Majlis Ulama UMNO Desak Kementerian Pelancongan Segera Jelaskan Isu Hidangan Arak

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Majlis Ulama UMNO Malaysia mendesak Kementerian Pelancongan segera memberi penjelasan mengenai isu hidangan arak di dalam majlis rasmi melibatkan kementerian itu.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Majlis Ulama UMNO Malaysia memberi respon demikian berikutan tular satu video berkaitan perkara berkenaan.

“Majlis Ulama UMNO Malaysia tidak berkompromi dengan tindakan penyediaan minuman arak dalam majlis rasmi kerajaan disebabkan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“…bahkan ia memberi imej buruk kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan dasar-dasar Islam dalam pentadbiran negara,” kata Majlis Ulama UMNO Malaysia lagi. – UMNO ONLINE

DARUSSYAFIE BERKOLABORASI BERSAMA PKAM ANJUR MAWLID SERI ISKANDAR 1447 HIJRIAH

SERI ISKANDAR – Pusat Kecemerlangan Pengajian Islam Darussyafie berkolaborasi bersama Pertubuhan Kebajikan Assolahiyyah Malaysia (PKAM) menganjurkan Majlis Mawlid Seri Iskandar 1447 Hijriah dengan kehadiran lebih 650 pengunjung.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Yayasan Ikhtiar Parit, Dato’ Mohammad Nizar Zakaria bertempat di Dewan Serbaguna Seri Iskandar pada pagi Ahad.
Turut mengiringi Penasihat PKAM merangkap Pegawai Perubatan Hospital Bahagia Ulu Kinta, Ustaz Dr Abdullah Azzam Abdul Rashid, Pensyarah Kanan Fakulti Al-Quran dan Sunnah Universiti Sains Malaysia, Ustaz Dr Mohammad Sobri Ellias serta Mudir Pusat Pengajian Islam Darussyafie, Ustaz Ahmad Audie Afham.
Menurut Abdullah Azam berkata, Seri Iskandar telah dipilih menjadi tuan rumah untuk sambutan Maulidur Rasul 1447H pada tahun ini kerana ianya berdekatan dengan universiti tempatan disini.
“Sambutan Maulidur Rasul bukan hanya khusus disambut pada hari tertentu sahaja sebaliknya ianya boleh diraikan sebagai cintanya umat Islam kepada Rasullah SAW.
“Pada program kali ini, ianya turut diisi dengan pelbagai persembahan seperti qasidah, tausiyyah dan juga kisah mawlid.
“Yang lebih istimewa adalah persembahan nasyid melibatkan pelajar dari negara lain seperti China, Afrika, Australia, Filipina dan juga Indonesia,” ujar beliau kepada Perak Kini.
Pelbagai gerai jualan dan pemeriksaan mata secara percuma turut disediadakan untuk tetamu yang hadir.

14 JUN 2025 @ SABTU

9:00AM – Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Lambor Kiri Di Dewan Terbuka SMK Lambor Kiri,Lambor.

11:30AM – Memberikan Motivasi Kepada Pelajar Di Program Motivasi Pelajar Madani SMK Seri Iskandar Bertempat Di Dewan Terbuka SMK Seri Iskandar,Seri Iskandar.

3:00PM – Menyampaikan Hadiah Di Kejohanan Super Combat 2025 Dalam Sukan JUDO Bertempat Di Taiping Mall,Taiping.

11:40PM – Menghadiri Majlis Aqiqah Anakanda Sdr Mior Di Taman Iskandar Perdana,Seri Iskandar.

KEMERIAHAN JOM HEALING PARIT

Jom Healing peringkat Negeri Perak @ Parit berlangsung selama 3 hari bermula 13, 14 dan 15 Disember bertempat di Pulau Cempakasari, Parit.
Program dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak yang hadir bersama isteri YABhg.Datin Seri Aezer Zubir.
Objektif Program J.O.M (Jumpa Orang Muda) Healing merupakan salah satu inisiatif daripada YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad yang bertujuan untuk menyediakan platform kepada belia bagi menyampaikan hasrat dan mendapatkan pandangan mereka secara terus.
Hadir sama kepimpinan UMNO Bahagian Parit YBhg.Dato’ Mohd Nizar Zakaria Ketua UMNO Bahagian Parit, YBrs.Khairul Shahril Mohamed Timbaln Ketua UMNO Bahagian Parit, YB Khairudin Hj Abu Hanipah Adun Belanja merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Parit, Saudara Nazirul Jamaludin Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Puan Sarah Syazwani Saari Ketua Puteri UMNO Negeri Perak, Saudara Hamizi Abd Ghani Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit, Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah, Ketua Polis Daerah, agensi-agensi kerajaan dan masyarakat setempat.
#BNParit

‘Belajar terima kenyataan, bukan desak Ahmad Zahid cuti’

IPOH – Pembangkang seharusnya belajar menerima kenyataan bahawa mereka bukan lagi kerajaan berbanding mendesak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya bercuti daripada menjalankan tugas bagi mendapatkan perhatian.

Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, desakan supaya Ahmad Zahid bercuti kononnya bagi memberi laluan siasatan hanyalah gimik politik pembangkang yang masih belum boleh menerima hakikat kegagalan membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, jika alasan tersebut digunakan untuk seseorang pemimpin itu dicutikan dari tugasnya, maka beberapa pemimpin pembangkang juga harus melakukan perkara sama kerana mereka juga sedang berdepan perbicaraan di mahkamah.

“Pada saya sekarang ini sudah hampir tiga tahun (kerajaan dibentuk) sepatutnya kita pastikan negara kita stabil, kita hendak kerajaan perpaduan ini kuat, kukuh untuk kita bina. Nak berpolitik tunggulah PRU16 nanti, gasaklah apa benda pun tapi janganlah tempoh ini.

IPOH – Pembangkang seharusnya belajar menerima kenyataan bahawa mereka bukan lagi kerajaan berbanding mendesak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya bercuti daripada menjalankan tugas bagi mendapatkan perhatian.

Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, desakan supaya Ahmad Zahid bercuti kononnya bagi memberi laluan siasatan hanyalah gimik politik pembangkang yang masih belum boleh menerima hakikat kegagalan membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, jika alasan tersebut digunakan untuk seseorang pemimpin itu dicutikan dari tugasnya, maka beberapa pemimpin pembangkang juga harus melakukan perkara sama kerana mereka juga sedang berdepan perbicaraan di mahkamah.

“Pada saya sekarang ini sudah hampir tiga tahun (kerajaan dibentuk) sepatutnya kita pastikan negara kita stabil, kita hendak kerajaan perpaduan ini kuat, kukuh untuk kita bina. Nak berpolitik tunggulah PRU16 nanti, gasaklah apa benda pun tapi janganlah tempoh ini.

Mohd Nizar berkata, pembangkang sepatutnya reda dengan ketentuan ALLAH apabila Barisan Nasional (BN) kembali menjadi kerajaan biarpun dengan memenangi hanya 30 kerusi Parlimen pada PRU15 lalu.

“Ingat, ALLAH sebut dalam al-Quran bermaksud, manusia merancang, ALLAH juga merancang tetapi ALLAH juga sebaik-baik perancang. Sepatutnya redalah, pilihan raya dah tamat dah.

Artikel Berkaitan:
‘Ahmad Zahid perlu dicutikan agar siasatan bebas, adil’ – Tun Faisal
[VIDEO] ‘Ahmad Zahid perlu dicutikan agar siasatan bebas, adil’ – Tun Faisal
Didakwa tipu Agong isu SD, Ahmad Zahid sedia disiasat
“Saya kalah (dalam PRU15), saya reda. Saya terus bekerja, berkhidmat dan berbakti. Saya harap sudahlah berpolemik yang merugikan negara serta merosakkan perpaduan di negara ini,” katanya.

Pada Isnin, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berpandangan Ahmad Zahid perlu diberikan cuti bagi memberi laluan kepada siasatan bebas terhadap dirinya sehingga selesai.

Beliau yang mengalu-alukan sikap terbuka Ahmad Zahid untuk disiasat berhubung dakwaan terdapat unsur memperdaya Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika mengemukakan Akuan Berkanun (SD) bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan bagaimanapun merasakan tidak mungkin seseorang dapat disiasat sepenuhnya ketika masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Majlis Ulama UMNO Kesal Cara Berpolitik Pas Gelar Dajal

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Majlis Ulama UMNO (MUU) menzahirkan kekesalan atas sikap dan cara berpolitik di pentas demokrasi yang keras dan kasar ditampilkan oleh Presiden Pas dengan menuduh dan menggelar pihak politik yang berbeza sebagai lebih ‘dajal’ daripada ‘dajjal’.

Menerusi satu kenyataan media MUU memaklumkan bahawa politik sebegini sepatutnya dibenamkan jauh ke dasar lautan dan tidak dijadikan ikutan generasi baharu masyarakat Malaysia.

“Naratif politik sebegini akan mengulangi siri pertembungan yang tajam khususnya antara penyokong dan ahli Pas dan UMNO awal 80-an menerusi cetusan amanat-amanat dan ucapan-ucapan politik yang merosakkan persaudaraan Islam selama puluhan tahun sehinggalah diredakan menerusi Muafakat Nasional pada 2019.

“Umum umat Islam mengenali susuk ‘dajal’ menerusi hadis-hadis Rasulullah SAW sebagai lambang kekufuran dan kefasikan yang mengelirukan umat manusia dan menguji serta merosakkan keimanan mereka dengan pembohongan dan kejahatan sebelum akhirnya dibunuh oleh Nabi Isa alaihissalam di akhir zaman sebelum Qiamat.

“Ia sangat tidak wajar dipalitkan sesama muslim yang bersaing secara sihat di arena demokrasi Malaysia.”

Sehubungan itu, MUU mengajak semua pihak khususnya para alim ulama menghiasi dan memakmurkan politik demokrasi Malaysia dengan akhlak Islam dengan menjunjung peringatan Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 11.

