kumpulan antivaksin?’

Mohd Nizar Zakaria (BN- Parit) bertanya apa tindakan yang akan diambil kerajaan terhadap golongan antivaksin yang cuba mempengaruhi rakyat agar menolak vaksin Covid-19 yang sedang dibangunkan.

Katanya, dia menghargai usaha kerajaan termasuk memperuntukkan kos besar dalam Belanjawan 2021 bagi mendapatkan akses vaksin Covid-19, namun tambahnya, semua usaha itu akan menjadi sia-sia jika gerakan golongan berkenaan berjaya mempengaruhi orang ramai.

“Apa yang menjadi kegusaran saya apabila belum pun lagi vaksin ini diperolehi, wujud gerakan golongan antivaksin yang cuba mempengaruhi rakyat untuk menolak vaksin yang bakal diperolehi nanti.

“[…] Apakah keadaan yang akan dilaksanakan oleh kementerian dalam membanteras fahaman golongan antivaksi yang cuba mempengaruhi orang ramai daripada menerima vaksin?

“Serta apa tindakan tegas yang akan dikenakan kepada golongan antivaksi yang cuba memberi fahaman salah mengenai vaksin?” soalnya dalam katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Gerakan antivaksin digerakkan oleh golongan yang menolak penggunaan vaksin, antaranya menggunakan media sosial, dengan fahaman bahawa vaksin mengandungi bahan yang tidak selamat.

Ada juga dakwaan gerakan ini bahawa penggunaan vaksin menyebabkan beberapa masalah kesihatan, antaranya autisme, meskipun hal ini ditepis ramai pakar perubatan kerana didakwa tidak berdasarkan fakta saintifik.

Semalam, dalam sesi soal jawab lisan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa kerajaan telah berkomunikasi dengan 10 pengeluar vaksin Covid-19 melibatkan lapan pengeluar yang dihubungi secara terus, manakala dua lagi melalui Fasiliti Akses Global Vaksin Covid-19 (Covax).

Katanya terdapat beberapa rundingan yang berada pada fasa akhir dan pengumuman rasmi akan dibuat apabila perjanjian dimeterai tidak lama lagi.

Ini ekoran makluman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa terdapat 11 calon vaksin Covid-19 yang berada pada peringkat ujian klinikal fasa 3 setakat 13 Nov lepas.

Sebelum ini, dalam pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Azizi, RM3 bilion diperuntukkan untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Selain mempersoalkan tentang tindakan kerajaan terhadap golongan antivaksin ini, Mohd Nizar turut bertanya tentang status halal vaksin yang akan didapatkan daripada pengeluar vaksin Covid-19.

“Sejauh mana kementerian akan memastikan status halal vaksin yang akan diterima sebelum ia diterima oleh kerajaan?

“Saya juga ingin mencadangkan agar vaksin yang akan diterima ini haruslah berkualiti dan selamat,” katanya lagi.

Maklumat Berterusan Elak Stigma Masyarakat Terhadap Pesakit COVID-19 – Adham Baba

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memberikan maklumat secara berterusan kepada masyarakat bagi mengatasi stigma terhadap pesakit atau bekas pesakit COVID-19 dan keluarga yang boleh menggugat kesejahteraan emosi mereka.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata antara usaha yang dijalankan ialah slot penerangan di televisyen, radio serta video tentang maklumat penyebaran virus COVID-19 dan risiko jangkitan bagi pesakit COVID-19 yang telah sembuh.

“Penerangan ini dilaksanakan bagi memberi kefahaman bahawa risiko jangkitan rendah bagi mengelak stigma terhadap pesakit dan keluarga,” katanya dalam jawapan bertulis pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Nizar Zakaria (UMNO-Parit) yang mahu menteri kesihatan menyatakan usaha yang telah dilaksanakan oleh kementerian bagi menghapuskan stigma terhadap bekas pesakit COVID-19 serta mengenai impak jangka masa panjang stigma itu kepada emosi individu yang terkait.

