IPOH: Setiap lantikan imam di masjid-masjid yang terdapat di sekitar kawasan Perak telah melalui Prosedur Kendalian Operasi (SOP) dan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria menyatakan Majlis Agama Islam (MAI) dan Adat Melayu Perak (AMP) telah mentauliahkan seramai 1 481 orang imam bagi memenuhi keperluan masjid di seluruh negeri Perak.

“Antara syarat yang perlu dipatuhi ialah calon imam hendaklah mengisi borang pencalonan,selepas itu akan ada satu sesi temuduga dan jika lulus, nama calon akan dibawa dalam mesyuarat MAI dan AMP untuk lantikan”, ujarnya ketika menjawab soalan lisan daripada Abu Bakar Hussain (Titi Serong- PAS) dalam mesyuarat Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-13, hari ini.

Menurutnya, antara kelayakan pegawai masjid yang membolehkan mereka dilantik selaku imam adalah pemohon tidak boleh melebihi umur 60 tahun pada masa lantikan dibuat.

“Mereka juga harus sihat tubuh badan serta tidak mempunyai kecacatan anggota yang boleh menjejaskan keupayaan fizikal dan mental.

“Tidak dapat dinafikan terdapat calon yang dilantik melebih umur 60 tahun mengikut keperluan setempat tetapi calon-calonnya masih memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan melalui kehendak Keadah 4,” ujarnya.

Jelasnya, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah telah mengadakan taranum di kalangan imam di peringkat negeri Perak.

“Bermula tahun 2014, Kerajaan Negeri telah mengadakan kursus imam pelapis pada setiap hari Sabtu selama lima bulan bagi menampung keperluan imam pada masa akan datang.

“Persatuan Imam-Imam PErak (PEWARAK) juga telah mengadakan kursus peningkatan kualiti imam di bawah peruntukan Menteri Besar sebanyak RM 119, 000 di semua daerah di negeri ini,” katanya.

Tambah Nizar lagi, para imam juga telah mengadakan pertemuan pada setiap hari Khamis melalui Program Muzakarah Bersama Imam.

Five percent of the proceeds from such a sale would go back to the states, and most of the essays writing services state constitutions earmark the money for education