Kerajaan dicadang menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bertindak (Task Force) bagi membantu meningkatkan bilangan usahawan kecil dan sederhana (IKS) Islam dalam industri makanan halal.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Sahsiah Negeri Perak, Datuk Drs. Mohd Nizar Zakaria, ini kerana pencetus inovasi industri makanan halal yang dulunya dikuasai umat Islam telah dikuasai oleh bukan Islam sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata, sehingga tahun ini sahaja lebih 5,000 atau 67 peratus usahawan makanan bukan Islam telah diberikan sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berbanding lebih 2,000 atau 33 peratus usahawan Islam.

“Senario ini perlu diperbetulkan dan diharapkan dengan penubuhan jawatankuasa bertindak ini akan dapat meningkatkan bilangan usahawan makanan Islam yang memiliki sijil halal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Halal Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) Perak 2015 di Hotel WEIL, Ipoh pada Selasa.

Lebih 100 Usahawan Kecil dan Sederhana Bumiputera hadir di program itu yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI) Wilayah Perak dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Keusahawanan Bumiputera dan Halal Industri Development Corporation (HDC).

Menurut Drs Nizar, senario kurang baik itu berlaku disebabkan sikap umat Islam itu sendiri yang memandang ringan tentang isu pemilikan sijil halal ini.

“Ini disebabkan orang Islam terlalu yakin apabila berniaga halal itu ada pada mereka maka adalah menjadi tugas jawatankuasa bertindak untuk memecahkan sikap dan pemikiran ini agar umat Islam dapat terus bersaing dengan bukan Islam dalam industri halal,” ujarnya.

Beliau berkata, usahawan Bumiputera hari ini tidak boleh menjadi `juara kampung’ tetapi mereka mesti mempunyai kekuatan bersaing yang berterusan untuk berada ditempat yang lebih tinggi.

Among the proessaywriting.org nation’s leaders, iowa, new jersey, and wisconsin each graduates more than 80 percent of all high school students