Kampung Serapoh dilanda banjir semula selepas 6 tahun

MOHD Nizar menziarahi mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga yang baru dibuka pagi tadi. FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI.
MOHD Nizar menziarahi mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga yang baru dibuka pagi tadi. FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI.

Parit: “Semuanya habis, tiada barang lagi dalam rumah saya yang tinggal,” kata Endon Saidin, salah seorang mangsa banjir di Kampung Serapoh di sini, pagi tadi.

Endon, 64, seorang ibu tunggal tidak mampu berjalan dan bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak sejak dua tahun lalu itu berkata rumahnya dimasuki air dan memaksanya berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PSS) di Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga di sini.

Menurutnya, kali terakhir kawasan kampungnya dilanda banjir adalah pada 2017 lalu dan beberapa hari lalu dia mendengar jiran berkata kampung akan berlaku banjir jika hujan lebat.

“Tapi sebab sudah lama tidak banjir, saya abaikan. Namun jam 5 pagi tadi air mula masuk dalam rumah. Anak saya yang tinggal di Titi Gantung bantu saya berpindah ke PPS.

“Almari, sofa, kereta, semuanya habis tenggelam,” katanya.

Katanya, paras air banjir di dalam rumahnya sudah mencapai hampir satu meter ketika anaknya, Muhamad Khairil Mad Latip, 33, pulang mengambil pakaian untuk dibawa ke PPS.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata usaha bagi mencegah berlakunya banjir telah dilaksanakan sebelum ini.

“Secara umumnya kita sudah mengusahakan dari segi infrastruktur seperti tebatan banjir dan pemasangan kelubung air yang lebih besar di jalan. Contohnya di Kampung Raja, Kampung Buluh Akar dan Parit 6, isu banjir sudah selesai.

“Namun, oleh sebab aliran Sungai Riam yang deras (kawasan bukit) dan taburan hujan yang tinggi serentak, berlaku kenaikan air yang menyebabkan banjir.

“Kita akan gandakan lagi infrastruktur dengan usaha bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan komuniti supaya masalah banjir ini dapat diselesaikan,” katanya ketika melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga, hari ini.

MEMILIH PRU15: Artis Veteran – Mubarak, Amran, Bantu Kempen Calon BN Di Parlimen Parit

Kempen Pilihan Raya ke-15 (PRU15) di Parlimen Parit dimeriahkan dengan kehadiran pelakon veteran drama dan filem, Mubarak Majid dan Amran Nasaruddin yang turun padang membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Mubarak yang juga pelakon filem blockbuster Mat Kilau dan pelakon lelaki terbaik menerusi filem pendek Coofie & Sexy Dress terbitan Buffalo Orange Pictures Sdn Bhd di Motion Horse International Film Festival (MHIFF) 2022 yang diadakan di India turun menyantuni penduduk sekitar Parit termasuk Belanja atas dasar tanggungjawab dan sayangkan negara ini demi kemakmuran.

Menurut Mubarak, 66, yang telah berkecimpung lebih empat dekad dalam dunia seni, beliau bersama-sama dengan Amran Nasaruddin seorang lagi pelakon drama hebat melakukan walkabout di sekitar Kampung Senin, Layang Kanan, Kampung Nasaruddin, Kampung Kuchai dan pekan Parit.

Beliau juga sempat singgah di majlis ramah mesra makan tengah hari bersama Hari Keluarga Kampung Senin sambil melihat calon BN Parit dan calon BN Belanja bermain sukan rakyat.

Mubarak berkata, beliau berharap penduduk sekitar DUN Belanja, DUN Bota yang termasuk di Parlimen Parit menyokong jentera dan ketiga-tiga calon BN demi melihat perubahan dan kemakmuran menerusi sebuah kerajaan yang stabil.

“Saya yakin sumbangan kerusi yang mutlak boleh diperoleh di sini (Parlimen Parit).

“Cukuplah zaman kesengsaraan tempoh hari (22 bulan) dan berharap ia tidak berulang lagi,” kata Mubarak lagi.

Pandangan yang sama turut dikongsi Amran yang antara drama dan telefilem yang beliau berlakon ialah Arbaie Bujang Kembali juga berharap pengundi sekarang semakin bijak menilai calon dan parti mana yang layak menerajui kerajaan baharu ini.

“Jangan ingat pengundi boleh diperbodohkan kerana pengundi sekarang mahukan calon yang boleh buat kerja, parti yang boleh buat kerja. Bukan berjanji tidak tentu arah.

“Saya sayangkan negara ini dan sudah tentu mengharapkan BN boleh kembali memerintah dengan jayanya. Insya-Allah,” kata Amran dengan penuh bersemangat bertemu masyarakat Parit.