Dr Adham berkata KKM juga mengedarkan infografik secara maya melalui portal serta Facebook KKM agar masyarakat sedar dan cakna bahawa stigma boleh memudaratkan emosi seseorang yang berkaitan.

Selain itu katanya, pelaksanaan perkhidmatan Bantuan Talian Sokongan Psikososial KKM yang dilakukan dengan kerjasama agensi kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi memberi penerangan dan pendidikan kepada pemanggil yang rata-ratanya memerlukan sokongan emosi akibat kebimbangan jangkitan COVID-19 melalui ahli keluarga atau individu rapat yang telah disahkan positif.

“KKM juga memberi sokongan emosi pesakit dan keluarga di semua kemudahan kesihatan yang merawat pesakit COVID-19 dengan mengadakan sesi kaunseling, intervensi psikologi serta pelbagai terapi ringkas yang lain seperti terapi seni, terapi relaksasi pernafasan dan saringan kesihatan mental.

“Bantuan awal psikologi juga diberikan kepada individu berkaitan jika keadaan emosi mereka tidak stabil atau dalam keadaan krisis emosi,” katanya.

Dr Adham berkata antara impak jangka panjang terhadap individu yang mengalami kesan stigma ialah cenderung ke arah mengalami emosi yang mudah terganggu, tahap resilien yang rendah, sensitif, kurang fokus, rasa rendah diri dan menjurus kepada pelbagai isu kesihatan mental lain sehingga boleh menjejaskan fungsi kehidupan harian.

Keadaan itu, katanya secara langsung akan memberi kesan kepada kesihatan fizikal seperti simptom somatik, badan berasa lemah, sakit kepala dan berasa degupan jantung lebih laju. – BERNAMA

Maklumat atasi stigma terhadap pesakit Covid-19

Gambar fail, petugas KKM memakaikan gelang merah jambut kepada penduduk PPR Kerinchi Pantai Dalam.  FOTO BERNAMA.

Gambar fail, petugas KKM memakaikan gelang merah jambut kepada penduduk PPR Kerinchi Pantai Dalam. FOTO BERNAMA.BERNAMA

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memberikan maklumat secara berterusan kepada masyarakat bagi mengatasi stigma terhadap pesakit atau bekas pesakit Covid-19 dan keluarga yang boleh menggugat kesejahteraan emosi mereka.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, antara usaha yang dijalankan ialah slot penerangan di televisyen, radio serta video tentang maklumat penyebaran virus Covid-19 dan risiko jangkitan bagi pesakit Covid-19 yang telah sembuh.

“Penerangan ini dilaksanakan bagi memberi kefahaman bahawa risiko jangkitan rendah bagi mengelak stigma terhadap pesakit dan keluarga,” katanya dalam jawapan bertulis pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) yang mahu menteri kesihatan menyatakan usaha yang telah dilaksanakan oleh kementerian bagi menghapuskan stigma terhadap bekas pesakit Covid-19 serta mengenai impak jangka masa panjang stigma itu kepada emosi individu yang terkait.

Dr Adham berkata, KKM juga mengedarkan infografik secara maya melalui portal serta Facebook KKM agar masyarakat sedar dan cakna bahawa stigma boleh memudaratkan emosi seseorang yang berkaitan.

Selain itu katanya, pelaksanaan perkhidmatan Bantuan Talian Sokongan Psikososial KKM yang dilakukan dengan kerjasama agensi kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi memberi penerangan dan pendidikan kepada pemanggil yang rata-ratanya memerlukan sokongan emosi akibat kebimbangan jangkitan Covid-19 melalui ahli keluarga atau individu rapat yang telah disahkan positif.

“KKM juga memberi sokongan emosi pesakit dan keluarga di semua kemudahan kesihatan yang merawat pesakit Covid-19 dengan mengadakan sesi kaunseling, intervensi psikologi serta pelbagai terapi ringkas yang lain seperti terapi seni, terapi relaksasi pernafasan dan saringan kesihatan mental.

“Bantuan awal psikologi juga diberikan kepada individu berkaitan jika keadaan emosi mereka tidak stabil atau dalam keadaan krisis emosi,” katanya.

