Pelancaran modul berkenaan bersempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam yang diadakan di Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di sini pada Jumaat.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin.
Pada majlis tersebut, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan 27 Anugerah Kecemerlangan Pendidikan kepada 25 Hafiz, Hafizah Muda bagi hafalan 30 Juzuk Al-Quran.
Turut disampaikan sijil pengajian masjid Negeri Perak Darul Ridzuan kepada 38 penerima dan anugerah khas.
Sementara itu menurut Pengarah Jaipk, Datuk Mohd Yusop Husin terdapat sebanyak 386 guru takmir yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar di masjid dan surau seluruh negeri ini sebanyak lapan kelas khusus akan dilatih menggunakan sistem modul tersebut bermula awal tahun hadapan.
“Setakat ada sukatan pembelajaran yang digunakan namun tiada sukatan khusus untuk dihabiskan jadi JAIPk tampil dengan satu sistem pendidikan di Masjid yang menggunakan sukatan pelajaran yang lengkap dan khusus,” katanya kepada media hari ini.
Jelasnya lagi, daripada kebiasannya dengan membuka kitab pembelajaran kini para peserta perlu melengkapkan pembelajaran dalam tempoh dua tahun mengikut tujuh kluster yang dikemukakan.
“Ia akan lebih bersistem dan kita mahu masjid menjadi tempat menyampaikan ilmu yang lebih baik malah kita akan latih guru-guru menggunakan modul dan peralatan pembelajaran visual sebagai panduan,” katanya.
Katanya lagi, kod etika pula menitikberatkan mengenai personaliti juga sikap guru-guru tersebut yang merupakan elemen penting.
“Kita mahu para penganjar tidak menyentuh sesuatu yang isu kontroversi juga yang lari daripada Ahli Sunnah Waljamaah jadi etika itu penting,” katanya.
Sementara itu beliau turut mengulas mengenai pemberian sijil pengajian masjid Negeri yang disifatkan sebagai pembelajaran sepanjang hayat.
“Pembelajaran tidak mengira umur jadi kami mulakan di Masjid Negeri bagi tempoh tiga tahun sebelum dikembangkan ke seluruh daerah negeri ini.
“Pembelajaran ini ada sukatan pelajaran khusus dan kelas dibuka pada Sabtu dan Ahad bagi mereka yang berminat mempelajari ilmu Agama bersistem dan memperolehi sijil malah kini sedang giat berlaksanakan,” katanya.
Bagi yang berminat untuk mendalami ilmu agama dan mengikuti kelas tersebut boleh menghubungi pihak Pengurusan Masjid Negeri Perak.