PERAK-TODAY-2-5

SERI ISKANDAR: Institut Pertanian Titi Gantung dilihat berpontensi untuk dinaiktaraf sebagai Kolej Universiti menerusi langkah strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerjasama itu bukanlah bertujuan untuk  mengambil alih pengurusan tetapi meliputi perkongsian pusat latihan dan kelayakan akademik yang pelbagai.

 PERAK-TODAY-9-2

“Institut Pertanian Titi Gantung telah berusia lebih 40 tahun dan memiliki tenaga pengajar yang cukup berpengalaman jadi ia sangat berpontensi untuk diperkembangkan,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau terdahulu merasmikan festival Seni Budaya Negeri Perak “Budi Dicurah Seni Terserlah” bagi penutup Bengkel Apresiasi Seni Budaya siri 3 Dan perasmian Dewan JKK Kg. Telok Kepayang sempena program Permukiman Menteri Besar di Daerah Perak Tengah hari ini.

PERAK-TODAY-13

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir mencuba permainan gasing pada Majlis Penutup Bengkel Apresiasi Seni Budaya Siri 3 di PerkaranganDewan JKKK Kg, Teluk Kepayang, Bota.

Beliau turut mengesa agar Jabatan pertanian dan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) untuk melihat pendekatan strategi kerjasama itu dengan melibatkan agensi kerajaan lain.

“Kerajaan negeri telah mewujudkan  USAS konsep universiti dan jika adanya kerjasama dengan pusat latihan ia boleh dinaiktaraf dan diletak dibawah kelolaan universiti,” katanya lagi.

Jelasnya USAS turut bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Pusat serta Persekutuan bagi menadaptasi konsep kerjasama itu.

Terdahulu beliau turut merasmikan majlis pecah tanah dan pelancaran Projek Rumah Amanjaya di Seri Iskandar yang melibatkan pembinaan 122 unit rumah.

Ujarnya, ia tersebut merupakan projek pertama menerusi pengurusan lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) sepenuhnya.

“Ia adalah bukti komitmen kerajaan dan kita berharap akan ada kerjasama dengan pihak agensi kerajaan negeri juga swasta,” katanya.

This includes watch automatically locking and unlocking the display when it’s lifted or laid down, with enough magnetic stability to avoid accidental activation of the screen