09:30 AM – Menghadiri Kolokium PHD dengan Tajuk Pengamalan Prinsip Kesederhanaan Dalam Gagasan 1Malaysia Ke Arah Perpaduan Kaum di UUMKL.

IMG-20150604-WA0013 IMG-20150604-WA0020 IMG-20150604-WA0030 IMG-20150604-WA0018 IMG-20150604-WA0019 IMG-20150604-WA0021 IMG-20150604-WA0014 IMG-20150604-WA0015 IMG-20150604-WA0016 IMG-20150604-WA0017 IMG-20150604-WA0022 IMG-20150604-WA0023 IMG-20150604-WA0031 IMG-20150604-WA0025 IMG-20150604-WA0024 IMG-20150604-WA0026 IMG-20150604-WA0027 IMG-20150604-WA0028 IMG-20150604-WA0029

9:00 PM Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Perak Tengah di Pejabat Koperasi Pemuda Seri Iskandar.

IMG-20150604-WA0040 IMG-20150604-WA0039 IMG-20150604-WA0041 IMG-20150604-WA0042 IMG-20150604-WA0043 IMG-20150604-WA0044 IMG-20150604-WA0045 IMG-20150604-WA0046 IMG-20150604-WA0047 IMG-20150604-WA0048

 

Keratan Akhbar / Portal / UMNO-Online

Samakan Muktamar Dengan Kenduri Kahwin Lucu Dan Memalukan

PARIT, 3 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja, Datuk Nizar Zakaria menyifatkan Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu cuba bersilat lidah bagi mempertahankan tindakan Dap yang langsung tidak menghantar sebarang wakil dalam Muktamar Pemuda parti itu semalam.

Malah tegasnya tindakan Mat Sabu menyamakan ketidakhadiran Dap dalam muktamar itu seperti orang pergi ke jemputan kenduri bukan sahaja lucu malah amat memalukan.

“Ini bukan jemputan kenduri untuk makan atau apa, ini adalah jemputan parti. Pas, Dap dan PKR adalah parti gabungan walaupun tidak sah gabungannya namun mereka bersetongkol. Jika Dap gagal untuk hadir ini bermakna bukan mereka tidak dapat hadir tetapi kerana mereka memang tidak mahu hadir.

“Dalam erti kata lain adalah Dap boikot Pas. Setiausaha Pengelola Dap, Anthony Loke juga telah mengesahkan bahawa parti itu tidak akan menghantar wakil untuk menghadiri muktamar Tahunan Pas ke-61 tahun ini.

“Ini bukti tanda Dap protes. Langsung tiada semangat setiakawan yang digambarkan dalam gabungan tidak sah mereka ini. Sebab itu mereka tidak berani untuk mendaftarkan penyatuan ketiga-tiga parti,” ujarnya kepada UMNO-Online.

dmatsabunTambah Nizar, sejak dulu lagi prinsip dan perjuangan Pas, Dap dan PKR tidak pernah mencapai kata sepakat.

“Kesepakatan mereka hanyalah untuk menumbangkan UMNO. Kerana itulah mereka sering bertelagah dan bercakaran sesama sendiri.

“Akhirnya, persengketaan yang cuba disembunyikan sekian lama terbongkar juga. Muktamar Pas menjadi saksi pakatan pembangkang sememangnya bakal runtuh”, katanya.

Selain itu ujar Nizar, keengganan Dap untuk hadir pada Muktamar Pas ini juga adalah satu tanda ‘benci’ Dap kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Dap kan sudah putuskan sebarang hubungan dengan Hadi Awang. Jadi inilah masanya mereka tunjukkan yang mereka tidak suka dan tidak mahu ada kaitan dengan Hadi Awang.

“Jadi, rakyat nilailah sendiri bagaimana sikap pembangkang ini. Jika rakan sendiri mereka mampu untuk tikam belakang maka tidak mustahil nasib rakyat bakal hancur jika mereka diberi mandat.

“Ini amat berbeza dengan Barisan Nasional (BN) dan juga UMNO. Walau kita ada persengketaan namun bila tiba masanya kita tetap bersatu atas dasar parti. Kita tetap terus memberi sokongan kepada pucuk pimpinan.

“Itulah semangat setiakawan yang utuh dan membuatkan UMNO dan BN terus utuh menjadi peneraju negara,” ujarnya. – MediaUMNO

The state supreme court is scheduled to hear arguments early next month on the opportunity https://www.justbuyessay.com/ scholarships

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).