BAGAN SERAI: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah bertitah pengukuhan ilmu dan pengetahuan perlu menjadi teras kekuatan jiwa insan.

Titah baginda peristiwa hijrah juga membuktikan bahawa pusat penyebaran ilmu dan perkembangan intelektual adalah nadi kepada kewujudan generasi madani, iaitu masyarakat yang maju dari sudut pemikiran, spiritual dan kebendaan.

“Hijrah telah menghasilkan kejayaan besar pembentukan sebuah negara yang menjadi platform terlaksananya syariat ALLAH, terbentuknya akhlak mulia, terpupuk nilai persaudaraan sejagat, tersemai dan tumbuh subur pepohon ilmu serta nilai-nilai intelek, yang menjadi pemangkin, terciptanya era kegemilangan Islam.

“Rasulullah SAW telah melaksanakan sistem pentadbiran yang telah berjaya membina sesebuah negara Islam yang rukun dan makmur perlu dijadikan teladan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam majlis Sambutan Maal Hijrah 2016 bersamaan 1438 hijrah peringat negeri Perak yang berlangsung di Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin di sini hari ini.
perak-today-8

Turut berangkat sama Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Titahnya penghijrahan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam juga membuktikan proses pengislahan dan perubahan perlu direncanakan dalam mencari kekuatan dan kemenangan.

“Antara kejayaan terbesar ialah penggubalan perlembagaan negara secara bertulis yang pertama iaitu Perlembagaan Madinah ketika pembentukan negara Islam pertama.

“Melalui pembentukan negara Islam ini, Rasulullah berjaya menunjukkan contoh pentadbiran sebuah negara yang aman lagi harmoni, selamat lagi sejahtera, makmur lagi bahagia berpandukan kepada hukum Allah yang selanjutnya membolehkan Islam tersebar dan dapat diterima secara lebih jitu dan luas,” titah baginda.

Titah baginda, kuasa pemerintahan berperanan sangat penting untuk memberi kekuatan melaksanakan dakwah Islamiah.

“Terbangunnya negara Kota Madinah, Rasulullah SAW telah berpeluang memperkenalkan model ‘Cara Hidup Islam’ dalam pemerintahan.

“Akhlak yang baik dan sifat amanah adalah ciri yang sangat dipentingkan. Hak-hak asasi manusia dihormati seperti yang terkandung dalam perjanjian dan piagam yang dimeterai bersama, selaras dengan larangan ALLAH SWT agar hamba Nya, tidak mencela, mencaci, menghina, menuduh, berprasangka, serta mencari dan membuka keaiban terhadap saudaranya yang lain, baik yang seagama atau yang berlainan agama,” titah baginda.

perak-today-5-1

Titah Sultan Nazrin, berdasarkan peristiwa hijrah terkandung tiga elemen yang menjadi asas kepada nilai persaudaraan yang tinggi di kalangan Muhajirin Mekah dan penduduk Ansar Madinah.

“Pertama, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menetapkan manusia perlu membina hubungan yang kuat dengan ALLAH Subhanahu Wata’ala melalui pegangan tauhid dan akidah.

“Kedua, pegangan tauhid dan akidah yang kukuh, telah melangsungkan penetapan hubungan sesama Muslimin, membawa kepada elemen ketiga, mengharmonikan hubungan sesama manusia dari kalangan mereka yang tidak seagama,” titah baginda.

Titah baginda kepimpinan misali yang ditampilkan oleh Baginda Rasul Sallallahu ‘Alaihi Wassalam juga telah berjaya menawan hati masyarakat Madinah untuk mempertautkan ukhuwah yang padu.

“Perkara pertama yang dilakukan oleh Baginda Rasul Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ketika sampai ke Madinah bukan sekadar mendirikan tetapi membangunkan masjid.

“Masjid pada era Baginda dan pada era para sahabat, bukan sekadar tempat untuk menunaikan solat, malah berperanan lebih luas, berfungsi sebagai pusat penyebaran ilmu dan perkembangan intelektual ummah.

Titah baginda hijrah telah menghasilkan kejayaan besar pembentukan sebuah negara yang menjadi platform terlaksananya syariat ALLAH dengan terbentuknya akhlak mulia, terpupuk nilai persaudaraan sejagat serta nilai-nilai intelek, yang menjadi pemangkin, terciptanya era kegemilangan.

Terdahulu baginda menyampaikan anugerah kepada Tokoh Maal hijrah 2016 iaitu Ustaz Mohamed Abdullah.

Manakala tokoh khas Ar Ridzuan disandang oleh Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan anugerah pengurusan tanah perkuburan Islam Terbaik diberikan kepada Tanah Perkuburan Kariah Masjid Kampung Boyan Taiping.

And all of green dot’s 10 charter high schools in the los angeles area are unionized, though they have contracts separate influential source from larger collective-bargaining agreements

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).