Terkesan dengan kesulitan yang dihadapi mangsa banjir di Parit 6, Pusat Khidmat ADUN Belanja dengan kerjasama Majlis Belia Negeri (MBN) Perak tampil menghulurkan sumbangan.

Sumbangan berupa beg sekolah, stoking, sejadah, telekung dan wang tunai dihulurkan bagi meringankan beban kewangan mereka di samping persiapan untuk menghadapi persekolahan.

Dua puluh keluarga di samping 29 kanak-kanak menerima sumbangan itu yang disampaikan sendiri oleh ADUN Belanja, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria di kampong itu pada Rabu.

Presiden MBN Perak, Hasnul Fairuz Hushin Amri berkata, pihaknya tampil membantu kerana terkesan dengan kesusahan yang dihadapi penduduk kampong yang menjadi mangsa banjir.

“Walaupun sumbangan kami tidaklah besar tetapi kami berharap ia dapat meringankan sedikit beban kewangan mereka bagi menghadapi persekolahan nanti,” katanya kepada Peraknews.

Drs Nizar pula berkata, pihaknya akan berusaha mencari jalan untuk memberi bantuan susulan untuk mangsa banjir di samping usaha untuk mengatasi masalah banjir.

“Perbincangan akan diadakan dengan semua pihak terlibat seperti pegawai daerah, RISDA dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membantu menangani masalah itu,” ujarnya.

Wenn man etwas sät, muss man schon etwas zeit aufbringen und https://bachelorschreibenlassen.com warten, um die ergebnisse bewundern zu können

There are no comments yet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked (*).