MOH LER KE PARIT KEKALKAN BUDAYA, UKHUWAHKAN SILLATURAHIM.

Gulai masak taucu, ikan patin masak tempoyak, loghat anak Perak sejati, bazaar tertua di Perak, bangunan serba antik, semuanya di Parit.

Dalam meniti hiruk-pikuk bandar yang bingit di Ipoh, Peraknews berkesempatan menyertai program selama dua hari di kawasan luar bandar yang telah membuka mata mengenai keakraban masyarakat perkampungan yang amat unik itu.

‘Moh Ler ke Parlimen Parit’ – merupakan program yang disusun rapi dengan mengetengahkan aktiviti bersifat komuniti seperti ceramah keibubapaan oleh barisan penceramah ternama tanah air, senam robik yang disertai ratusan penduduk tempatan, malah pertandingan memasak gulai taucu daging yang jarang didengari umum.

Kedengaran agak ringkas, namun hakikatnya tinjauan mendapati masyarakat di Parit amat menggemari program yang membolehkan mereka berkumpul dengan jiran tetangga serta sahabat dari kampung-kampung sekitar.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, program berteraskan penyatuan komuniti daripada pelbagai lapisan itu yang merupakan kerjasama di antara kerajaan negeri, Pusat Khidmat ADUN Belanja serta PerakFm, berjaya mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Beliau yang juga ADUN Belanja berkata, lebih daripada 5,000 peserta menyertai program yang padat dipenuhi aktiviti ilmiah serta kesukanan, malah riadah itu dan menampakkan semangat kekitaan yang wajar dicontohi oleh daerah lain di sekitar negeri Perak.

“Terlalu banyak aktiviti yang diadakan yang bertujuan untuk meningkatkan semangat ukhuwah di kalangan masyarakat setempat dari Bota, Layang Kanan, Belanja, Tanjung Belanja, Lambor dan sekitar Parit ini.

“Antara aktiviti utama adalah Forum Perdana Keagamaan, pelepasan 6,000 anak ikan Tilapia Merah ke sangkar ikan encik Jamil Ahmad di Kg Ekor Lambat, pameran pelbagai agensi dan pertandingan-pertandingan mewarna, memasak, gubahan dan banyak lagi.

“Kita cungkil bakat terpendam orang-orang kampung, kita buat mereka seronok bersama dengan rakan-rakan dan kita kumpulkan kesemuanya dalam program yang sebenarnya merupakan satu kerjasama National Blue Ocean Strategy (NBOS ) di antara PerakFm dan agensi terlibat,” kata beliau.

Jelasnya, program itu dilihat merupakan satu kolaborasi bersepadu yang wajar diteruskan pada tahun-tahun akan datang dengan harapan lebih banyak agensi akan turut serta dan menyokong perlaksanaan tersebut.

Sementara itu, Ketua Bahagian Rancangan PerakFm merangkap penyelaras program, Fauzi Ramli berkata, pihaknya memilih Parit sebagai lokasi utama berikutan keunikan tersendiri yang dimilik oleh daerah tersebut.

“Di sini ada Sungai Perak, dah tentulah masakan gulai, resepi ikannya memang asli, loghat Perak yang amat menarik, antara penempatan masyarakat Melayu terawal, malah kerjasama yang diberikan oleh komuniti adalah amat memberangsangkan.

“Harapan kami, daerah-daerah lain dapat merujuk kepada kami agar kami dapat datang dan menganjurkan pula aktiviti sebegini di kawasan mereka agar semua pihak dapat saling bertukar tukar idea dan pendapat dan mengeratkan hubungan jalinan mesra di antara agensi serta komuniti setempat,” katanya lagi.

Februar 2016 um 18 11 rücksichtslose ideologische bildungspolitik kann ich hausarbeit-agentur.com/ dazu auch nur sagen

LEBIH 1,000 HADIRI FORUM PERDANA DI PARIT.