Dalam PRU-14 lalu, Mohd Nizar menang atas tiket BN meraih 14,035 undi dengan kemenangan majoriti sebanyak 6,320 undi menewaskan calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad yang memperoleh 7,715 undi dan calon PKR, Tarmizi Mohd Jam yang memperoleh sebanyak 7,240 undi.

Artis Veteran – Mubarak, Amran, Bantu Kempen Calon BN Di Parlimen Parit

MEMILIH PRU15: “Ada Sahaja Di Mana-mana” Itulah Ustaz Nizar Di Parit

Ada sahaja di mana-mana…

Deme sekejap di masjid, nanti ada di pasar pagi, kedai runcit, nanti pula ngopi di warung pula….sebelah tengah hari pula dengan persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO), susul selepas itu bermain bola sepak, tak pun takraw di sebelah petang…

Nanti singgah ke kebun sekejap…

Sebelah malam kat surau pula, kekadang berjubah langsung main badminton pula…

Entah bila tidurnya…. melayan dan bermain rebana takpun gendang bersama anak-anak muda kampung…

Ini semua waktu sebelum pilihan raya umum pun, tidaklah semata-mata sibuk, buat-buat sibuk waktu pilihan raya baru nak muncul !

Tetapi tidak kepada calon dan penyandang Barisan Nasional (BN) kerusi Parit, itulah Ustaz Nizar atau Datuk Mohd Nizar Zakaria yang sentiasa bersama rakyat tidak kira di mana sahaja pun.

“Awok (saya) ni senang betul berhubung dengan Ustaz (Nizar) sebab deme itu ada di mana-mana sahaja.

“Senang nak sapa (tegur) atau mengadu…deme (Ustaz Nizar) mendengarnya,” kata Pak Salleh, seorang penduduk di Kampung Selat Layang Kiri.

Makcik Siah, yang berniaga sayur kampung di pasar pagi pekan Bota juga senang hati dengan Tok Nizar sebabnya “YB” sentiasa senyum dan suka bergurau senda.

“Selalu bertanya khabar dan mendengar masalah yang awok (saya) nak cakap ini,” katanya lagi.

Anak muda, Imran Salleh dari Lambor Kanan berkata, Ustaz Nizar ini sangat sempoi, boleh bergurau senda dan selalu melayan main bola, kekadang main takraw dan badminton.

“All rounders…lah bersukan itu. Dia pun ahli sukan sejak dari sekolah rendah lagi seperti yang dikhaborkan orang-orang tua di sini,” kata Imran yang gembira mempunyai seorang pemimpin tempatan yang disenangi di kawasan Parit ini.

Sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Mohd Nizar terus menyantuni masyarakat Parit termasuk di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja dan Bota.

Bertemu rakyat, sembang santai dan program masyarakat terus dihadiri dan dirasmikan sebagai satu tanggungjawab yang diamanahkan sejak 2008 dan 2018 sebagai Ahli Parlimen Parit serta ADUN Belanja pada 2013.

Di samping itu, antara kelebihan Ustaz Nizar ialah bermain alat muzik tradisional seperti gendang, gong dan rebana. Kekadang dilayan main gendang dan rebana sampai jam 1 pagi atau 2 pagi.

“Saya suka bertemu masyarakat kerana ia satu dakwah.

“Setiap perkara yang kita buat dan menunaikan hasrat rakyat itu, satu dakwah dan perjuangan yang berterusan.

“Diri saya ini umpama “diwakafkan” untuk rakyat demi kemakmuran bersama,” kata Mohd Nizar.

Dalam PRU-14 lalu, Mohd Nizar menang atas tiket BN meraih 14,035 undi dengan kemenangan majoriti sebanyak 6,320 undi menewaskan calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad yang memperoleh 7,715 undi dan calon PKR, Tarmizi Mohd Jam yang memperoleh sebanyak 7,240 undi. – BACALAHMALAYSIA.MY

Dua calon BN dekati anak muda melalui seni bermain gendang

Gendang-Gendang
Mohd Nizar Zakaria dan Khairul Shahril Mohamedv bermain gendang dan gong.

PARIT – Acara seni bermain gendang dan gong digunakan oleh dua calon Barisan Nasional bagi mendekati anak muda di kawasan parlimen di sini.

Calon Parlimen Parit,, Datuk Mohd Nizar Zakaria serta calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota Khairul Shahril Mohamed hadir dalam aktiviti seni yang berlangsung di Titi Gantung.

Kumpulan anak muda tersebut turut mahir bermain alat muzik tradisional yang lain seperti serunai, gendang ibu, gendang anak dan tamburin.

“Inilah cara untuk kita dekati golongan anak muda menerusi muzik tradisional. Anak muda perlu diberikan sokongan dan dokongan.

“Mereka (anak muda) ini perlu diambil tahu dan sentiasa bersama mereka. Barulah ukhuwah itu semakin rapat dan disatukan menerusi muzik,” kata Mohd Nizar.