Dr Adham berkata, antara impak jangka panjang terhadap individu yang mengalami kesan stigma ialah cenderung ke arah mengalami emosi yang mudah terganggu, tahap resilien yang rendah, sensitif, kurang fokus, rasa rendah diri dan menjurus kepada pelbagai isu kesihatan mental lain sehingga boleh menjejaskan fungsi kehidupan harian.

Keadaan itu, katanya secara langsung akan memberi kesan kepada kesihatan fizikal seperti simptom somatik, badan berasa lemah, sakit kepala dan berasa degupan jantung lebih laju.

Kenakan hukuman lebih berat kepada pesalah pedofilia

BOTA: Kerajaan digesa memperketatkan undang-undang dan hukuman lebih berat terhadap pesalah pedofilia bagi membendung jenayah seksual sekali gus melindungi hak asasi kanak-kanak.

Presiden Pertubuhan Bahu Yang Membantu (Helping Shoulder), Lilaruzaini Mohd Hussain, berkata bagi membendung jenayah itu tindakan lebih tegas perlu dilakukan supaya ia tidak terus berlaku dalam masyarakat.

Katanya, pendidikan mengenai perkara itu juga perlu diketengahkan dalam silibus pembelajaran awal pendidikan supaya kanak-kanak juga lebih peka dengan situasi itu.

“Jenayah pedofilia masih kurang diberi perhatian sesetengah pihak. Kalau kita lihat di luar negara mereka amat mengambil perhatian mengenai akta dan hukuman yang ada.

“Justeru, perkara ini perlu diberi perhatian dan kita mahu ia diperangi secara konsisten dengan akta dan hukuman lebih berat kepada pelaku.

“Kami juga berbesar hati jika dapat bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk memerangi jenayah seksual kanak-kanak,” katanya selepas

Majlis Pelancaran Pertubuhan Bahu Yang Membantu (Helping Shoulder) Cawangan Perak dan forum perangi pedofilia oleh Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohamed Radzi, di Dewan Dato’ Ahamed Hambal, Bota Kanan, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Mohd Nizar Zakaria; Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin dan Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan, Komunikasi dan Multimedia, Khairul Sharil Mohamed.

Lilaruzaini berkata, beberapa negara Asia seperti Indonesia menjalankan hukuman khusus kepada pesalah pedofilia dengan mengenakan hukuman chemical casrtration.

“Ada yang mengenakan ‘chemical castration’ iaitu suntikan kepada pesalah yang dapat memperlahankan imaginasi kerana selepas dibebaskan mereka masih ada nafsu dan fantasi.

“Hukuman itu boleh dijadikan cadangan selain memantau pergerakan dan menjarakkan pelaku dengan kanak-kanak.

“Bagaimanapun ia masih dalam penyelidikan dan belum dibawa kepada pihak berkaitan,” katanya.

Mohd Nizar berkata, LPPKN juga sentiasa bersedia memberikan khidmat nasihat kepada mana-mana pihak sekiranya tingkah laku anak mereka boleh membawa kepada jenayah seksual itu.

“LPPKN sentiasa membantu dalam usaha mencegah jenayah pedofilia dengan menyediakan kaunseling bukan hanya untuk golongan ibu bapa, malah untuk kanak-kanak.

“Pada masa sama, masyarakat dan ibu bapa juga perlu peka dengan persekitaran dan peranan mereka dalam bagaimana anak boleh terjerumus dalam jenayah itu terutama dalam arus teknologi yang semakin mencabar ini,” katanya.

Pedofilia: Malaysia terlalu berhati-hati pinda akta, hukuman

PARIT – Semua pihak terutama kerajaan digesa menangani isu pedofilia di Malaysia secara konsisten bagi mengekang jenayah seksual terhadap kanak-kanak daripada terus berleluasa dalam masyarakat.

Presiden Pertubuhan Bahu Yang Membantu (Helping Shoulders), Lilaruzaini Mohd Hussain berkata, Malaysia kini dilihat terlalu berhati-hati dalam meminda akta dan hukuman terhadap pesalah jenayah seksual berbanding negara-negara lain.

