11:00 AM – Program Multaqa Imam dan Jawatankuasa Masjid Daerah Pengkalan Hulu di Dewan Persidangan Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
09:00 PM – Merasmikan Club Dart dan Jamuan Makan di Taman Maju Seri Iskandar.
11:00 AM – Program Multaqa Imam dan Jawatankuasa Masjid Daerah Pengkalan Hulu di Dewan Persidangan Majlis Daerah Pengkalan Hulu.
09:00 PM – Merasmikan Club Dart dan Jamuan Makan di Taman Maju Seri Iskandar.
08:00 AM – Menghadiri Program “Moh Le Ke Parlimen Parit” Bersama Perak FM.
08:00 PM – Menghadiri Majlis Makan Malam Anjuran Kerajaan Negeri Perak Sempena Sambutan Hari Audit 1Malaysia Tahun 2015 di Dewan Bankuet SUK Ipoh.
08:00 AM – Menghadiri Program “Moh Ler Ke Parlimen Parit” Bersama Perak FM.
09:30 AM – Menghadiri Ceramah Motivasi Keibubapaan Positif Oleh Prof Dr. Yahya Mat Som Sempena Karnival “Moh Ler Ke Parlimen Parit” di SMA Maahad Al-Aziz, Parit.
09:00 AM – Moderator Untuk Forum Agama Bertajuk Anak & Harta di Dataran Pekan Parit.
Kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Perak dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) mengadakan kursus asas taranum dalam usaha meningkatkan profesionalisma imam.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, beberapa sisi kursus bacaan dan etika kepada imam juga dibuat di setiap daerah.
Menurut beliau, Majlis Agama dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mentauliahkan seramai 1,481 orang imam bagi memenuhi keperluan masjid di seluruh Perak.
“Menjadi keutamaan dan agenda kerajaa negeri dalam memperkasa dan mempertingkatkan profesionalisma imam-imam di negeri agara mereka berilmu, berketerampilan dan berkualiti,” katanya ketika menjawab soalan lisan dari Abu Bakar Hussain (PAS – Titi Serong) di Sidang DUN ke-13 pada Isnin.
Dalam sesi itu, Abu Bakar turut membangkitkan isu mengapakah kerajaan masih melantik dan membenarkan sebahagian imam-imam yang dhaif dan tidak mencukupi syarat menjadi imam.
Drs Nizar dalam jawapannya berkata, hal itu tidak benar kerana pelantikan sesorang imam adalah mengikut Kaedah 3,4 dan 5 Kaedah-kaedah Pegawai Masjid 1998.
Jelas beliau, MAIPk mempunyai Prosedur Kendalian Operasi (SOP) tersendiri yang perlu dilalui sebelum seseorang imam itu boleh dilantik.
Namun begitu, katanya, tidak dinafikan terdapat calon yang dilantik melebih usia 60 tahun mengikut keperluan setempat tetapi calon-calonnya masih memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan melalui kehendak Kaedah 4.
“MAIPk akan memberi pengecualian dalam perlantikan imam tersebut berdasarkan surat sokongan daripada Jawatankuasa Masjid dan Pegawai Tadbir Agama,” jelas beliau
Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak meluluskan Enakmen Wakaf (Perak) 2015 yang bertujuan mengadakan peruntukan undang-undang khusus berkenaan wakaf bagi dan membolehkan kerajaan mengawal pelaksanaan wakaf secara berkesan.
Enakmen itu yang diluluskan tanpa bantahan, turut mendapat sokongan beberapa wakil rakyat PAS yang mengambil bahagian di dalam sesi perbahasan.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, antara sebab enakmen ini dicadangkan adalah kerana kerajaan belum lagi mempunyai undang-undang khusus berhubung wakaf di negeri ini.
Menurut beliau, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 hanya mengandungi peruntukan am berhubung wakaf mulai Seksyen 78 hingga 84 dan setiap fasal yang menyentuh wakaf diperuntukkan bersekali dengan perkara-perkara lain.