Menurutnya, sesibuk mana berkempen sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mereka tetap tidak lupa meluangkan masa bersama-sama anak muda.

Turut bersetuju, Khairul Shahril yang dilihat tidak kekok sambil memukul gong mengikut tempo dengan lagu yang dimainkan.

“Saya sangat gembira apabila anak-anak muda ini menunjukkan minat yang sangat mendalam permainan muzik tradisional yang kini semakin tenggelam ditelan zaman.

“Moga kesungguhan anak-anak muda ini akan terus memperjuangkan alat muzik ini yang bukan sahaja berkisarkan di negeri Perak sahaja tetapi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa” katanya yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.

Calon DUN Bota itu turut mencuba dan belajar meniup serunai sambil gendang anak dipalu Mohd Nizar secara spontan mengikut irama lagu yang dimainkan pada ketika malam dingin dan renyai-renyai.-MalaysiaGazette

PRU-15: Dua calon BN main gendang, gong, santuni anak muda

MOHD Nizar (kanan) bersama Khairul Shahril (kiri) menunjukkan kebolehan bermain alat muzik tradisional.
MOHD Nizar (kanan) bersama Khairul Shahril (kiri) menunjukkan kebolehan bermain alat muzik tradisional.

Parit: Berkempen secara unik, itulah cara penyandang dan calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria serta penyandang dan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota, Khairul Shahril Mohamed menyantuni anak muda dengan bermain gendang dan gong di Titi Gantung, Bota.

Aktiviti secara bersantai itu turut diraikan anak muda dengan bermain alat muzik tradisional seperti serunai, gendang ibu, gendang anak dan tamburin.

Mohd Nizar berkata, sesibuk mana pun mereka berkempen sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), namun beliau tetap tidak lupa meluangkan masa bersama anak muda.

“Inilah cara untuk kita dekati golongan anak muda menerusi muzik tradisional. Anak muda perlu diberikan sokongan dan dokongan.

“Mereka perlu diambil tahu dan sentiasa bersama mereka. Barulah ukhuwah itu semakin rapat dan disatukan menerusi muzik,” katanya malam ini.

Turut bersetuju, Khairul Shahril yang dilihat tidak kekok sambil memukul gong mengikut tempo dengan lagu yang dimainkan.

“Saya sangat gembira apabila anak-anak muda ini menunjukkan minat yang sangat mendalam terhadap permainan muzik tradisional yang kini semakin tenggelam ditelan zaman.

“Moga kesungguhan anak-anak muda ini akan terus memperjuangkan alat muzik ini yang bukan saja berkisarkan di Perak saja tetapi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa” katanya yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.

Pada malam itu, calon BN DUN Bota turut mencuba dan belajar meniup serunai sambil gendang anak dipalu Mohd Nizar secara spontan mengikut irama lagu yang dimainkan.

MEMILIH PRU15: Dua Calon BN Bermain Gendang dan Gong Menyantuni Anak Muda Di Bota Dalam Parlimen Parit

Berkempen secara unik, itulah cara sempoi penyandang dan calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Parit (P.069), Datuk Mohd Nizar Zakaria serta penyandang dan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota (N.40), Khairul Shahril Mohamed menyantuni anak muda dengan bermain gendang dan gong di Titi Gantung, Bota.

Aktiviti secara bersantai ini turut diraikan anak-anak

muda dengan bermain alat muzik tradisional yang lain seperti serunai, gendang ibu, gendang anak dan tamburin.

Sesibuk mana pun dua calon BN berkempen sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), namun tetap tidak dilupakan bagi mereka meluangkan masa bersama-sama anak muda ini.

“Inilah cara untuk kita dekati golongan anak muda menerusi muzik tradisional. Anak muda perlu diberikan sokongan dan dokongan.

“Mereka (anak muda) ini perlu diambil tahu dan sentiasa bersama mereka. Barulah ukhuwah itu semakin rapat dan disatukan menerusi muzik,” kata Mohd Nizar.

Turut bersetuju, Khairul Shahril yang dilihat tidak kekok sambil memukul gong mengikut tempo dengan lagu yang dimainkan.

“Saya sangat gembira apabila anak-anak muda ini menunjukkan minat yang sangat mendalam permainan muzik tradisional yang kini semakin tenggelam ditelan zaman.

“Moga kesungguhan anak-anak muda ini akan terus memperjuangkan alat muzik ini yang bukan sahaja berkisarkan di negeri Perak sahaja tetapi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa” katanya yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.

Pada malam itu, calon BN DUN Bota turut mencuba dan belajar meniup serunai sambil gendang anak dipalu Mohd Nizar secara spontan mengikut irama lagu yang dimainkan pada ketika malam dingin dan renyai-renyai. – BACALAHMALAYSIA.MY