IMG-20170309-WA0031

TITI GANTONG : Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengadakan lawatan ke Kompleks Pertanian Titi Gantung, di sini, hari ini.

IMG-20170309-WA0033

Zambry yang meluangkan masa hampir dua jam di situ turut berkesempatan melawat ladang kelulut, ladang jagung dan meninjau pelajar yang menduduki peperiksaan Asas Pemprosesan Makanan.

Lawatan itu merupakan salah satu program yang dianjurkan bersempena dengan Program Permukiman Menteri Besar ke Daerah Perak Tengah yang akan berakhir Sabtu ini.

IMG-20170309-WA0035

Menerusi satu kenyataan, Pusat Kecemerlangan Kelulut Titi Gantong ditubuhkan pada 21 Mac 2016 dan dibangunkan dengan usaha sama penternak kelulut di Kompleks Pertanian Titi Gantong.

IMG-20170309-WA0037

Ianya menjadi pusat sehenti untuk rujukan kepada pegawai, peserta dan orang ramai yang berminat untuk mempelajari bidang kelulut.

Sementara itu, Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Titi Gantong juga mengusahakan tanaman jagung manis dan tanaman sayur buah.

TKPM Titi Gantong memberikan sumbangan pengeluaran sebanyak 1,307 tan metrik hasil pertanian dengan nilai RM2.3 juta kepada pengeluaran pertanian Malaysia bagi tahun 2015.

Penanaman beberapa jenis jagung manis telah dijalankan oleh peserta-peserta TKPM sendiri untuk mengenalpasti jenis yang memberikan prestasi hasil terbaik dari aspek kualiti dan kuantiti.

As easy as that might sound, it doesn’t https://phonetrackingapps.com/track-any-cell-phone-free-in-the-world-by-gps always work