IPOH: Sekolah Agama Rakyat (SAR) mempunyai standard yang setanding institusi pendidikan lain dengan melahirkan banyak pelajar yang berkualiti memiliki modal insan yang cemerlang.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Pembukaan Ihtifal Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Peringkat Kebangsaan kali ke-4 di Dewan Seri Perdana, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, di sini malam tadi.

KAFA1

Menurutnya, penyediaan SAR adalah bagi melahirkan modal insan dengan keupayaan yang jitu dan menjadi pemimpin yang berkualiti pada masa akan datang.

“Kita sudah tahu kekuatan Islam, jadi kita harus lahirkan insan yang bernilai dirinya dan berkualiti demi memartabatkan bukan sahaja agama, tetapi negara kita.

“Guru-guru di SAR amat istimewa kerana mereka bukan sahaja berjaya mengajar subjek-subjek teras seperti bahasa Melayu, Matematik dan Sains, tetapi juga berjaya mengajar para pelajar untuk khatam Al-Quran,” ujarnya.

Jelasnya, SAR telah menjadi ‘kilang’ dalam melahirkan pelajar-pelajar yang cukup hebat dan ianya mesti diteruskan dari generasi ke generasi agar ia tidak terhenti begitu sahaja.

“Kita perlu jaga SAR kerana ianya warisan dan legasi daripada orang-orang terdahulu.

“Dengan didikan yang diberi di institusi ini, ianya mampu mengubah kehidupan kerana ilmu juga dapat mengelakkan masalah sosial daripada berlaku, jadi saya menyeru semua guru SAR untuk sama-sama berjuang dan berjihad untuk memberi ilmu kepada para pelajar,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nizar menyatakan Kerajaan Negeri amat menghargai dan berterima kasih kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana memilih Perak sebagai tuan rumah penganjuran program KAFA kali ini.

Beliau berkata, seramai 582 peserta dari seluruh Malaysia akan menyertai enam kategori pertandingan iaitu nasyid, tilawah Al-Quran, tulisan khat, syarahan bahasa Melayu, Syarahan bahasa Arab, dan tulisan jawi.

“Majlis ini sudah cukup sinonim dengan SAR kerana ianya bermula dari peringkat sekolah, kemudian ke peringkat daerah, peringkat zon dan akhirnya peringkat negeri.

“Saya yakin peserta-peserta ini adalah yang terbaik dipilih bagi mewakili negeri masing-masing dan pertandingan ini amat unik kerana ia menggabungkan ilmu dan kesenian,” ujarnya dalam sidang media selepas majlis perasmian tadi.

 

 

Lee said he respects fund managers and appreciates more about the essayist the work they do, but the incentives leave him and others with a feeling of almost, maybe disgust

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).