“Peruntukan tersebut sudah tentu tidak memadai memandangkan wakaf telah berkembang dalam konteks yang lebih luas, termasuklah pengenalan instrument wakaf yang baharu seperti wakaf korporat, wakaf tunai dan sebagainya,” katanya ketika membentangkan enakmen itu di Sidang DUN pada Isnin.
Drs Mohd Nizar berkata, enakmen itu juga bertujuan unuk membendung kegiatan pencerobohan tanah atau premis wakaf daripada berlaku dan membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan di bawah undang-undang bertulis.
“Aktiviti pencerobohan merupakan masalah paling utama yang dihadapi oleh kerajaan dalam perkara berhubung wakaf ketika ini, termasuk aktiviti seperti pembalakan dan pengeluaran balak secara haram, pengeluaran tanah dan sumber mineral yang lain,” ujarnya.
Beliau memberitahu, Enakmen Wakaf (Perak) 2015 telah melalui beberapa peringkat kajian dan saringan, termasuk rujukan kepada beberapa negeri lain yang sudah menguatkuasakan undang-undang khusus mengenai wakaf.
Menurutnya, dengan adanya enakmen itu, masyarakat akan lebih yakin dengan pelaksanaan wakaf di negeri ini dan perlindungan yang diberikan oleh undang-undang sekaligus memberikan galakan kepada masyarakat untuk berwakaf
IPOH: Setiap lantikan imam di masjid-masjid yang terdapat di sekitar kawasan Perak telah melalui Prosedur Kendalian Operasi (SOP) dan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria menyatakan Majlis Agama Islam (MAI) dan Adat Melayu Perak (AMP) telah mentauliahkan seramai 1 481 orang imam bagi memenuhi keperluan masjid di seluruh negeri Perak.
“Antara syarat yang perlu dipatuhi ialah calon imam hendaklah mengisi borang pencalonan,selepas itu akan ada satu sesi temuduga dan jika lulus, nama calon akan dibawa dalam mesyuarat MAI dan AMP untuk lantikan”, ujarnya ketika menjawab soalan lisan daripada Abu Bakar Hussain (Titi Serong- PAS) dalam mesyuarat Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-13, hari ini.
Menurutnya, antara kelayakan pegawai masjid yang membolehkan mereka dilantik selaku imam adalah pemohon tidak boleh melebihi umur 60 tahun pada masa lantikan dibuat.
“Mereka juga harus sihat tubuh badan serta tidak mempunyai kecacatan anggota yang boleh menjejaskan keupayaan fizikal dan mental.
“Tidak dapat dinafikan terdapat calon yang dilantik melebih umur 60 tahun mengikut keperluan setempat tetapi calon-calonnya masih memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan melalui kehendak Keadah 4,” ujarnya.
Jelasnya, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah telah mengadakan taranum di kalangan imam di peringkat negeri Perak.
“Bermula tahun 2014, Kerajaan Negeri telah mengadakan kursus imam pelapis pada setiap hari Sabtu selama lima bulan bagi menampung keperluan imam pada masa akan datang.
“Persatuan Imam-Imam PErak (PEWARAK) juga telah mengadakan kursus peningkatan kualiti imam di bawah peruntukan Menteri Besar sebanyak RM 119, 000 di semua daerah di negeri ini,” katanya.
Tambah Nizar lagi, para imam juga telah mengadakan pertemuan pada setiap hari Khamis melalui Program Muzakarah Bersama Imam
07:45 AM – Menghadiri Istiadat Kawalan Kehormat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Tahun 2015 di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.
08:00 AM – Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Tahun 2015 di Balairung Seri Istana Iskandariah Kuala Kangsar.
07:45 PM – Menghadiri Majlis Santapan DiRaja Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Tahun 2015 di Dewan Santapan Istana Iskandariah Kuala Kangsar.