10:00 AM – Penyampaian Sumbangan Anak Yatim dan Pelajar Miskin di Sekolah Pakatan Jaya Ulu Kinta.

IMG_8519 IMG_8520 IMG_8522 IMG_8523 IMG_8524 IMG_8525 IMG_8526 IMG_8527 IMG_8528 IMG_8529 IMG_8530 IMG_8532 IMG_8534 IMG_8535 IMG_8536 IMG_8537 IMG_8538 IMG_8539 IMG_8540 IMG_8541 IMG_8542 IMG_8543 IMG_8544 IMG_8545 IMG_8546 IMG_8547 IMG_8548 IMG_8549 IMG_8550 IMG_8551 IMG_8552 IMG_8553 IMG_8554 IMG_8555 IMG_8556 IMG_8558 IMG_8559

06:30 PM Menghadiri Majlis Berbuka Puasa Meraikan Anak Yatim/ Miskin Peringkat Sekolah Kebangsaan Parit 2015 di Rumah Rehat Chempaka Sari.

IMG_8561 IMG_8562 IMG_8560 IMG_8563 IMG_8564 IMG_8565 IMG_8568 IMG_8570 IMG_8571 IMG_8572IMG_8566 IMG_8567 IMG_8569

07:15 PM – Menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Masjid Naqliah Padang Kangar.

IMG_8573 IMG_8574 IMG_8575 IMG_8576 IMG_8577 IMG_8578 IMG_8579 IMG_8580

 

11:25 PM – Menyaksikan Latihan dan Perlawanan Persahabatan Pasukan Piala Presiden Perak 2015 VS Pasukan PKNP di Padang Sultan Abd Jalil, Ipoh

IMG_8581 IMG_8582 IMG_8583 IMG_8584 IMG_8585 IMG_8586 IMG_8588 IMG_8589

 

 

Keratan Akhbar / Portal / Perak Today

70 Murid Miskin, Anak Yatim Terima Sumbangan Hari Raya

PERAK-TODAY-313

Ipoh: Seramai 70 orang murid miskin dan juga anak yatim daripada Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya di sini telah menerima sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria dalam satu majlis yang diadakan di sekolah berkenaan, di sini, hari ini.

PERAK-TODAY-412

Beliau berkata, sumbangan berkenaan dilihat mampu memberi kesan kepada penerima berikutan ia dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh murid-murid berkenaan serta keluarga mereka.

“Hari ini seramai 70 orang murid telah mendapat RM120 setiap seorang yang telah disumbangkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Perak (MAIPk) dan beberapa pihak lain.

“Aktiviti yang seumpama ini sebenarnya cukup memberikan kesan kepada murid-murid yang berada dimana-mana sekolah dalam negara termasuklah di negeri Perak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Hadir sama, Guru Besar SK Pakatan Jaya, Faridah Yusop.

PERAK-TODAY-513

Beliau juga berharap agar aktiviti seperti itu dapat diteruskan disamping mempelbagaikan lagi program lain bukan hanya pada bulan Ramadan tetapi juga secara berterusan.

“Saya berharap mana-mana sekolah yang berada di negeri Perak ini, supaya mereka turut libatkan diri dalam takwin tahunan untuk menyusun atur termasuklah di bulan Ramadan ini dengan mempelbagaikan aktiviti, baik dalam kalangan guru, murid termasuklah staf-staf diperingkat sekolah.

“Ia supaya kita dapat menyemarakan usaha-usaha juang dalam kontek ibadah kepada Allah SWT dan juga terhadap nilai dan falsafah pendidikan Jerry iaitu daripada segi pengukuhan emosi, rohani, serta nilai intelektual yang ingin kita lahirkan,” tegasnya.

PERAK-TODAY-610

Sementara itu, menurut salah seorang penerima, Nur Syuhadah Mohd Nordin, 12, beliau amat bersyukur kerana terpilih untuk menerima sumbangan tersebut.PERAK TODAY 1

Beliau yang merupakan anak bongsu daripada lima orang beradik dan telah kehilangan ayah berkata, sumbangan berkenaan akan digunakan untuk membeli kelengkapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

PERAK TODAY 2Seorang lagi penerima, Mohd Noor Faiq Noor Zilan, 12, berkata sumbangan berkenaan akan digunakan untuk simpanan bagi menyambung pelajarannya ke peringkat lebih tinggi.

Beliau yang kehilangan ayah kelihatan sangat gembira apabila menerima sumbangan tersebut.

“Saya gembira menerima sumbangan ini dan duit itu saya akan simpan dalam bank untuk kegunaan masa hadapan,” kata beliau lagi.

Our intention writemypaper4me.org review is to disrupt the empire, to make it hard for it to carry out its bloody functioning

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).