09:30 AMMenghadiri Program MEMBARA Wanita dan Ceramah Agama Oleh Ustaz Harith Fadzilah Bin Abd. Halim Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak di Masjid Parit.

IMG-20150606-WA0002 IMG-20150606-WA0009 IMG-20150606-WA0003 IMG-20150606-WA0006 IMG-20150606-WA0007 IMG-20150606-WA0008 IMG-20150606-WA0010 IMG-20150606-WA0011 IMG-20150606-WA0012 IMG-20150606-WA0014 IMG-20150606-WA0015 IMG-20150606-WA0016 IMG-20150606-WA0017 IMG-20150606-WA0018

03:00 PM – Merasmikan Mesyuarat Agong Koperasi Johan Tanjung Rambutan di Dewan Tapisan Air Ulu Kinta.

IMG-20150606-WA0020 IMG-20150606-WA0021 IMG-20150606-WA0027 IMG-20150606-WA0019 IMG-20150606-WA0040 IMG-20150606-WA0041 IMG-20150606-WA0025 IMG-20150606-WA0026 IMG-20150606-WA0023 IMG-20150606-WA0037 IMG-20150606-WA0034 IMG-20150606-WA0039 IMG-20150606-WA0035 IMG-20150606-WA0022 IMG-20150606-WA0024 IMG-20150606-WA0038 IMG-20150606-WA0028 IMG-20150606-WA0036    IMG-20150606-WA0029 IMG-20150606-WA0030 IMG-20150606-WA0031 IMG-20150606-WA0029

09:00 PMRamah Mesra dan Menyampaikan Sumbangan Baju Kepada Kumpulan Rebana Chopin Kanan di Chopin Kanan.

IMG-20150606-WA0045 IMG-20150607-WA0014 IMG-20150607-WA0008 IMG-20150607-WA0004 IMG-20150607-WA0005 IMG-20150607-WA0006 IMG-20150607-WA0007 IMG-20150607-WA0009 IMG-20150607-WA0010 IMG-20150607-WA0011 IMG-20150607-WA0000 IMG-20150607-WA0013  IMG-20150607-WA0016 IMG-20150607-WA0017

 

 

Keratan Akhbar / Portal / Perak Today

Peniaga Perlu Pastikan Premis Bersih, Elak Penarikan Balik Sijil

Halal

PERAK-TODAY-73

IPOH: Peniaga dinasihatkan untuk tidak alpa tentang kebersihan pembuatan produk mereka dan persekitaran premis serta sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, pihak tersebut tidak seharusnya hanya membuat yang terbaik untuk mendapatkan pengiktirafan sijil halal.

“Mereka perlu untuk menjaga nilai daripada sijil halal tersebut dan itu merupakan ikatan kita khususnya kepada pengguna umat Islam yang ada di negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penarikan balik sijil halal bagi syarikat PCK Processing and Marketing Enterprise yang beroperasi di Seri Manjung.

Tambahnya, sikap segelintir pemilik perniagaan yang hanya mementingkan kebersihan pada permulaan proses permohonan sijil halal adalah tidak sewajarnya berlaku.

“Walaupun diperingkat awal itu mereka menjaga setiap daripada premis mereka termasuklah pusat penyembelihan ataupun proses-proses makanan yang sememangnya pegawai kita akan melakukan pemantauan.

“Tetapi apabila lama-kelamaan, berlakunya perkara yang melanggar peraturan tertentu dan apabila kita memantau memang perkara tu berlaku, maka kita menarik balik pengiktirafan sijil halal berkenaan,” jelasnya.

PERAK-TODAY-83

Beliau juga telah memberi peringatan kepada pemegang-pemegang sijil halal untuk menjaga pengiktirafan tersebut kerana itulah standard yang telah ditetapkan sebagai umat Islam untuk berbelanja dan membeli.

“Jaga sebaik mungkin kerana ianya akan merugikan peniaga itu sendiri.

“Kita diperingkat kerajaan iaitu JAKIM, kita hendak menjaga komuniti umat Islam dan ini tugas kita,” tegasnya.

Ujarnya, peniaga harus menerima sama ada suka atau tidak sekiranya pengiktirafan itu ditarik balik kerana berlakunya bentuk-bentuk pelanggaran.

Sementara itu, beliau turut memperingatkan kepada premis-premis yang membuat bufet ramadhan sempena bulan puasa yang bakal tiba tidak lama lagi untuk memohon sijil halal daripada pihak JAKIM.

“Perkhidmatan hotel dan sebagainya perlu mendapat pengiktirafan sijil halal kerana kita tahu ada beberapa hotel dan pusat peranginan tidak mempunyai sijil tersebut.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, kita mengesyorkan bahawa mereka perlu mempunyai sijil halal kerana itu merupakan nilai sentiviti khususnya kepada umat Islam di negara kita,” tegas beliau lagi.

Terdahulu, keputusan penarikan balik sijil halal bagi syarikat PCK Processing and Marketing Enterprise telah dibuat melalui Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Negeri Perak Bil. 4/2015 yang telah dilaksanakan pada 29 Mei lalu.

Satu surat bertarikh 1 Jun 2015 yang telah tersebar melalui aplikasi Whatsapp menyatakan bahawa penarikan sijil berkenaan disebabkan oleh syarikat tersebut telah melanggar Prosedur Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) setelah diberi notis NCR sebanyak dua kali

Charging bucks for a service, that isn’t even worth dividends using for free for starters

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).