Menurutnya, beberapa negara Asia seperti Indonesia sudah melaksanakan hukuman khusus kepada pesalah pedofilia iaitu hukuman kembiri (chemical castration).

“Perkara ini perlu diambil berat dan diberikan perhatian sewajarnya. Kita mahu isu ini ditangani dan diperangi secara konsisten melalui pindaan akta serta hukuman lebih berat kepada si pelaku.

“Kami berbesar hati jika agensi kerajaan sedia bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk sama-sama membendung kegiatan jenayah seksual kanak-kanak yang begitu membimbangkan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Forum Peranan Masyarakat Dalam Memerangi Pedofilia serta Pelancaran NGO Helping Shoulders (cawangan Perak) yang dirasmikan Pengerusi Food Bank Perak, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi di Dewan Datuk Ahamed Hambal, Bota Kanan di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara yang juga Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria; Exco Komunikasi, Multimedia, Belia dan Sukan Perak, Khairul Shahril Mohamed; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin.

Sementara itu, Lilaruzaini berkata, hukuman seperti pemenjaraan dan sebatan tidak memadai kerana pesalah tersebut dibimbangi melakukan perbuatan sama selepas mereka tamat menjalani hukuman selagi mempunyai keinginan seksual secara aktif.

Katanya, kerajaan juga boleh mencontohi beberapa negara lain dalam mengenakan hukuman untuk tidak membenarkan pesalah pedofilia bekerja di sektor yang mempunyai kanak-kanak.

Menurutnya, pertubuhan tersebut akan mengemukakan beberapa cadangan kepada agensi berkaitan dalam usaha menangani kes-kes pedofilia dan mengharapkan komitmen kerajaan untuk bekerjasama.

Sementara itu, Mohd Nizar ketika ditemui menegaskan LPPKN sedia membantu ibu bapa atau mangsa jenayah seksual kanak-kanak itu mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling.

Nomee Ashikin (tengah) menyempurnakan Pelancaran NGO Helping Shoulders (cawangan Perak) di Dewan Datuk Ahamed Hambal, Bota Kanan hari ini.
Katanya, LPPKN mempunyai kaunselor bertauliah membantu mengenal pasti tingkah laku kanak-kanak yang menjadi mangsa kepada jenayah pedofilia.

“Kita cuba sedaya mungkin di peringkat LPPKN untuk membantu ibu bapa termasuk kanak-kanak yang terlibat untuk mengenal pasti masalah dihadapi dan menjalankan terapi kepada mangsa dari masa ke masa.

“Terapi secara berterusan itu penting untuk mengelak berlaku kemurungan kepada mangsa. Kita alu-alukan ibu bapa untuk datang ke LPPKN bagi mendapatkan khidmat kaunseling,” katanya.

Sindrom September: MP UMNO Nafi Sokong Anwar

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau pernah atau terlibat menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita dalam talian.

Mahdzir menafikan perkara tersebut menerusi status yang dimuat naik di laman sosial facebooknya, hari ini.

Selain Mahdzir, Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Rahman turut menafikan menyokong Anwar.

Tegas Tajuddin, beliau masih kekal dalam parti UMNO dan menyokong kerajaan PN.

“Pertama kenyataan saya adalah Anwar harus membuktikan kenyataannya di Dewan, bukan di luar. Dalam Dewan, beliau perlu buktikan beliau mempunyai sokongan lebih daripada PN. Anwar ini sebenarnya terkenal dengan sandiwara, dulu 16 September beliau mempunyai angka untuk membentuk kerajaan tetapi gagal.

“Jadi kita tidak terkejut dengan sandiwara beliau, walau bagaimanapun kalau pun betul beliau mempunyai angka, ia tidak automatik membentuk kerajaan dan menjadi Perdana Menteri,” ujar beliau ketika dihubungi oleh UMNO-Online.