Lebih daripada 1,000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan khusyuk mendengar intipati Forum Perdana Keagamaan anjuran PerakFm di Dataran Pekan Parit. ‘Anak dan Harta’, itulah tajuk yang menjadi topik yang menimbulkan pelbagai perasaan kelakar, sedih malah kesedaran di kalangan mereka yang hadir dalam forum yang dianjurkan bersama Pusat Khidmat dan Aduan DUN Belanja tersebut. Dirasmikan oleh Ahli Parlimen Parit, Datuk Zaim Abu Hassan, forum ilmiah itu merupakan sebahagian daripada program? ‘Moh Ler ke Parlimen Parit’ yang berlangsung selama dua hari di sekitar daerah tersebut. Barisan penceramah yang berjaya mencuit perhatian penonton di dataran pekan tersebut antaranya adalah ?Ustaz Harith Fadzilah Abdul Halim(Timbalan Pengarah JAIPk) dan Ustaz Azhar Latif (penceramah tausiah PerakFm). Selain itu, hadirin juga dihiburkan dengan alunan lagu-lagu nasyid dari kumpulan Hijjaz di samping berpeluang bergambar dengan artis tanah air itu. “Mana penting, harta kekayaan duniawi kita yang kita kumpul sejak mula bekerja, disayang-sayang dan dikumpul-kumpul sehingga boleh bergaduh dibuatnya atau anak-anak kita, anugerah Allah s.w.t yang merupakan rezeki kita, tapi kita buat macam apa? ? “?Kadang-kadang kita sepak, kita buat anak kita ni macam tempat lepas geram, tak lulus peperiksaan kita herdik kita marah sedangkan kita tak tanya apa masalah dia?, demikian antara ulasan forum yang membuatkan ramai hadirin terdiam sejenak. Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria pula bertindak sebagai moderator dalam forum yang bermula sekitar 8.30 malam dan berakhir lewat 11 malam itu. ?Sayed? Jamaluddin Sayed Abu Hassan, 42, salah seorang penonton dalam forum itu berkata, dia mendapat banyak intipati yang memberikannya kesedaran serta kaedah dalam mendidik anak-anaknya yang kini sedang melangkah ke alam persekolahan. ? Dia yang bekerja sebagai pemandu lori mengakui ramai rakan-rakannya lebih gemar meletakkan tanggungjawab dalam membentuk anak-anak kepada isteri dengan alasan bahawa kaum suami harus menumpukan perhatian mereka di bidang kerjaya masing-masing.? “Jujur saya katakan, saya tidak begitu sedar pentingnya, besarnya tanggungjawab seorang bapa dalam menjadi contoh terbaik seorang anak kerana yakin isteri dapat menjalankan kesemua tugas membesarkan mereka. “Sekadar bertanya mengenai rutin harian anak-anak kita, mengasuh mereka untuk menjalankan ibadah solat sejak kecil dan membimbing mereka dalam pergaulan dengan orang tua serta orang sekelililing setiap hari, penat macam mana pun saya rasa boleh dilakukan oleh seorang bapa-itulah yang saya pelajari dalam forum ini,”katanya kepada Peraknews. Bapa kepada tiga orang anak? ini berpendapat ibubapa pada hari ini terutamanya di kawasan luar bandar harus peka mengenai perkembangan dunia luar agar mereka dapat memberikan nasihat kepada anak-anak yang bakal melangkah ke luar ketika menginjak usia dewasa kelak.
Reed said, a school employee entered a room help me write a story on sept

05 DISEMBER 2015, SABTU

08:30 AMPerasmian Kenduri Khatan Perdana URMC 2015 di Pusat Perubatan UNIKL RCMP, Jalan Labrooy, Ipoh.

11:00 AMMenghadiri Majlis Kesyukuran Cucunda dan Majlis Pertunangan Anakanda YAB Menteri Besar Perak di Kediaman YAB Menteri Besar Perak.

03:00 PM – Merasmikan Mesyuarat Penubuhan Perkim Cawangan Parit di Dewan Sekolah Agama Rakyat Bota Kanan.

08:30 PMMenghadiri Malam Kemuncak Festival Puisi dan Lagu Rakyat (PULARA) ke 6  di Arena Pangkor, Pulau Pangkor.

Many educators who were interviewed by the researchers complained that the education department wanted major pieces of student data collected, and it wanted kumon homework sheets them quickly, said watson scott swail, the president of the educational policy institute

03 DISEMBER 2015, KHAMIS

10:30 AMMenghadiri Persidangan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia Bil. 2/2015 di Bilik Mesyuarat Utama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan  Aras 1 Bangunan PERKIM Kuala Lumpur.

02:00 PM Menghadiri Sesi Taklimat Bersama Menteri Pendidikan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Kuala Lumpur.

Der feinlinige und www.best-ghostwriter.com/ schlanke korpus der st

02 DISEMBER 2015, RABU

10:00 AMMenghadiri Mesyuarat EXCO.

03:00 PMLawatan Kerja ke Lokasi Kerap Berlakunya Kemalangan Berhampiran Station Komunikasi TLDM Seri Iskandar Bersama YB Dato’ Zainol Fadzi.

04:30 PMMenghadiri Majlis Penghargaan Atas Kejayaan Perak Tengah Dalam UPSR 2015 di Virgo Telok Batik.

The changes trigger web site the federal review, which could take months

01 DISEMBER 2015, SELASA

09:00 AMMenghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Ternakan Pintaf dan Pembangunan Padang Ragut Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Perkarangan Kompleks Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak.

03:00 PM – Menyerahkan Bekalan Komputer Kepada JKKK Kampung Pasir Gajah di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Gajah.

08:00 PMMenghadiri Majlis Makan Malam Jubli Perak SADC di Casuarina @ Meru.

Spend about $400 to switch my macbook pro hard drive from 250gb 5400 my survey right here rpm sata to 500gb ssd