PASIR SALAK: Seramai 17 pelajar daripada 477 calon berjaya memperolehi keputusan cemerlamg Mumtaz dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Perak.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria, sebanyak 19 buah sekolah yang berdaftar untuk menduduki peperiksaan STAM di seluruh negeri pada tahun ini.
“Keputusan pelajar STAM pada tahun ini meningkat kepada 63.31 peratus lulus berbanding 59 peratus tahun lalu,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan sijil kepada pelajar di sekolah berkenaan di sini sebentar tadi.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah, Abdullah Fauzi Ahmad Razali; Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Muhd Yusop Hussein dan Pengetua SMK Raja Dr Nazrin Shah, Omar Bakar.
Tambahnya Sekolah Menengah (SM) Raja Dr Nazrin Shah berjaya memperolehi pencapaian tertinggi di negeri untuk tahun ini.
“Lapan pelajar memperolehi Mumtaz daripada SM Sekolah Raja Dr Nazrin Shah memperolehi Mumtaz, yang mana salah seorang daripadanya memperolehi 10 A1.
“Tiga pelajar memperolehi Mumtaz dari Maahad Imtiyaz manakala dua pelajar masing-masing dari SABK Al-Falah dan SABK Maahad Al-Khair Lil Banat dan seorang dari seorang Mumtaz dari Sekolah Raja Perempuan Taayah dan Madrasah Idrisiah,” katanya.
Kerajaan negeri katanya selepas ini melalui JAIPk akan menyusun secara berkala dengan membuat persiapan awal dan memperbanyakkan kursus serta bengkel bagi pelajar menduduki masa hadapan.
“Kerajaan negeri akan berusaha mengekalkan konsisten dalam melahirkan kejayaan dan keupayaaan sekolah agama di Perak.
“Malah, melalui JAIPk selepas ini kita akan mengadakan kursus bahasa ‘Lughah’ bagi pelajar sebelum melanjutkan pelajaran cemerlang yang ke luar negara terutama Mesir,” katanya
Sementara itu, Nizar berkata, seramai 16 pelajar memperolehi Jayyid Jiddan dan tujuh pelajar memperolehi Jayyid.
Manakala bagi 96 calon lagi berjaya memperolehi keputusan Jayyid Jiddan dan 153 Jayyid.
“Seramai 31 pelajar yang mengambil peperiksaan, 100 peratus lulus,” katanya.
Sumber – Perak Today