PERAKTODAY6-1

IPOH: Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) Daerah Batang Padang dinobatkan sebagai Sekolah Terbaik Negeri Perak bagi keputusan peperiksaan I’dadi dan Thanawi 2015.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria selepas mengumumkan keputusan peperiksaan tersebut di Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah, pagi tadi.

Nizar berkata, seramai 2686 calon peperiksaan I’dadi dan 2022 calon peperiksaan Thanawi telah mengambil peperiksaan tersebut pada 26 hingga 29 Oktober lalu di 46 buah pusat peperiksaan.

“Secara keseluruhan, pencapaian peperiksaan I’dadi pada tahun 2015 menunjukkan peningkatan sebanyak 0.14 mata iaitu 2.37 mata pada tahun 2015 berbanding 2.51 mata pada tahun 2014.

PERAKTODAY7-1

“Bilangan yang memperolehi pangkat Mumtaz (cemerlang) bagi semua mata pelajaran bagi tahun 2015 sebanyak 595 orang iaitu meningkat sebanyak 5.14 peratus jika dibandingkan dengan tahun 2014 seramai 457 orang, iaitu 17.01 peratus,”katanya.

Mengulas lanjut, seramai 981 pelajar (36.52 peratus) memperolehi pangkat Jayyid Jiddan (amat baik), dan 774 (28.82 peratus) pelajar memperolehi pangkat Jayyid (baik).

Sementara itu, seramai 197 pelajar (7.33 peratus) memperoleh pangkat Maqbul (lulus), bagi semua mata pelajaran dan 139 pelajar (5.17 peratus) memperoleh pangkat Rasib (gagal) bagi semua mata pelajaran.

Pelajar terbaik bagi peperiksaan I’dadi ialah Umar Mohamad Danial dari SMTDR Daerah Kuala Kangsar.

Sementara itu, bagi peperiksaan Thanawi juga menunjukkan peningkatan sebanyak 0.01 mata iaitu 2.70 mata pada tahun 2015 berbanding 2.71 mata pada tahun 2014.

PERAKTODAY4-2

“Bilangan yang memperolehi pangkat Mumtaz (cemerlang) bagi semua mata pelajaran bagi tahun 2015 sebanyak 298 orang (14.74 peratus), meningkat sebanyak 0.31 peratus jika dibandingkan dengan 289 orang pada tahun 2014.

“Bilangan yang memperolehi pangkat Jayyid Jiddan (amat baik) bagi semua mata pelajaran bagi tahun 2015 seramai 590 orang (29.18 peratus) manakala yang memperolehi pangkat Jayyid (baik) bagi semua mata pelajaran ialah seramai 717 orang (35.46 peratus),”ujarnya.

Nizar berkata,, bilangan yang memperolehi pangkat Maqbul (lulus) bagi semua mata pelajaran ialah seramai 249 orang (12.31 peratus) dan yang memperolehi pangkat Rasib (gagal) ialah 168 orang (8.31 peratus).

Pelajar terbaik bagi peperiksaan Thanawi ialah Wan Anis Amirah Abdul Halim dari SMTDR Daerah Batang Padang.

Sementara itu,Pengetua SMTDR Daerah Batang Padang, Ridzuan Ahmad ketika ditemui melahirkan rasa syukur beliau di atas kejayaan para pelajarnya.

Ujarnya lagi, ini merupakan kali pertama sekolahnya dinobatkan sekolah terbaik bagi peperiksaan I’dadi dan Thanawi.

“Bagi peperiksaan I’dadi, kami berjaya dinobatkan sebagai sekolah terbaik pada tahun 2013, 2014 (tempat kedua) dan tahun ini kami berjaya merampas kembali gelaran sekolah terbaik.

“Manakala bagi peperiksaan Thanawi pula, ini merupakan pertama kali kami dinobatkan sebagai sekolah terbaik.

“Kejayaan ini merupakan kejayaan bersama hasil daripada kerjasama guru-guru dan pelajar yang bertungkus lumus dalam memberikan yang terbaik,”ujarnya.

Macy’s, walmart, kmart, sears, friday’s, outback, said write my papers in https://www.writepaper4me.com/ reyes, ticking off her list of recent unsuccessful job applications

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).