Maksudnya: “Wahai orang-orang beriman, janganlah ada satu kelompok mempersendakan satu kelompok yang lain barangkali yang dipersendakan itu lebih baik daripada yang mempersendakan. Dan janganlah para wanita mempersendakan wanita-wanita lain barangkali yang dipersendakan itu lebih baik daripada yang mempersendakan. Dan janganlah kamu mencela diri sendiri dan janganlah kamu gelar-menggelar dengan gelaran buruk. Seburuk-buruk nama adalah kefasikan selepas keimanan. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah sebenar-benar orang-orang yang zalim.” – UMNO Online

Pengundi Nenggiri Diseru Pilih Awie, Manfaatkan Hubungan Dengan Kerajaan Pusat – Nizar Zakaria

GUA MUSANG, 15 Ogos – Berbaki dua hari lagi berkempen sebelum penutupan rasmi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, dapat dilihat bahawa penerimaan pengundi cukup yakin dengan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dengan jenteranya terus melipatgandakan usaha menyantuni masyarakat.

Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria mengingatkan dan menyeru semua pengundi di DUN Nenggiri untuk membuat pilihan yang tepat dengan menyokong calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau lebih dikenali sebagai Awie, dalam PRK ini.

Menurutnya, Awie adalah calon yang memiliki kemampuan dan dedikasi tinggi dalam memperjuangkan nasib rakyat Nenggiri.

“Saya berpesan kepada seluruh pengundi DUN Nenggiri, pilihlah calon daripada BN, Awie untuk dinobatkan sebagai wakil rakyat. Beliau seorang yang muda, mempunyai kelebihan-kelebihan dan telah pun bersama dalam organisasi parti, berkhidmat, membantu dan merancang.

“Saya yakin dan percaya Awie mampu untuk membawa suara rakyat atau pun masyarakat di Nenggiri. Pada masa yang sama juga mengingatkan adik kakak yang berada di luar sebagai pengundi yang akan balik mengundi pada hari sabtu ini.

“Undilah calon nombor dua, Awie yang mempunyai latar belakang yang cukup baik dan mempunyai potensi untuk memimpin dan membawa pendekatan ke arah pembangunan, insfrastruktur dan sebagainya. Bukan hanya pembangunan insfra tetapi pembangunan modal insan juga,” katanya ketika ditemui UMNO Online di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Agropolitan, Rantau Manis (ECER), di sini.

Mengulas lanjut kata Nizar lagi, calon BN telah melakukan serta menyantuni rakyat Nenggiri tidak mengira umur dan kebanyakkannya rakyat kawasan ini mengenal beliau.

“Sudah banyak tempat beliau lakukan dengan berjumpa masyarakat yang bervariasi dan pelbagai umur serta rakyat Nenggiri pun mengenal calon BN.

“Awie bukan sekadar calon muda yang berpotensi, tetapi beliau juga telah menunjukkan kesungguhan dalam berkhidmat kepada masyarakat. Memilih Awie bermakna memilih masa depan yang lebih baik untuk Nenggiri,” katanya.

Tambahnya, beliau mendoakan agar calon BN menang dengan sukses pada PRK ini.

“Kita doakan Awie sukses dan menang pada pilihan raya ini. Kepada jentera-jentera parti BN, kita berkerja, bergerak sehingga ‘due day’ tersebut. Tidak kira dimana mereka berada di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN Nenggiri ini termasuk orang asal yang ada di dalam kawasan ini untuk memberikan sokongan padu kepada calon BN.

“Selamat mengundi, saya doakan segala-galanya dipermudahkan oleh Allah SWT,” ujarnya.

Terdahulu Nizar telah mengadakan program santai dan sukaneka yang berlangsung di padang Taman Agropolitan (ECER) dengan suasana yang cukup meriah.

Jelasnya, keakraban dan pendekatan jelas terlihat dalam sukan rakyat ini dengan acara yang dipertandingkan seperti sepak takraw, boling kelapa dan sebagainya.

“Saya melihat anak-anak muda di sini berbakat dan program yang diadakan ini mendapat sambutan cukup baik. Setiap petang masyarakat di sini memanfaatkan apa yang diberi oleh kerajaan seperti padang futsal, gelanggang sepak takraw dan sebagainya.

“Inilah tempat mereka berkumpul untuk dimanfaatkan dan juga difahamkan mereka mempunyai pasukan futsal dan setiap pertandingan akan diikutinya.

“Saya tahu peranan mereka juga yang menginginkan pembangunan dan sebagainya serta sudah pasti pada PRK ini masyarakat akan memilih calon nombor dua (Awie),” ujarnya. – UMNO Online

Berita Berkaitan
Syahbuddin Seru Pengundi Luar Pulang, Sokong Awie Di PRK Nenggiri
PRK Nenggiri: Awie Tunai Tanggungjawab, Seru Pengundi Terus Keluar Mengundi
Menang PRK Nenggiri: Rakyat Kembali Yakin Kepada BN, Beri Suntikan Semangat PAU 2024