26 NOVEMBER 2015, KHAMIS

10:00 AMMenghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Perak Bil.4/2015 di Bilik Gerakan Negeri SUK Ipoh.

12:00 PM Tetamu di Studio Conty Perakfm Sempena  Program ” Moh Ler Ke Parlimen Parit” di PERAKfm.

But even though more than $40 million official remark has already been collected, it could be more than a year before the money is actually directed to any programs, said elliott hibbs, the interim executive director for the board that gov

LEMBAGA TABUNG HAJI JOHAN KESELURUHAN KARNIVAL IBN ‘AUF

SERI ISKANDAR: Lembaga Tabung Haji berjaya merangkul johan keseluruhan dalam program Karnival Ibn ‘Auf peringkat Kebangsaan yang julang-julung kalinya dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Manakala bagi Majlis Tilawah Al-Quran Syarikat-syarikat Korporat Malaysia,Ahmad Saufi Idris mewakili Telekom Malaysia Berhad berjaya memenangi tempat pertama sekaligus berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000, pakej umrah tajaan Tabung Haji berserta sijil penghargaan.

Manakala bagi Qariah pula, johan dimenangi oleh Lembaga Tabung Haji yang diwakili oleh Farra Liza Mohd Musa.

Hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Karnival tersebut berlangsung di Dewan Canselor, Kompleks Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) bermula pada 19 sehingga 21 November bersempena Majlis Tilawah Al-Quran Syarikat-syarikat Korporat Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali ke-2.

Menurut Ahmad Saufi, dua minggu dimanfaatkan oleh beliau bagi membuat latihan dan persiapan untuk bertanding dalam pertandingan tilawah yang disertai buat pertama kalinya.

“Saya sangat gembira dan bersyukur dan Insyallah akan bertanding lagi jika diberi kesempatan dan peluang,” katanya.

Sementara itu menurut johan Qariah, penglibatan dalam pertandingan Tilawah sebelum ini memudahkan beliau mempersiapkan diri bagi penyertai pertandingan kali ini.

“Saya pernah mendapat tempat kedua dalam pertandingan Tilawah peringkat Negeri Sarawak pada tahun 2012,” katanya.

Jelas Farra ayahnya sendiri merupakan guru utama yang mengajarnya pembacaan Al-quran sehingga kini.

Seramai 22 orang yang terdiri daripada 14 Qari dan 8 Qariah memperdengarkan bacaan masing-masing semalam.

Antara syarikat-syarikat yang terlibat pada pertandingan kali ini seperti Petronas, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Lembaga Tabung Haji.

Pelbagai program telah disusun dan berlansung antaranya kiosks Ilmu, seminar Warisan Ibnu’ Auf dan ruang pameran oleh setiap syarikat yang menyertainya.

Penganjuran karnival Ibn Auf bertujuan bagi menyatukan syarikat-syarikat korporat yang menganggotai Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) Jakim dalam misi melaksanakan gerak kerja dakwah selain mengerat jalinan kerjasama yang terjalin.

The report also stressed the need for a clear http://essayclick.net mission for the district

KERAJAAN NEGERI HARGAI JASA BEKAS QARI DAN QARIAH

Kerajaan negeri sentiasa bersikap prihatin dan menghargai jasa bekas qari dan qariah dari Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, untuk menghargai kemahiran dan kepakaran Ilmu Al-Quran yang dimiliki, kerajaan negeri telah melantik mereka sebagai Guru Taranum.

Menurut beliau, antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah dengan melantik mereka sebagai Guru Taranum di Maahad Tahfiz Perak bagi melatih dan mencungkil bakat-bakat baru sebagai pelapis untuk masa hadapan.

“Mereka ini dibayar elaun sebanyak RM1,600 sebulan di samping diberi ruang dan peluang menunjukkan bakat-bakat mereka melalui penglibatan program-program rasmi anjuran kerajaan negeri,” katanya ketika menggulung bajet 2016 pada Sidang DUN ke-16 pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab isu yang dibangkitkan Datuk Sham Mat Sahat (BN – Alor Pongsu) mengenai cadangan untuk memberi saguhati secara tahunan kepada bekas qari dan qariah negeri yang pernah berjasa.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu kerajaan negeri telah memperuntukkan RM7.5 juta bagi elaun guru-guru KAFA yang meliputi seramai 3,120 orang guru.

