IPOH: Isu tunggakan elaun imam dan bilal di masjid-masjid sekitar kawasan Perak telah diselesaikan oleh Kerajaan Negeri.

Kenyataan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria pada sidang media di bilik sidang media Dewan Undangan Negeri pagi tadi.

“Proses pembayaran telah dibuat pada minggu lepas dan kita faham peranan imam dan bilal ini cukup penting.

“Kerajaan Negeri juga telah naikkan elaun yang diberi daripada RM200 kepada RM300,” ujarnya ketika mengulas isu yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada sesi perbahasannya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Menurut Nizar, tidak akan ada lagi perkara berbangkit mengenai isu ini kerana kelewatan bayaran sebelum ini adalah bersifat penyelarasan.

Dalam pada itu, beliau menegaskan tidak ada campur tangan politik dalam urusan pelantikan jawatankuasa masjid.

“Kita tidak pernah halang mana-mana individu yang mahu mencadangkan atau memohon untuk menjadi ahli jawatankuasa masjid.

“Pelantikan ahli jawatankuasa masjid adalah berasaskan peruntukan yang dipengerusikan Orang Besar Jajahan,” ujarnya lagi.

But, relax as reveal more info long as you have some stuff out there, the folks at hunie will get in touch soon, so this seems more like an anti-spam feature than an evaluation process