PERAKTODAY3-3 (1)

BATU GAJAH: Guru-guru agama di sekolah rendah mahupun sekolah menengah disarankan supaya terus bergerak aktif dalam lingkungan masyarakat serta menggunakan kemahiran serta kepakaran untuk mendidik masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, berikutan itu, beliau menyarankan agar guru-guru ini mengambil tauliah agar dapat mengajar di masjid dan surau.

“Pada saya, kita bukannya kekurangan pelapis, tetapi bagaimana mereka (guru agama) sanggup berkorban bukan sahaja di sekolah, tetapi mereka juga perlu sentiasa bersama masyarakat.

PERAKTODAY1-3

“Saya mengesyorkan agar mereka yang mempunyai keinginan dan kemampuan untuk mengambil tauliah supaya dapat mengajar di masjid dan surau termasuk menyampaikan ilmu melalui kelas-kelas bimbingan agama, amali dan bersifat praktikal di sekolah dan kampung,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di program Bina Upaya Guru Pendidikan Islam Daerah Perak Tengah di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, petang tadi.

Ujarnya lagi, guru-guru agama bukan sahaja melahirkan modal insan, sebaliknya dalam masa yang sama, mereka menjadi penggerak bersama guru-guru di peringkat sekolah di dalam semua aspek.

“Kita sedia maklum bahawa mereka yang mempunyai nilai-nilai agama itu akan mencakupi semua aspek, bukan sahaja matapelajaran agama, tetapi lonjakan-lonjakan lain yang terlibat khususnya kepada aspek agama itu.

“Mereka tidak boleh untuk berskala pemikiran kecil, malahan mereka perlu melonjakkan nilai kreatif, inovasi dan juga atas nama ustaz dan ustazah, ianya merupakan jaminan yang cukup baik kepada mereka untuk mengajar dan mendidik termasuk juga di dalam lingkungan masyarakat,”jelas beliau.

Comments

The itunes store itself works within the itunes software application, and any music purchased from the itunes store is automatically downloaded and added to your bustling over here itunes library

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).