IPOH:Kerajaan negeri sedia mempertimbangkan cadangan bagi menganjurkan program Majlis Nikah Jama’ie bagi pihak yang ingin berpoligami bagaimanapun ia masih memerlukan pertimbangan sewajarnya.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah,Datuk Mohd Nizar Zakaria perkahwinan berpoligami adalah tidak dilarang namun perlu mengikut prosedur yang betul.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan lisan yang diajukan oleh ADUN, Abu Bakar Hussain (PAS-Titi Serong) mengenai langkah kerajaan negeri memudahkan proses poligami di negeri ini menerusi Program Majlis Nikah Jama’ie (nikah beramai-ramai).

“Kerajaan negeri boleh mempertimbangkan penganjuran program buat yang ingin berpoligami dan tiada sekatan terhadap poligami namun ianya memerlukan prosedur tertentu untuk diikuti,” katanya.

Tambahnya isu poligami adalah pelbagai perkara yang perlu diikuti malah di peringkat kerajaan negeri dan JAKIM sentiasa berurusan dan memahami beberap perkara penting melibatkan perkahwinan libatkan bentuk poligami.

Terdahulu beliau menjelaskan seramai 150 pasangan telah mengikuti Program Majlis Nikah Jama’ie (nikah beramai-ramai ) telah dijadikan sebagai satu program tahunan kerajaan negeri yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)) pada setiap 16 September sempena Hari Kebangsaan.

Menurutnya lagi, ia bermula secara kecil-kecilan pada tahun 2013 yang hanya disertai oleh 10 pasangan sahaja yang diadakan di Masjid Sultan Idris Shah II.

“Jumlah ini bertambah pada tahun 2014 iaitu disertai seramai 38 pasangan manakala pada tahun 2015 seramai 60 pasangan telah diijabkabulkan serentak di Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh,” katanya ketika menjawab soalan lisan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Tambahnya lagi, objektif program tersebut adalah untuk meringankan beban kewangan pasangan dan keluarga pengantin dalam mengendalikan urusan perkahwinan.

“Pihak kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan yang sewajarnya demi menjayakan program baik ini dan dalam tempoh empat tahun penganjurannya sebanyak RM159,155.00 telah diperuntukkan,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, program ini turut mengalami penambahbaikan menerusi pelaksanaannya yang tidak hanya tertumpu di Bandaraya Ipoh semata.

“Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah dengan melaksanakan program ini di daerah yang tidak hanya tertumpu di Ipoh.

Beliau turut memberi saranan supaya Majlis Nikah Jamaie Syarie turut dilaksanakan di kawasan ahli dewan yang lain selain bekerjsama dengan agensi-agensi lain dalam usaha mempromosikan program tersebut.

Karoly, characterizing programs https://cheephomeworkhelp.com/ as short on instructional support