“Selain itu juga, bagi menghargai sumbangan 2,644 orang bilal dan siak di seluruh negeri, kerajaan juga memperuntukkan sejumlah RM9.5 juta kepada golongan ini,” ujarnya.

You can fix some phone tracker app for https://trackingapps.org/ types of noise while leaving other areas of a photo intact no detail lost

24 NOVEMBER 2015, SELASA

08:00 AM – Melepaskan Kontinjen Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islam (PEKDIS) di SMKA Sultan Azlan Shah.

11:00 AMRamah Mesra di Kampung Baru Parit 4 Tanjung Medan.

05:00 PM Menghadiri Program Perkhemahan Klik Dengan Bijak 2015 Perak di Kem Kota Bota Kiri Layang-layang.

It’s a surprisingly nicely designed app, considering spy app at https://topspyingapps.com/ that many desktop crossword web apps are cluttered with ads and junk that take away from your game’s experience

23 NOVEMBER 2015, ISNIN

10:00 AMMenghadiri Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di SUK Ipoh.

10:30 AMMenjawab Soalan ADUN Titi Serong Sempena Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di SUK Ipoh.

05:30 PMMembentangkan Enakmen Wakaf (Perak) 2015 Sempena Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di SUK Ipoh.

Unlike teachers, each of whom is a largely self- contained professional, leaders https://www.writemypaper4me.org/ operate as part of a management team

Kerjasama Komuniti Hasilkan Keputusan UPSR Terbaik Untuk Perak Tengah

Kejayaan Perak Tengah muncul sebagai daerah terbaik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR) 2015 adalah hasil kolaborasi yang erat di antara kesemua ahli akademik dan pemimpin setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam,Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, resepi kejayaan daerah tersebut adalah hasil nilai fokus dan cermin kecemerlangan yang telah dipasakpateri kukuhkan daripada pelbagai peringkat di bahagian pendidikan.

Menurut beliau, kejayaan daerah tersebut merangkumi tiga bahagian utama penilaian pencapaian UPSR iaitu dari segi kuantiti, kualiti dan Gred Purata Sekolah ( GPS).

“Seramai 162 daripada 1546 calon dari seluruh daerah Perak Tengah telah mendapat keputusan cemerlang iaitu gred A dalam semua mata pelajaran manakala peratusan lulus 100 peratus pada UPSR kali ini.

“Selain itu, daerah Perak Tengah juga mencatatkan peratusan gagal yang paling rendah iaitu sebanyak 38 calon sahaja berbanding dengan kesemua daerah yang lain sekitar negeri Perak,” katanya ketika ditemui Peraknews di pejabatnya pada Khamis.

Memegang wawasan “Perak Tengah Memimpin Kecemerlangan”, Drs Nizar berkata, pihaknya sentiasa menjalankan pelbagai aktiviti seminar dan kursus motivasi kepada para pendidik di sekitar daerah manakala kelas tambahan dan pertemuan kerap bersama golongan ibubapa dalam PIBG.

Jelasnya, prestasi peratusan lulus dan cemerlang gred A di sekitar daerah tersebut telah meningkat sejak tahun 2012 dan perlahan-lahan melonjak ke tempat pertama di antara kesemua namun itu bukan penghalang bagi penambahbaikan kualiti pemeriksaan pendidikan strategik dari masa ke masa.

“Saya tidak berseorangan dalam hal ini, kami bersama pemimpin-pemimpin masyarakat, ibubapa dan murid-murid menjadi enjin penggerak memastikan kejayaan mereka dalam UPSR, kami fahami perkara asas iaitu dalam kebersamaan konsep pendidikan telus dan progresif,” katanya lagi.

Selain daripada telahan akademik secara teori, antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan muncul sebagai daerah terbaik adalah pembangunan sahsiah dan kendiri di kalangan murid, penerapan ilmu praktikal yang kritis serta sentiasa mengenalpasti mana-mana permasalahan pendidikan yang boleh diatasi

Rating 9 out of 10 related posts oceanhorn is my game of the year kami meditative puzzles for ios terraria dig, fight, and build your world the ipad and professionals recharging your batteries popular encounter this here posts slingshot racing simply addictive fun ipad