09:30 AM – Majlis Penyampaian Surat Tawaran Dan Borang 5A Bagi Peserta Rancangan Pertanian Berkelompok (RPB) Bakong Kuchai di Wilayah Bakong Kuchai Mukim Lambor Kiri Daerah Perak Tengah di Dewan Orang Ramai Kampung Kuchai Lambor Kiri.
02:30 PM – Ramah Mesra Dan Ziarah Sekitar DUN Belanja.
06:55 PM – Menghadiri Majlis Berbuka Puasa Di Daerah Perak Tengah Bersama DYAM Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan di Masjid Al-Azhar, Kg. Balun Bidai, Kg Gajah.
11:30 PM – Ramah Mesra Bersama Pegawai Daerah dan Kakitangan Selepas Majlis Berbuka Puasa di Kampong Gajah.
Keratan Akhbar / Portal / Perak Today
Jangan Bataskan Aktiviti Sepanjang Ramadhan
KAMPUNG GAJAH: Penganjuran pelbagai aktiviti termasuklah program majlis bersahur dan berbuka puasa anjuran pelbagai badan dan agensi antara lain membantu memupuk muafakat semua selain melakukan amal ibadah di bulan mulia ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan negeri Datuk Mohd Nizar Zakaria berbuka puasa bukan hanya dilaksanakan di rumah sahaja malah ianya dilaksanakan di peringkat masjid, surau mengikut kesesuaian dan perbincangan di peringkat komunitinya.
“Konsep majlis berbuka puasa ada bersifat gotong royong, catering yang melibatkan masjid dan surau dan ianya dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama umat Islam dan tidak mengira lapisan umur,” katanya.
Terdahulu, beliau turutmenyaksikan pertandingan kejohanan futsal ramadhan yang dianjurkan oleh Gelanggang Futsal Dynamic Bota yang telah dihadiri lebih 28 pasukan seluruh daerah dan para belia setempat.
” Salah satu aktiviti disamping berpuasa tetapi ada aktiviti lain dianjurkan ini sebenarnya mengambarkan keseluruhan kita melakukan ibadah puasa menahan diri daripada makan dan minum dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan juga dapat dipupukkan.
“Ada juga lokasi penganjuran komuniti turut melibatkan institusi awam dan swasta serta agensi kerajaan yang terlibat,” katanya.
Tambahnya lagi, program bersahur yang dianjurkan juga memberikan kesan yang cukup baik buat pelbagai agensi mencari ruang dan peluang khususnya menyalurkan input kepada generasi belia.
Beliau berkata demikian sejurus selepas menghadiri majlis bersahur di Padang Changkat anjuran peringkat jawatankuasa kampung di sini pagi tadi.
“Ini melambangkan keharmonian dalam cita rasa dalam bentuk penganjuran program berbuka puasa dan bersahur bukan hanya di rumah tetapi lokasi lain,” katanya.
Katanya terdapat juga agihan makanan berbuka di kawasan lebuh raya dan uniknya negara kita kombinasi yang baik bagi melaksanakan amal ibadah dan memupuk semangat bekerjasama.