Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama dengan Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk menyediakan modul latihan kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara mulai tahun depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, modul itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan memfokuskan kepada latihan berasaskan kokurikulum dan suasana kelas KAFA.

Menurut beliau, buat masa ini, guru KAFA terdiri daripada dua kategori iaitu 40 peratus adalah guru terlatih daripada Kementerian Pendidikan dan 60 peratus lagi tidak mempunyai sijil.

“Kami akan memberi tumpuan kepada mereka yang bukan berasal daripada guru terlatih,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis penutup dan penyampaian hadiah Majlis Ihtifal KAFA peringkat kebangsaan kali ke-4, di Kolej Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta pada Ahad malam.

Majlis yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Perak, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria.

Othman berkata, di bawah kerjasama itu, guru KAFA akan menjalani modul latihan yang disediakan IPG selama empat hari sebelum menerima sijil yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Ujarnya, hasrat kerajaan adalah untuk memastikan semua guru KAFA terlatih dan memiliki kemahiran pengajaran dan pembelajaran, setanding dengan guru-guru Kementerian Pendidikan.

Menurut beliau, JAKIM amat berbangga apabila keputusan Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) mencatat keputusan sangat baik semenjak ia diperkenalkan, contohnya pada 2014 catatkan keputusan cemerlang 100 peratus, di mana tiada seorang calon pun mendapat D dalam kertas peperiksaan itu.

Mengenai majlis itu, Othman berkata, ia merupakan satu bentuk kegiatan kokurikulum yang berjaya mencungkil bakat dan potensi pelajar berdasarkan kemampuan mereka mengadaptasi pembelajaran KAFA di dalam kelas.

“Acara yang diperkenalkan dalam ihtifal KAFA ini secara langsung dapat menunjukkan keberhasilan produk yang lahir daripada program KAFA, umpamanya kepetahan pelajar dalam menyampaikan syarahan dengan isi dan fakta, mengalunkan bacaan al-Quran dengan tajwid dan bertaranum,” ujarnya.

 

Hulu get to know post has a different kind of user base nbc universal, fox entertainment group, and abc, inc

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).