12:30 AM – Ramah Mesra dan Jamuan Makan Meraikan Pemain Pasukan Bola President, Pegawai dan Julatih di Restoran Nasik Lemak Ayam Kampung, Ipoh.
11:00 AM – Majlis Penyerahan Inisiatif dan Duit Raya Kepada Pelajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Perah.
07:25 PM – Menghadir Majlis Berbuka Puasa di Clearwater Sanctuary Golf Resort Batu Gajah.
Keratan Akhbar / Portal / Perak News
Sekolah Harian Disaran Banyakkan Program Keagamaan
Sekolah harian biasa di negeri ini disarankan supaya memperbanyakkan program keagamaan bagi merealisasikan usaha melahirkan modal insan yang berilmu dan beramal.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, pelbagai program boleh dilakukan seperti khatam al-Quran beramai-ramai .
Menurut beliau, kerajaan negeri sentiasa menggalakkan program seumpama itu kerana ia mampu membentuk keperibadian pelajar, sekaligus mengelakkan mereka melakukan perkara-perkara yang tidak diingini.
“Program keagamaan itu bukan sahaja melibatkan pelajar sahaja, malah ia juga boleh melibatkan guru-guru serta kakitangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis khatam al-Quran dan penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan murid miskin Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya, Ulu Kinta pada Selasa.
Hadir sama Guru Besar sekolah itu, Faridah Yusof.
Pada majlis itu, seramai 51 orang murid mengambil bahagian dalam khatam al-Quran dan 70 pelajar anak yatim dan miskin sekolah tersebut menerima sumbangan duit raya.
Drs Nizar berharap sumbangan itu serba sedikit membantu meringankan beban kewangan keluarga murid-murid berkenaan, khususnya untuk membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Dalam pada itu, beliau yang juga ADUN Belanja berharap, umat Islam akan menyambut Hari Raya tahun ini dalam suasana gembira di kampung halaman masing-masing, di samping mengeratkan silaturrahim sesama mereka.
“Bagi yang memandu untuk pulang ke kampung, pastikan kenderaan telah diselenggara dengan baik, jangan memandu laju, berhati-hati dan bertimbang rasa semasa di jalan raya,” ujar beliau.