03:30 PM – Penyerahan Cek Bantuan Baikpulih Masjid Dan Surau di Heritage Hotel Jalan Raja Dihilir, Ipoh.
05:30 PM – Majlis Penyerahan Bendera Kepada Ketua Kontinjen Perak Sempena Kejohanan Sekolah-sekolah Agama Peringkat Kebangsaan (KESUMA) 2015 dan Penyerahan Sweater Rasmi Untuk Majlis Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan di INTIM Ipoh.
09:00 PM – Ramah Mesra dan Bermain Badminton di SMKDARY Bota.
Keratan Akhbar / Portal / Perak Today
11 Masjid dan Surau di Perak Terima Peruntukan Untuk Projek Baik Pulih
IPOH: Sebanyak lebih RM450,000 telah diperuntukan untuk tujuan membaik pulih 11 buah masjid dan surau di negeri Perak.
Peruntukan tersebut termasuklah untuk membaik pulih prasarana, kemudahan dan juga menambah keluasan masjid atau surau berkenaan untuk keselesaan jemaah.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri itu menunjukkan keprihatinan terhadap keselesaan para jemaah untuk melakukan ibadah.
“Hari ini kita beri peruntukan daripada Kerajaan Negeri hasil daripada maklumat MAIPk dan JAIPk kepada masjid dan surau untuk membaik pulih sebanyak 11 masjid dan surau.
“Peruntukan adalah sebanyak RM452,428.20 yang diberikan hari ini merupakan tanda keprihatinan kerajaan untuk melihat dan membantu dalam usaha memberi keselesaan kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan peruntukan projek baikpulih masjid dan surau di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya juga turut menghargai segala usaha-usaha yang difikirkan oleh jawatankuasa masjid dan surau.
“Ini merupakan pengiktirafan dan mudah-mudahan dengan peruntukan yang diberikan ini, maka banyak usaha-usaha untuk mengimarahkan masjid ataupun surau dapat dilakukan,” jelasnya.
Beliau turut menyeru agar pengurusan masjid serta pegawai perlu peka dengan persekitaran masjid dan surau di kawasan mereka.
“Kalau boleh adakan mesyuarat setiap bulan dengan merancang dan merencana program-program yang melibatkan masjid serta surau di negeri Perak kita,” tambah beliau lagi.
Di Negeri Perak terdapat sebanyak 681 buah masjid dan sebanyak 2,500 buah surau.