12:30 AM – Ramah Mesra dan Bersahor di Padang Changkat.
09:00 AM – Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Fakir Miskin Anak Yatim dan Orang Kelainan Upaya di Balai Lentang Masjid Ibnu Salam Kg Pengkalan Pegoh, Lahat.
06:45 PM – Menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama DYMM Sultan Perak Serta Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Hakim Syarie, Pegawai Maipk, Peg. Jaipk, Baitulmal Negeri dan Daerah, Mudir Sekolah Agama, Badan Dakwah Islam dan Imam Masjid Bersama DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Keratan Akhbar / Portal / Perak Today
Karnival Industri Asas Tani Mampu Jana Pendapatan Usahawan
TELUK INTAN: Karnival Industri Asas Tani yang telah dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mampu menjana pendapatan usahawan terutamanya Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri Perak.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria, karnival seumpama itu mampu membantu golongan tersebut untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.
“Kalau kita tengok inisiatif agensi khususnya FAMA ini melibatkan usahawan-usahawan yang ada di setiap pelosok kampung mahupun daerah.
“Kita kumpulkan di satu tempat untuk mereka diberi ruang bagi menjana pendapatan khususnya untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka,” katanya.
Ujar beliau, karnival berkenaan dapat menghimpunkan pelbagai jenis produk yang mampu menarik minat pengunjung untuk membeli barangan tersebut.
“Hari ini kita kena yakin dan percaya bahawa produk-produk iks, pks ini sebenarnya telah mampu bersaing dan berada di tempat yang cukup tnggi.
“Itu sebab bila adanya karnival khususnya diperingkat FAMA, sudah pasti orang akan hadir yang mana kalau kita lihat pada hari ini, 29 usahawan yang kita kumpulkan di sini berjaya menjana pendapatan mencecah RM1 juta,” tambah beliau lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan karnival berkenaan di sini, hari ini.
Turut hadir sama, Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak, Pengarah FAMA Perak, Basri Jasmo dan juga Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, Datuk Ibrahim Ahmad
Nizar juga berharap agar pengguna dapat memberi sokongan terhadap usahawan tempatan bukan hanya apabila tiba musim perayaan, malahan untuk masa-masa lain.
Dalam pada itu, beliau berkata, banyak bantuan yang diberikan kepada usahawan yang mahu menjana pendapatan mereka.
“Antaranya, sudah enam bulan kita buka Pusat Pertumbuhan Usahawan yang berada di depan Bangunan Perak Techno Trade Centre (PTTC) dekat Meru.
“Ia merupakan nadi kepada usahawan yang dikelolakan oleh PKNP untuk kita anjurkan program dan pada masa yang sama tempat untuk kita membantu usahawan daripada segi geran, mahupun kursus-kursus dan memperolehi segala perkhidmatan yang berkaitan.
Tegasnya ia merupakan salah satu usaha yg cukup komited daripada pihak Kerajaan Negeri utk melihat penjanaan ekonomi khususnya daripada usahawan-usahawan yang terdapat di negeri Perak.
Terdahulu, beliau telah melawat ke 29 buah gerai yang terdapat di Karnival Industri Asas Tani bertempat di Dataran Menara Condong Teluk Intan.
Karnival yang berlangsung selama kira-kira sebulan berkenaan menghimpunkan peniaga dengan produk antaranya kuih raya, baju, dan juga pelbagai produk lain.
Beliau juga turut mengambil peluang untuk mengacau bubur lambuk yang kemudiannya diberikan kepada pengunjung yang berada di karnival berkenaan.