IPOH: Setiap usahawan bumiputera perlu memiliki sijil halal dalam penghasilan produk mereka lantas berupaya membantu mereka bersaing dengan usahawan-usahawan yang lain sama ada di dalam negara atau di luar negara.

Dalam memastikan setiap usahawan Muslim memperoleh peluang dan pengiktirafan dari segi perniagaan yang dijalankan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Wilayah Perak telah menganjurkan Program Transformasi Halal PKS Perak 2015 di sini pagi tadi bertujuan memberi pendedahan kepentingan industri halal kepada para usahawan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri Perak, Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria menyatakan program yang dianjurkan ini adalah salah satu dimensi untuk mengajak dan menarik usahawan di negeri ini bagi memastikan produk mereka mengikut standard dan piawaian halal.

“Negara kita merupakan pelopor dalam industri halal dan banyak negara-negara jiran suka apabila kita mengadakan seminar atau program seperti ini, contohnya Thailand. Terdapat 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia yang mempunyai kesedaran tentang status halal dan dengan memiliki status ini, ianya akan memberi keyakinan kepada masyarakat dunia,” ujarnya dalam sidang media setelah selesai merasmikan majlis ini.

PERAKTODAY32PERAKTODAY25PERAKTODAY24

Menurutnya, program yang dianjurkan ini juga adalah bagi membantu usahawan-usahawan Muslim di kampung dalam menambah baik dan memasarkan produk mereka mengikut standard yang telah ditetapkan.

“Di negara kita, 67 peratus industri halal dikuasai oleh usahawan bukan Islam, dan hanya 33 peratus usahawan Islam berjaya dalam industri ini. Oleh itu saya mencadangkan agar Kerajaan mewujudkan pasukan petugas dari setiap agensi berkenaan bagi membantu usahawan-usahawn Muslim ini agar mereka terus maju ke hadapan dan tidak berhenti separuh jalan,” ujarnya.

Jelas Nizar, kewujudan pasukan petugas khas ini adalah bagi menjadi mentor, memberi nasihat dan membantu para usahawan dalam mendapatkan sijil halal mengikut standard dan piawaian.

Beliau berkata, transformasi bukan sahaja perlu berlaku pada produk, tetapi juga kepada diri usahawan.

“Kebanyakan usahawan Islam berasa yakin dengan produk mereka dan tidak mementingkan pengiktirafan sijil halal tetapi ia sebenarnya merugikan diri mereka sendiri.

“Banyak usahawan bukan Islam mahu status halal bagi meyakinkan pengguna, jadi orang Islam perlu mengambil langkah yang sama,” katanya.

Nizar menyatakan sebanyak 511 orang pemilik sijil halal di Negeri Perak pada tahun 2014. Pada tahun 2015, keseluruhan pemilik sijil halal di negara ini adalah sebanyak 2704 orang. Dalam pada itu, program yang dianjurkan di sini hari ini turut memperlihatkan upacara penyampaian sijil tamat latihan kursus di bawah Program Mudahcara Halal 2015 yang melibatkan 26 peserta.

In 2015, the town of croydon sent several http://homework-writer.com/ students to a montessori school