10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di SUK Ipoh.
10:30 AM – Menjawab Soalan Daripada ADUN Kubu Gajah Sempena Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di SUK Ipoh.
Keratan Akhbar / Portal / Perak News
Penguatkuasa Agama Perlu Pelihara Intergriti – Drs Nizar
Pegawai penguatkuasa agama mesti memelihara intergriti di dalam melaksanakan undang-undang syariah agar tidak dipandang serong oleh masyarakat.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, mereka perlu sentiasa istiqamah dengan mematuhi prosedur yang ditetapkan di samping memelihara kerahsiaan maklumat.
Dalam masa yang sama, kata beliau, mereka juga mesti berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan bagi memastikan kes-kes jenayah agama dapat dikurangkan dari masa ke masa.
“Apa yang kita inginkan ialah masyarakat menganggap pihak penguatkuasa adalah sahabat di dalam memastikan kehidupan teratur dan kesejahteraan dinikmati oleh majoriti rakyat,” katanya kepada Peraknews selepas merasmikan kursus ‘Mock Trial’ di INTIM, Ipoh pada Selasa malam.
Kursus yang dihadiri 50 pegawai dan penolong penguatkuasa agama itu dianjurkan bersama INTIM dan Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Syariah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
Drs Nizar berkata, kerajaan sentiasa berusaha untuk memperkasakan lagi penguatkuasa di negeri ini dengan penyediaan kemudahan dan latihan.
Beliau mengakui bahawa tugas penguatkuasa sekarang semakin mencabar kerana masyarakat semakin bijak dengan penggunaan media sosial, termasuk untuk menyebarkan ajaran sesat.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya pegawai penguatkuasa juga meningkatkan penguasaan teknikal mereka bagi melancarkan lagi pendakwaan kes.
“Output perlu ada supaya apa yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri memberi kesan kepada masyarakat dan mencapai matlamat,” ujarnya
Kursus sehingga Khamis itu antara lain bertujuan memberi gambaran lebih jelas mengenai bidang penguatkuasaan yang juga penting, selain pengurusan masjid, dakwah dan pendidikan.