10:00 AM – Menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di SUK Ipoh.
10:50 AM – Menjawab Soalan Daripada Changkat Jering Sempena Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di SUK Ipoh.
12:00 PM – Ramah Mesra di Kantin Sempena Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di SUK Ipoh.
12:45 PM – Sidang Media Sempena Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di SUK Ipoh.
07:00 PM – Bergambar Selepas Selesai Sesi Perbahasan Hari Ketiga, Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Yang Ketiga Belas Perak Darul Ridzuan di SUK Ipoh.
09:00 PM – Menghadiri Taklimat di Ipoh.
Keratan Akhbar / Portal / Perak News
Pendakwah Muda Perak Sentiasa Dilatih
Kerajaan negeri sentiasa prihatin dan peka memastikan pengupayaan modal insan di kalangan pelajar tahfiz diutamakan dalam usaha melahirkan golongan pendakwah muda yang berkualiti tinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, terdapat pelbagai program berteraskan pendidikan falsafah Islam telah diadakan bagi melatih golongan pelajar tahfiz untuk memberikan khidmat bukan sahaja di surau dan masjid, tetapi juga di kawasan setempat.
Menurut beliau, buat masa ini pelbagai program yang meliputi asas pendidikan termasuk jasmani, emosi dan sahsiah sentiasa diterapkan kepada golongan pelajar tahfiz baik dari latihan kerajaan negeri mahupun swasta.
“Kita sentiasa bekerjasama dengan sekolah-sekolah aliran agama untuk melatih mereka dari segi syarahan, pidato, berhujah dan berdebat, mata pelajaran Arab menurut falsafah pendidikan Islam.
“Selain itu, pelajar-pelajar ini juga sering diketengahkan ke majlis-majlis ihtifal agar mereka dapat menonjolkan diri dan melatih diri agar bersedia sebagai individu yang bukan sahaja dapat mengimamkan solat terawih semata-mata, tetapi juga di kampung dan kawasan komuniti masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Zulkifli Harun (BN – Lintang) di Sidang Dewan Negeri pada Khamis.
Sementara itu, Drs Nizar menambah bahawa terdapat beberapa faktor untuk menyelaraskan jadual waktu sistematik bagi 21 orang pelajar tahfiz di bawah kelolaan institusi kerajaan negeri yang berkhidmat sebagai imam di bulan Ramadan.
Jelasnya, sejumlah besar daripada mereka telah menjadi imam di surau sekolah masing-masing bukan sahaja di bulan Ramadan tetapi juga di waktu-waktu lain.
“Selain itu, semua pelajar ini juga terikat dengan jadual waktu ulang kaji dan kelas tambahan, faktor-faktor keselamatan ketika berada di luar kawasan sekolah malah faktor keizinan oleh ibubapa masing-masing.
“Memang terdapat perancangan bagi menyelaraskan jadual waktu bagi kesemua pelajar ini dan kerajaan negeri berharap dengan pendedahan yang diberikan di usia muda, impak elemen ilmu ini dapat menyemarakkan lagi semangat suci al-Quran untuk mereka pada masa hadapan,” katanya lagi.
Tambahnya, imbuhan dan elaun tambahan yang dicadangkan diberikan kepada pelajar tahfiz adalah tanggungjawab daripada jawatankuasa masjid dan surau yang menjemput mereka bagi memberikan khidmat di tempat masing-masing.