Sementara itu Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar mengucapkan ‘terima kasih’ kerana Anwar mengingati dirinya dan menyenaraikan beliau sebagai Menteri Kerja Raya.

“Terima kasihlah ingat pada saya tapi saya tetap bersama keputusan parti. Nasib baik saya tidak ada darah tinggi, kalau tidak mahu saya pengsan. Bincang apa pun tidak, tiba-tiba nama saya ada,” ujar beliau.

Ahli Parlimen Parit Datuk Nizar Zakaria pula menyifatkan Anwar terkena ’sindrom September’.

“Asal bulan September sahaja dia cakap ada majoriti, dulu pun begitu.

“Bagi saya, saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan saya menyokong Anwar. Saya teguh bersama suara parti. Ini semua salah satu cara Anwar untuk mempengaruhi pengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah,” ujar beliau.

Ketua UMNO Sabah Datuk Bung Moktar Radin ketika dihubungi pula berkata, beliau tidak tahu menahu tentang perkara tersebut dan tumpuannya kini hanyalah kepada memastikan BN dan rakan kongsi menang dalam PRN Sabah.

“Saya tidak tahu pasal hal ini dan saya hanya mahu tumpukan pada kemenangan PRN Sabah,” ujar Bung Moktar.

Untuk rekod, memetik portal The Coverage, terdapat 19 orang ahli parlimen UMNO yang menyatakan sokongan kepada Anwar untuk menjadi perdana menteri.

Senarai tersebut adalah seperti berikut:

Arau – Shahidan Kassim
Padang Terap – Mahdzir Khalid
Baling – Abdul Azeez Abdul Rahim
Machang – Ahmad Jazlan Yaakub
Besut – Idris Jusoh
Padang Rengas – Mohamed Nazri Abdul Aziz
Parit – Mohd. Nizar Zakaria
Pasir Salak – Tajuddin Abdul Rahman
Bagan Datuk – Ahmad Zahid Hamidi
Jerantut – Ahmad Nazlan Idris
Pekan – Mohd. Najib Abdul Razak
Tanjong Karang – Noh Omar
Putrajaya – Tengku Adnan Tengku Mansor
Pontian – Ahmad Maslan
Kimanis – Mohamad Alamin
Kinabatangan – Bung Moktar Radin
Rompin – Hasan Arifin
Cameron Highlands – Ramli Mohd. Noor
Gerik – Hasbullah Osman – UMNO ONLINE

Oleh:Azlina Rosdy

Ahli Parlimen Parit nafi sokong Anwar seperti senarai tular

IPOH – Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria menafikan beliau memberi sokongan terhadap pembentukan kerajaan baharu di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti senarai nama 19 wakil rakyat UMNO yang tular hari ini.

Beliau berkata, pihaknya langsung tidak tahu menahu sokongan itu dan hanya mengetahui kewujudan senarai berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp pagi tadi.

“Geli hati dan nak ketawa bila melihat nama tersenarai bersama pimpinan yang hebat-hebat, sedangkan saya bukan menteri, tambahan pula memang tak pernah terdetik pun untuk beri sokongan kepada beliau apatah lagi dengan adanya DAP.

“Jadi apa yang boleh saya katakan semua ini cerita karut yang sengaja direka dan nampaknya memang Anwar sedang buat hal lagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain Mohd Nizar, mesej tular terbabit turut menyenaraikan empat lagi Ahli Parlimen UMNO dari Perak iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas); Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak); Datuk Hasbullah Osman (Gerik) serta Ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mohd Nizar berkata, agenda dimainkan Presiden PKR itu secara tidak langsung memberi kesan kepada pergolakan politik antara parti dan kestabilan pentadbiran kerajaan sedia ada.

Justeru katanya, sekiranya isu sama terus dimainkan, adalah lebih baik mandat kepimpinan kerajaan diserahkan kepada rakyat menerusi Pilihan Raya Umum (PRU).

“Jika keadaan tidak stabil seperti ini, pilihan terbaik adalah mengadakan PRU dengan segera, biar rakyat yang putuskan siapa lebih berhak menjadi kerajaan,” katanya.